Akhlak ahli gerakan Islam 
Ustaz Zainudin Hashim 
Mon | Jun 01, 09 | 11:56:28 am MYT

  
Setiap
manusia memiliki potensi dan bakat tersendiri yang boleh melonjakkannya
menjadi insan yang amat diperlukan oleh masyarakat, apatah lagi jika
manusia ini daripada jenama Muslim, pasti dia amat diperlukan oleh
agamanya untuk mengembang, memperkasa, membenteng, melindunginya
daripada anasir yang boleh menggugat kekuatannya daripada serangan
makhluk perosak akidah, iman dan ilmu pengetahuan agama. 


Iklan   
 
   
    
Ia semua tertakluk kepada sejauhmana insan Muslim
itu dapat membentuk jati dirinya dengan aspek tarbiyah yang telah
diperkatakan sebelum ini, dengan mengambil kira semua jenis tarbiyah
yang diperlukan oleh seseorang ahli gerakan Islam yang aktif, di
samping memelihara uslub dakwah yang berkesan bagi memastikan
kesinambungan gerakan Islam terus utuh dan kukuh di persada alam ini. 


Bagi memastikan agar Islam terus berkembang melalui usaha dan
kerja dakwah, ahli-ahli gerakan Islam perlu memelihara beberapa konsep
akhlak yang dikira sebagai penting bagi meneruskan misi untuk
memartabatkan Islam sebagai agama tertinggi dalam perjuangan hidup
sebagai hamba Allah di muka bumi ini, antara akhlak tersebut yang mesti
dipelihara ialah: 


1. Akhlak terhadap Allah 
2. Akhlah terhadap Rasulullah 
3. Akhlak terhadap kitab Allah (al-Quran) 
4. Akhlak terhadap Sunnah/hadis Rasulullah 
5. Akhlak sesama jiran tetangga 
6. Akhlak terhadap orang ramai 



Konsep akhlak dalam Islam
Islam mempunyai dua sumber iaitu al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi
pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua
sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyah. 
Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya
didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca
timbangannya. 


Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyah sebagai
satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah
dirumuskan definisinya seperti berikut: 
Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan
prinsip-prinsip tertentu bagi mengenal pasti sifat-sifat keutamaan
untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela
untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi
bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah). 


Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat
atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia
dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada
prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. 
Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai
perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan
masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara
individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia
dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan
malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar. 


Justeru, baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan bahawa,
akhlaklah yang menjadikan seseorang Muslim itu hingga mencapai iman
yang sejati, ini ditegaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Sesempurna iman seseorang yang beriman itu adalah yang paling baik
akhlaknya." 


Akhlak terhadap Allah SWT
Ia bermaksud bahawa yang paling utama sekali ialah beriman kepada
Allah SWT selaku Pencipta yang meliputi kepercayaan dan pegangan kental
mengenai 'Tauhid Uluhiyyah' dan 'Tauhid Rububiyyah' bagi melahirkan
iman dan akidah yang sejahtera daripada sebarang kepercayaan khurafat,
bid'ah, tahayul, syirik yang sememangnya tidak sinonim dengan ahli-ahli
gerakan Islam yang memperjuangkan akidah yang benar berpaksikan
al-Quran dan Sunnah baginda Rasulullah s.a.w. 


Akhlak terhadap Rasulullah s.a.w.
Iaitu keimanan dan kepercayaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai
rasul dan nabi terakhir seperti yang ditegaskan oleh al-Quran,
membenarkan risalah yang dibawa kepada umat bagi menyatakan konsep
'Amar Makruf Nahi Mungkar' tanpa mengira batas sempadan kaum, bangsa,
kedudukan, pangkat, jantina dan sebagainya, semuanya sama di sisi
Allah, kerana yang paling bertakwa adalah yang paling mulia di
sisi-Nya. 


