Aswt,
 
   Jika ada orang Islam yang menyertai golongan yang bersetetuju dengan 
penggunaan akta ISA mereka sebenarnya adalah golongan yang jahil dan mereka 
adalah perosak dan pendusta agama !!?? Islam adalah agama Allah dan barangsiapa 
yang mengaku Islam agamanya maka dia tidak lagi berhak menolak apa-apa yang 
telah disyariatkan. Islam menetapkan hukuman hanya boleh dijatuhkan keatas 
seseorang hanya selepas segalanya terbukti dengan terdapatnya saksi yang 
layak (menurut Islam) bukan sekadar bukti berdasarkan andaian-andaian oleh 
pihak pendakwa sahaja.Yang dituduh juga berhak membawa saksi atau diwakili 
peguambela. Menyokong ISA bererti menentang syariat Islam, menentang syariat 
Islam dikhuatiri murtad !!?? Di mana Mufti Perak di mana para ulamak yang 
menjadi pewaris Nabi ?? Jangan biarkan PEWARIS bertindak tanpa merujuk kepada 
pewaris Nabi kerana Islam amat benci kepada kezaliman !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal


      

Kirim email ke