Bekas suami dedah hubungan sulit Norish
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Hashimuddin dalam sidang media di pejabatnya di Ampang hari ini. -foto The Star 
oleh AZHAR MAHFOF
BEKAS suami Norish Karman semalam mendedahkan hubungan sulit
yang berlaku antara aktres itu dengan kekasihnya, Mohd. Luqman Mohd.
Amin.

Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 61, berkata beliau pernah memberi
amaran kepada Luqman agar memutuskan hubungan dengan bekas isterinya
pada Oktober 2007.

Dalam nada sinis, kata Hashimuddin, ‘Mula-mula tu, bunga baru nak mekar’.

“Saya cakap kepada Luqman yang perbuatannya salah disisi
undang-undang syarak kerana NK (Norish) mempunyai anak-anak dan
merupakan isteri saya.

“Luqman bersimpati dengan NK kerana dia hidup dalam keperitan. Saya tanya 
semula apakah keperitan yang dimaksudkan?

“Lalu saya memberi amaran kepadanya agar tidak berjumpa dengan NK
lagi,” jelas Hashimuddin dalam sidang media di pejabatnya, Perspec
Prime (M) Sdn. Bhd., Ampang, Kuala Lumpur.

Tidak lama selepas itu, Hashimuddin bersua dengan adik Luqman, penyanyi 
Farahdhiya dan bapanya, Mohd. Amin.

“Sebelum kami berjumpa, saya bercakap dengan Farahdhiya tentang hal
ini dan dia pun baru mengetahuinya selepas melihat gambar NK dalam
telefon bimbit Luqman.

“Apabila berjumpa, Farahdhiya dan bapanya menyuarakan rasa tidak
senang hatinya dan nekad hendak membuat sesuatu tetapi tiada apa-apa
yang dilakukan.

“Saya redha dan rela dengan perpisahan ini. Saya halalkan makan
minumnya tetapi tidak redha dengan apa yang dilakukan sekarang sehingga
orang menuduh saya kejam terhadap anak-anak,” luah pengerusi eksekutif
syarikatnya itu.

Tambahnya, "Luqman sering menginap di rumah saya dan dia pernah
membuat hubungan sulit dengan NK semasa masih menjadi isteri saya.

"Pada bulan Mac, saya mempunyai bukti NK bercuti bersama Luqman dan
anak-anak saya di Pulau Tioman sehingga anak-anak tidak bersekolah
tanpa izin saya.

"Mereka juga mengakui sebagai suami isteri. Bila mendapat tahu, saya
terpanggil untuk selamatkan anak-anak sebab tidak mahu mereka terdedah
dengan perkara di luar hukum syarak.

"Saya ingin selamatkan anak-anak dan tidak mahu mereka digunakan
untuk 'coverline'. Saya tak peduli kalau NK dan Luqman nak bercinta."

Justeru, Hashimuddin berkata pada 22 April lalu Mahkamah Tinggi
Syariah Shah Alam telah mengeluarkan perintah tidak membenarkan Luqman
menghampiri anak-anaknya berdasarkan pergaulan 'luar biasa' itu.
Katanya, perkara itu akan dibangkitkan semasa perbicaraan pada 17 Jun nanti.

Namun begitu, bukan bermakna sidang media yang diadakan itu bertujuan untuk 
membuktikan NK curang kepadanya.

“Saya tidak berniat membuktikan dia (Norish Karman) curang. Saya
hanya nak betulkan perkara yang tidak betul dengan mengeluarkan senarai
kemudahan-kemudahan serta nafkah yang saya berikan kepada NK untuk
anak-anak.

“Saya terpaksa cakap sebab apa yang ditimbulkannya dalam akhbar
sebelum ini menyebabkan isteri pemimpin dan rakan-rakan saya
menggambarkan saya seorang bapa yang kejam dan zalim serta meninggalkan
anak-anak dalam suasana yang menyedihkan.

“Mereka menyoal saya, bagaimana saya yang pernah menolong ibu
tunggal dan anak orang miskin sebelum ini boleh melakukan perbuatan
seperti ini terhadap anak-anak sendiri,” jelasnya.

Menurutnya, ada dua isu yang dia ingin perkatakan iaitu isu nafkah dan isu 
kereta Murano.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Hashimuddin mengenai
kemudahan-kemudahan serta nafkah yang diberikan kepada NK untuk
anak-anak:

1. Wang saku
Wang tunai berjumlah RM700 sebagai wang saku untuk anak-anak.
Sekiranya tidak mencukupi, boleh menghubungi Setiausaha Hashimuddin di
pejabat kerana ada peruntukan ‘petty cash’ yang disediakan apabila
perlu.

2. Keperluan harian
Bekalan makanan serta barang-barang keperluan dapur berjumlah RM700
hingga RM1,000 seminggu yang dikirimkan oleh Hashimuddin sendiri atau
melalui pemandunya.