Akhlak terhadap kitab Allah (al-Quran)
Sesungguhnya al-Quran adalah rujukan utama kepada ahli-ahli gerakan
Islam, ia dapat dijelmakan melalui pembacaan, penghayatan, kajian,
penghafazan jika mampu lakukan atau menghafaz surah-surah tertentu yang
sering dibaca oleh orang awam dan mentafsirkannya dengan pendekatan
yang mudah difahami oleh golongan sasaran, ia bertujuan bagi menarik
mereka kepada jalan hidup Islam yang sempurna. 


Ini kerana al-Quran seperti apa yang pernah disampaikan oleh
baginda sendiri, bahawa di dalam al-Quran ada menceritakan kisah
orang-orang terdahulu daripada umat hari ini dan berita mengenai
kehidupan di alam akhirat, ia memberi maksud bahawa kitab suci itu amat
berguna untuk pegangan ahli-ahli kerana ia mampu menginsafkan mereka di
samping menetukan hala tuju hidup terakhir untuk menuju jalan menemui
Allah SWT. 


Ahli gerakan Islam perlu tahu tafsir al-Quran dengan baik,
kerana ia terbahagi kepada tafsir al-Ma'thur sama ada tafsir ayat
dengan ayat yang lain, atau tafsir ayat yang diperjelaskan oleh hadis
Nabi, tafsir bi ar'yi al-Mamduh aitu tafsir dengan menggunakan pendapat
yang boleh diterima seperti kitab tafsir yang dibuat oleh kedua-dua
Tuan Guru Mursyidul Am dan Presiden PAS, tafsir Hamka, tafsir Ustaz
Sonhaji Mohammad al-Ibr al-Athir dalam bahasa Melayu, Saiyid Qutb yang
ditrerjemahkan dalam bahasa Melayu oleh al-marhum Yusuf Zaki Yaakob dan
lain-lain. 


Akhlak terhadap Sunnah/hadis Rasulullah

Sebagai ahli gerakan Islam, mereka perlu melihat bahawa hadis
atau sunnah Nabi Muhammad penting dalam kehidupan rutin harian, iaitu
mereka perlu menghafaz beberapa hadis penting sebagai rujukan hujah
ketika menyampaikan mesej dakwah kepada orang ramai. 


Mereka juga perlu menguasai perkara yang berkaitan dengan hadis
atau sunnah seperti mengetahui imam-imam tersohor agak tidak mudah
diperkotak-katikkan oleh pihak musuh yang berselindung dalam kelambu
orang Melayu. Imam-imam itu adalah seperti Imam Bukhari, Muslim, Abu
Dawud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa~ie disamping Imam Baihaqi,
Tabarani, al-Hakim dan lain-lain, begitu juga menguasai ilmu 'Ulum
al-Hadis' dengan mengetahui istilah hadis sohih, do'if, mutawatir,
mursal, maudo' (palsu) dan lain-lain. 


Akhlak sesama jiran tetangga
Ia juga merupakan pendekatan Nabi Muhammad s.a.w. dengan memelihara
jiran tetangga walaupun mereka bukan beragama Islam, ini adalah kerana
mereka juga merupakan makhluk manusia yang mempunyai hati dan perasaan
yang sama dengan kita. 
Ahli-ahli gerakan Islam adalah disaran agar memiliki ciri mesra
alam dengan sesiapa terutama jiran tetangga, dengan tidak diri atau
isteri mendedahkan aurat ketika berinteraksi dengan mereka kerana ini
boleh menghilangkan sedikit rasa tidak percaya mereka kepada diri dan
menjejaskan potensi untuk mengajak mereka kepada Islam secara
praktikal. 


Layanilah mereka dengan santun dengan tidak mengguris perasaan
mereka walaupun mereka tidak menerima dakwah yang kita syorkan kepada
mereka, apatah lagi mereka tidak sinonim dengan masjid atau program
surau yang berbentuk kemasyarakatan dan ilmiah. Ahli perlu bersabar
terhadap keranah mereka sebagai menyahut seruan baginda s.a.w. yang
bermaksud: "Seorang mukmin yang bercampur/bergaul dengan orang ramai
dan bersabar terhadap karenah-karenah mereka adalah lebih baik daripada
mukmin yang tidak bercampur/bergaul dengan orang ramai dan tidak
bersabar terhadap karenah-karenah mereka." 


