Jangan cepat menjatuhkan hukum saudara ku,
Bagi aku ISA tak salah, yg salah adalah perlaksanaan.

kita ambil kes mudah - berlaku kat segambut (lebih 10 tahun dahulu)
diceritakan oleh rakan aku sendiri,

Ada satu hari, ada satu pasangan telah ditangkap BERZINA, kebetulan
peristiwa tersebut berlaku berdekatan dgn rumah kawan aku,

Maka dia bertanya macam mana korang tau (dia tanya kat semua pegawai
pencegah maksiat dari Jabatan Agama) mereka berzina. Macam boleh nampak
mereka berzina sedangkan pintu tertutup.

Maka bercerita le salah seorang pegawai agama tu,

"kami dah lama menerima laporan mengenai aktiviti mereka berdua, maka malam
ni
kami menunggu pasangannya masuk rumah, kami lihat dengan mata kami sendiri,
lelaki
itu masuk ke rumah wanita ini. Seterusnya kami mengintai dari celah kayu,
apabila kami
nampak berlakunya zina baru kami mengetuk pintu dan menahan mereka atas
kesalahan
zina"

Korang boleh agak le, apa jawapan member aku tu.

Sepatutnya zina dpt dielakkan sekiranya pegawai pencegah maksiat menangkap
pasangan tersebut
sebaik aje masuk kedlm rumah, memang kita tidak tahu apa yg berlaku, kita
boleh dakwa atas kesalahan
khalwat, tak perlu le tunggu sampai zina berlaku baru nak bertindak. Malah
lebih cantik lagi, semasa lelaki itu
sedang mengetuk pintu rumah awek dia, pencegah maksiat telah menahan dia,
memang waktu itu lelaki itu tidak
melakukan sebarang kesalahan semasa mengetuk pintu tetapi atas aduan org
ramai pencegah maksiat percaya
akan berlaku sesuatu yg tidak baik jika lelaki tersebut masuk ke rumah.

Begitu juga dgn akta ISA, sekiranya kerajaan yakin tindakkan seseorg itu
AKAN menyebabkan kekacauan yg
lebih besar, maka tindakan menahan individu atau kumpulan  tersebut adalah
wajar.

kita tidak boleh menunggu sehingga berlaku kekacauan seperti letupan atau
pergaduhan kaum, baru nak bertindak.
lepas tu siap boleh beritahu aktiviti mamat tu 3 hari sebelum berlaku
kekacauan. Kan lebih mudah polis tangkap mamat
tu sebelum berlakunya kekacauan, walau pun nampak ZALIM pasal tangkap dia
sebelum dia melakukan sebarang
kesalahan. Tahan dia selama mana boleh sehingga kita lihat keadaan
mengizinkan utk melepaskannya semula.
Nak DAKWA sure tak boleh pasal dia belum buat apa-apa.


Masalah ISA lebih kepada cara pelaksanaannya, tidak boleh menggunakan ISA
utk kepentingan politik atau individu tertentu.
Pada pendapat aku yg tak pandai sangat ni, sekiranya kerajaan YAKIN seseorg
atau kumpulan itu bahaya, tangkap dulu.
Lepas tu panggil wakil politik (semua parti) dan terangkan satu persatu
kenapa tangkapan perlu dilakukan. Berita tangkapan tak boleh diberitahu
kepada umum atas dasar keselamatan. Kalau ada wakil politik tidak puas hati,
kerajaan boleh bebaskan dgn jaminan yg diberi oleh parti politik tersebut.
Kalau tidak berlaku kekacauan selepas pembebasan, maka ALHAMDULILLAH, tetapi
kalau berlaku kekacauan, parti politik tersebut harus dipertanggungjawapkan.

apa-apa pun pandai-pandai le para pemimpin baik dari pihak kerajaan mahupun
pihak pembangkang menyelesaikan kemelut ISA ini. APA YG PENTING "KERJASAMA"
2009/7/23 <>

>
>
> Aswt,
>
>    Jika ada orang Islam yang menyertai golongan yang bersetetuju dengan
> penggunaan akta ISA mereka sebenarnya adalah golongan yang jahil dan mereka
> adalah perosak dan pendusta agama !!?? Islam adalah agama Allah dan
> barangsiapa yang mengaku Islam agamanya maka dia tidak lagi berhak menolak
> apa-apa yang telah disyariatkan. Islam menetapkan hukuman hanya boleh
> dijatuhkan keatas seseorang hanya selepas segalanya terbukti dengan
> terdapatnya saksi yang layak (menurut Islam) bukan sekadar bukti berdasarkan
> andaian-andaian oleh pihak pendakwa sahaja.Yang dituduh juga berhak membawa
> saksi atau diwakili peguambela. Menyokong ISA bererti menentang syariat
> Islam, menentang syariat Islam dikhuatiri murtad !!?? Di mana Mufti Perak di
> mana para ulamak yang menjadi pewaris Nabi ?? Jangan biarkan PEWARIS
> bertindak tanpa merujuk kepada pewaris Nabi kerana Islam amat benci kepada
> kezaliman !! Wallahua'lam.
>
> ibnuAli
> kota jembal
>
>  
>



-- 
Rozaimy Baharuddin
http://www.komputer.com.my

Kirim email ke