3. Kenderaan
Kemudahan kenderaan pendaftaran BJN 17 beserta pemandu bagi
menghantar serta mengambil pulang dari sekolah termasuk juga
kelas-kelas tambahan serta aktiviti-aktiviti. Begitu juga Hashimuddin
mengizinkan NK menggunakan kenderaan itu untuk tujuan tertentu
sekiranya perlu.

Jadual kenderaan beserta pemandu yang disediakan adalah pada hari
Isnin hingga Sabtu di mana ada ketikanya hari Ahad sekiranya perlu.
Kebiasaannya, Hashimuddin bersama anak-anak pada hari Ahad mulai pukul
6 pagi hingga 7 petang.

Pemandu ini sentiasa berada di keadaan ‘standby’ sekiranya berlaku
apa-apa kecemasan maka NK boleh menghubungi serta menggunakan kenderaan
beserta pemandu itu untuk tujuan kecemasan atau hubunginya dalam masa
24 jam.

4. Pembantu rumah
Wang sejumlah RM700 yang dibayar terus kepada pembantu rumah atau
pun di kreditkan terus ke akaun pembantu di Filipina melalui Western
Union.

5. Perkhidmatan telefon kediaman
Memasang serta membayar dan menjelaskan bil telefon termasuk kemudahan internet 
anggaran kira-kira RM500 hingga RM 600 sebulan.

6. Keperluan Perubatan
Ketiga-tiga anak serta NK didaftarkan di Hospital Subang Jaya
Medical Centre (SJMC) di mana anak-anak boleh mendapatkan perkhidmatan
perubatan pada bila-bila masa termasuklah NK sendiri. Nama NK sehingga
kini masih belum lagi dibatalkan bagi memudahkan beliau menjalani serta
mendapatkan perubatan di SJMC.

Sekiranya perlu ke klinik berdekatan, NK
boleh menghantar bil ke pejabat dan akan diganti kos perbelanjaan
perubatan itu.

Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, NK boleh menghubungi Setiausaha
Hashimuddin bagi mendapatkan bantuan serta keperluan yang diperlukan.

7. Yuran persekolahan
Segala-gala yuran sekolah, kelas-kelas lain ditanggung oleh Hashimuddin selama 
ini, termasuk buku-buku dan pakaian sekolah.

8. Pakaian anak-anak

Segala keperluan pakaian anak-anak adalah ditanggung oleh Hashimuddin di mana 
dia membeli sendiri pakaian bersama anak-anak.

Bantuan kewangan sekitar penceraian

1. Atas ehsan, sejumlah RM5,000 diberi selama 3 bulan (berjumlah
RM15,000) bagi bayaran edah. Sepanjang NK bergelar isteri Hashimuddin ,
dia mendapat RM3,000 sebulan.

2. Memberi wang tunai sejumlah RM9,000 bagi membiayai kos deposit rumah sewa NK 
di Beverly Residence.

3. Selepas berpisah, NK masih tinggal di Tropicana yang dibiayai
oleh Hashimuddin berjumlah RM5,000 sebulan, 3 bulan sehingga dia
berpindah ke tempat baru.

4. Hashimuddin membantu membayar kos pembungkusan serta pengangkutan
bagi tujuan pemindahan berjumlah RM3,000 dari Tropicana ke tempat
kediaman baru.

5. Hashimuddin juga telah membantu membeli perabot untuk kediaman di
Beverly Residence berjumlah RM7,000 dari kedai perabot IKEA.

Menyentuh tentang isu kereta Nissan Murano, Hashimuddin berkata dia
terpaksa menarik balik kereta itu kerana NK telah mengingkari
perjanjian dan tidak membayar cukai jalan kereta.

“Pada mulanya, saya izinkan dia menggunakan kereta itu dengan syarat ia tidak 
boleh digunakan oleh mana-mana lelaki.

“Saya tengok kereta ini sering diguna dan disimpan di rumah  Mohd Luqman 
seolah-olah keretanya sendiri.
“Apabila saya menegur, NK kata saya cemburu. Tetapi saya terpaksa
menarik kereta itu kerana dia ingkar dan tidak membayar ‘road tax’.

“Sekarang, kereta itu berada dengan saya dan saya telah menghabiskan
lebih RM2800 untuk membaiki kereta itu kerana ia telah
‘bengkang-bengkok’,” katanya.

Selepas menjelaskan hal tersebut, Hashimuddin nekad untuk tidak
memberikan apa-apa komen lagi selepas ini sehingga menunggu keputusan
perbicaraan tuntutan nafkah pada 17 Jun depan di Mahkamah Tinggi
Syariah Shah Alam.

“Saya tak nak panjangkan dan buka cerita lagi. Kalau lepas ni dia
nak jawab, terpulanglah kerana bagi saya kebenaran tetap kebenaran.

“Jika selepas ini ada lagi yang tidak betul, saya bersedia untuk disaman,” 
tegasnya.

Kirim email ke