*Salam,
Sekarang ni tengah kecoh pasal ah long, sebenarnya perkara
ini telah lama berleluasa, ah long simbah cat di pintu rumah,
membunuh ahli keluarga peminjam yang gagal membayar dan
yang terkini di kurong dan di rantai seperti manusia yang tidak
bertamaddun.
Ternampak iklan ah long, lalu aku call, dijawab oleh seorang
wanita melayu, untuk mengenal ah long aku buat temujanji
untuk bertemu dengan ah long,  seperti yang telah dijanjikan
aku sampai pada masa yang tepat, bila sampai di hadapan
pejabat ah long aku call, pintu di buka, aku di sambut oleh se-
orang wanita melayu dan ada dua lelaki melayu yang duduk
di cubicle masing-masing sambil memerhatikan aku.

Wanita itu menyuruh aku tunggu sebentar di ruang tamu, aku
perhatikan di sekitaran tempatnya sederhana, perasaan takut
pun ada juga untuk berjumpa dengan ah long, apa yang aku
bayangkan ah long bemuka garang cam gangter. Aku di bawa
wanita itu ke bilik ah long. Aku di persilakan duduk, sebenarnya
sangkaan aku meleset, ah long ni masih muda punyai perwatakan
yang menarik,tutur bicara teratur, cuma yang jelas rantai besar
emas, gelang tangan dan beberapa bentuk cincin yang di pakai.

Aku memberitahu ah long yang bernama J bahawa aku mahu
meminjam wang, setelah berbincang dan syarat-syarat yang di-
kenakan agak berat juga , aku buat-buat terperanjat.
Antara syarat yang di kenakan
Fotocopy kadpengenalan
Kad dan buku bank
Surat perlantik jawatan/ atau pun surat
perakuan dari company.
no tel pejabat dan salah sorang saudara.

Untuk mengelakan dari meminjam, aku cuma katakan susah la,
kalau tiada kad bank, dan setiap bulan kena jumpa ah long untuk
mengambil wang yang telah di tolak dari lebihan gaji. Dan satu lagi
pinjaman akan ditolak RM 200 sebagai proses, itu tak termasuk
bunga yang perlu di bayar. Akhir sekali aku bagi tahu J aku akan
cuba minta tolong dari kawan/ saudara. Dan J berpesan kalau ada
kawan-kawan yang mahu pinjam wang datang temui J.Kalau u ada
masalah kewangan bila-bila boleh datang.

Sewaktu aku melalui lobby dan menuju ke parking lot, aku kira ada
yang memerhati, risau juga tapi aku berdoa agar ALLAH sentiasa
melindungi aku, satu pengalaman yang menarik, cuma yang aku
fikirkan staff kat situ adalah melayu, aku kira hanya untuk menarik
orang melayu untuk meminjam.Simpati pada mereka yang terpaksa
bekerja dengan along.


*
-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.......

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

Kirim email ke