*Terasa begitu sukar setelah ALLAH menarik salah satu pancaindera
yangku miliki sejak lahir lagi, aku merenungi dalam diri ini tentang
cebisan dosa-dosa yang masih ada. Suara ku tiba-tiba hilang, aku
menjadi resah kata-kata yang menghiasi bibir ini, aku hanya mampu
tersenyum, suara yang lunak telah tiada. Tanda H1N1 persis ada.
Walau pun boss aku hanya bergurau yang aku mungkin di jangkiti
penyakit itu. Aku juga perjudis kerana beberapa hari yang lepas aku
ada tetamu dari luar negara, memang risau, lantas aku ke klinic,
doctor hanya bagi ubat menyuruh aku berehat dan banyak berpan-
tang makan. Kini hampir seminggu dan aku masih cuti sakit. Dan
kesihatan bertambah baik.

Dari rentetan ini, aku bersyukur ALLAH telah mengembalikan suaraku.
Gunakan suara dan bicara kita dengan sebaik-baiknya, bukan untuk
menyakiti hati orang lain, samada yang kita anggap musuh mahu pun
teman-teman. Sesiapa yang membesarkan-besarkan cakapnya,
mengecilkan dirinya sendiri. Hargailah nikmat anugerah dari ALLAH,
apatah lagi nikmat yang di kurniakan tiada pada orang lain. Nikmat
itu juga perlu di kongsi dengan orang lain....

*

-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.......

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

Kirim email ke