Kepimpinan Ulama dalam Pas: Satu kajian semula

PAS telah memperkenalkan dasar kepimpinan Ulama sejak tahun 80an ketika
Almarhum Pak Yusuf Rawa menjadi Presiden. Dasar tersebut telah
mewujudkan sebuah institusi yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulama
di samping memperkasakan Dewan Ulama Pas. Timbul tanggapan hari ini
bahawa jawatan Timbalan Presiden haruslah dipegang oleh mereka yang
mempunyai title ulama atau ustaz.

Adakah kepimpinan ulama itu bermaksud Presiden dan Timbalan Presiden
itu mestilah ulama ataupun kepimpinan Pas merujuk kepada ulama atau
syarak?

Penulis tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden
hendaklah diisi oleh seorang pejuang telah diuji dalam perjuangan
menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran dengan syarat
kepimpinannya hendaklah sentiasa bernaung di bawah Majlis Syura Ulama.
Ulama itu tidak semestinya seorang pemimpin tetapi pemimpin itu
mestilah sentiasa merujuk kepada Ulama. Penulis ada alasan dan hujah.

Semangat Kepimpinan Ulama


Semangat ini perlu diterjemahkan melalui perjuangan yang berani dan
kecekalan dalam menerima ujian dan juga tawaran. Istiqamah amat penting
dalam perjuangan yang mendokong kepimpinan Ulama. Kita tidak mahu
tragedi seperti Ustaz Nakhaei Ahmad yang bertaraf Ulama namun tidak
tahan ujian dan tawaran.Timbalan Presiden Adalah Presiden.

Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah
Presiden. Atas semangat kepimpinan Ulama maka pemangkunya ketika
sebarang kemungkinan perlulah merujuk kepada Majlis Syura Ulama agar
semangat kepimpinan ulama itu sentiasa segar.



Kemampuan Ilmu Syarak

Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan
tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan
peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus di bawah
naungan Majlis Syura Ulama. Hanya Majlis Syura Ulama yang mampu
melakukan itu semua.


Pas Adalah Gerakan Islam

Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam.
Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah
gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah
parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan
Islam. Pemimpin yang telah teruji ketahanannya dalam mempertahankan
survival gerakan Islam layak menjadi Timbalan Presiden.



Tiada Cacatnya Timbalan Presiden bukan Ulama

Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama
dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan
Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan
Presiden sekarang bermasalah apa salahnya kita tukarkan beliau dengan
mereka yang bukan Ulama selama dua tahun, kita boleh lihat dahulu
kemampuannya untuk memimpin sebuah gerakan Islam.

Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan
UlamaHanya pemimpin yang telah teruji dalam perjuangan ini dengan
kesusahan, kepayahan dan kesukaran serta tawaran menarik tetapi terus
kekal istiqamah sahaja yang layak menduduki kerusi itu.


Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain


Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama
sebagai tunggak. Kita tetap berbeza daripada parti lain kerana hierarki
kepimpinan tertinggi kita adalah Ulama yang berada di dalam Majlis
Syura Ulama. Sistem dalam Pas amat berbeza di mana Mursyidul Am adalah
pemimpin nombor satu dalam parti.

Majlis Syura Ulama mestilah dipertahankan sebagai institusi yang
tertinggi di dalam parti. Di samping itu Dewan Ulama sebuah lagi
institusi dalam Pas juga wajib terkehadapan dalam mengolah isu-isu
semasa dengan berlandaskan syara’.

Penulis berpandangan isu yang perlu di sini ialah kepimpinan dalam
Pas perlulah diberikan kepada sesiapa sahaja samada mereka itu Ulama,
profesional ataupun aktivis parti dengan syarat mereka itu adalah
daripada yang terbukti mampu memimpin Pas membawa ke tahap yang lebih
gemilang.

Jangan jadikan Ulama sebagai satu syarat untuk memimpin di dalam
Pas. Kelak Pas akan berpecah teruk lantaran sikap bodoh sombong
mana-mana individu yang mempergunakan title Ulama untuk melindungi
kelemahan sendiri. Akhukum fil Islam

Mohamad Hasan Marzuki

Reply via email to