Akhlak terhadap orang ramai
Ia satu lagi akhlak yang perlu dititik-beratkan oleh ahli gerakan
Islam, iaitu menjadikan orang ramai sebagai medium untuk menyampaikan
mesej dakwah. Tetapi apapun sebelum melakukan tugas atau usaha dakwah
itu, ahli perlu menguasai ilmu-ilmu alat di samping menyelami kehendak
mereka bagi memudahkan kerja-kerja dakwah dengan tidak menghalalkan
cara yang salah untuk sampai kepada matlamat. 


Usaha dakwah terhadap orang ramai perlu menunjukkan sikap dan
akhlak terpuji, apatah lagi ia tidak kelihatan menyanggah sunnah-sunnah
Rasululla s.a.w. seperti menghisap rokok, minum atau makan berdiri,
memakai pakaian yang tidak dianggap sopan menurut pandangan orang
ramai. 
Ia bertujuan untuk sampai kepada matlamat sebenar penciptaan
manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, sekali gus menaikkan
taraf mereka sebagai sebaik-baik umat seperti yang ditegaskan Allah
melalui ayat 110 surah Ali 'Imran yang bermaksud: "Kamu adala
sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada umat manusia sejagat, dengan
menyuruh mereka melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman
kepada Allah." - lanh_  

  
 
    
 Jom ke teratak orangkamp...@ok...

Sila ke : 
respeksblog
respeks_group




________________________________
From: OraNg KaMpoNg <faruqi2...@yahoo.com>
To: respeks_gr...@yahoogroups.com; bersam...@yahoogroups.com; 
blalang_gr...@yahoogroups.com; hidayahnet@yahoogroups.com; 
inga...@yahoogroups.com; kayan...@yahoogroups.com; 
keluarga_mel...@yahoogroups.com; keluarg...@yahoogroups.com; 
mahli...@yahoogroups.com; malayc...@yahoogroups.com; pah...@yahoogroups.com; 
melayucy...@yahoogroups.com; mymas...@yahoogroups.com; 
penawa...@yahoogroups.com; relex...@yahoogroups.com; ti...@yahoogroups.com; 
uitm-mel...@yahoogroups.com; kela...@yahoogroups.com; 
amanahwargapendi...@yahoogroups.com; mangkukha...@yahoogroups.com
Sent: Monday, June 1, 2009 12:13:04 PM
Subject: Jemputan : Warga Pendidik


Jemputan : Warga pendidik 


Mohon laluan
untuk
mengiklan
sebuah yahoogroups baru khusus untuk mereka yang bergelar guru...
cikgu/i... mudarris... muaalim...ustaz, ustazah, teacher...


Tak
kira dimana sahabat mengajar... SMK, SMKA, SBPI, SK, SAR, SABK, SJK (C) SJK (T)
Pondok, Sekolah Tahfiz... swasta dan kerajaan... sahabat dipelawa
bersama kami memeriahkan yahoogroups khusus untuk kita.


Sila klik : http://groups.yahoo.com/group/AmanahWargaPendidik/join
Weblog :  http://amanahguru.blogspot.com/

Sahabat
jugadipelawa untuk berkongsi bahan pengajaran dan pembelajaran
diruangan yang disediakan untuk kegunaan bersama. Boleh klik di : 
http://groups.yahoo.com/group/AmanahWargaPendidik/files/
Masukkan bahan-bahan di tempat yang sesuai. Yang telah kami sediakan.


Sahabat
juga amat dialu-alukan untuk memasukan maklumah ahli ke database.
Semoga perkongsian ini akan memberikan kebaikan pada kita bersama.

Kirim email ke