"Pendatang janganlah meminta berlebih-lebih", rasanya inilah yang ingin diperkatakan. Namun apa yang berlaku hari ini (sejak 50 tahun merdeka) dibawah kepimpinan UMNO belum apa pun diminta oleh "puak pendatang" mereka sudah diberi !! Ketetapan hanya 30% dalam DEB kepada Bumiputra apakah ianya wajar ?? Adilkah itu ? Apabila negeri Kedah diterajui Pakatan Rakyat dasar pemilikan rumah yang dibina oleh pemaju telah dinaikkan kepada ? 50% kerana tanah-tanah itu rata-ratanya adalah milik orang Melayu tapi mengapa dibawah UMNO orang Melayu hanya boleh milik 30% saja ?? Apakah dasar ini dipatohi oleh syarikat-syarikat milik bukan Melayu (walau pun sekadar untuk 30%) yang perlu diperuntukan kepada orang Melayu tak kiralah sama ada dari segi rumah kediaman /gedung perniagaan lebih-lebih lagi saham mau pun kakitangan nya. Kakitangan profesional lagilah jangan diharap !! Saya tak fikir apa yang dilakukan oleh kerajaan Kedah itu satu tindakan perkauman tapi ianya adalah dasar bagi mengembalikan hak orang Melayu (pemilik asal tanah tapi dimajukan oleh syarikat pemaju). Itu dalam hal pemilikan tanah dan harta benda tapi dalam soal perniagaan pula berlaku monopoli oleh bukan Melayu dan kadangkala mereka bertindak "menikam dari belakang" agar peniaga Melayu dalam bidang yang sama gulong tikar. Berlaku juga jika ada Melayu yang bekerja di syarikat milik bukan Melayu macam-macam diskriminasi dilakukan tapi demi kesinambungan politik UMNO jika ada pun tindakan ianya sekadar melepaskan batuk di tangga. Lebih menyedihkan ada puak dalam UMNO yang mudah dapat projek tapi bila dapat diAlibabakan kerana nak dapat untung "atas angin". Sepatutnya jika tidak ada daya saing pun janganlah diAlibabakan tapi laksanakan secara Ali dan Baba. Masalah dengan kontraktor-kontraktor Melayu ni bila dapat bayaran bukan diguna untuk berniaga tapi diguna untuk kepentingan lain samada bertujuan politik atau peribadi. Kabarnya di Kelantan pada tahun lepas ada seorang kontraktor dapat kontrak bina satu jambatan (? berkembar) dan dikatakan jutaan ringgit telah dibayar oleh kerajaan Pusat yang ? tidak sepadan dengan kerja-kerja yang dilaksanakan. Dengar cerita wang itu banyak dibelanjakan untuk menang dalam pilihan raya 2008 di sebuah DUN dalam parlimen Kota Bharu. Kabarnya ada pekerja parti yang dibawa melancong ke Indonesia tak tahulah berapa yang dibelanjakan. Ianya wang kerajaan Pusat tapi mungkin ianya dibayar ? atas dasar kepentingan UMNO walau pun kerja-kerja projek yang telah dilaksanakan tidak setimpal !!?? Tapi kerana bijak pengundi di DUN tersebut calun itu kalah mungkin kerana ? ramai para pengundi "makan umpan tapi tak makan kail" (? tidak seperti sebahagian pengundi di Manik Urai) !! Maka apa yang berlaku dengan hak Melayu (hakikatnya segalanya milik dan amanah Allah swt) adalah kerana Melayu sendiri yang sanggup gadaikan demi kepentingan sendiri /puak !! Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Sun, 7/26/09, aiman.hus...@yahoo.com <aiman.hus...@yahoo.com> wrote: From: aiman.hus...@yahoo.com <aiman.hus...@yahoo.com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Hak anda hak aku tapi hak aku tetap hak aku!!! To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com> Date: Sunday, July 26, 2009, 6:34 PM Email ini saya terima dari kawan-kawan, mungkin kisah ini benar... Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka, Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum. Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri? Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat. Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi. Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka. Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?