Sebelum ini ada seorang ustaz di taman saya kata bahawa taman tempat taman kita ni ( iaitu Taman Alamanda , Senawang ) banyak anjinglah akhir-akhir ni. Saya kata eloklah tu. Dia pun terperanjat , apa pula elok banyak anjing liar berkeliaran.
Saya kata pada dia , kumpulan anjing-anjing liar ini hanya berkeliaran di kawasan padang dan deretan kedai pada waktu malam dan awal pagi. Pada waktu siang , anjing ini pergi tempat lain ( tak tahulah menghilang ke mana ). Lepas tu saya tanya pada dia , ada anjing-anjing tu menganggu penduduk , berak merata-rata , bulu berguguran macam anjing kurap ? Tak ada pula anjing-anjing tersebut mengganggu penduduk , berak merata-rata, kejar budak-budak. Sihat-sihat semua anjing-anjing tadi. Tapi semenjak ada banyak anjing-anjing liar di taman ini saya kata jarang nampak muda mudi melepak di kawasan taman permainan dan deretan kedai pada lewat malam dan awal pagi. Seolah-olah anjing ini mencegah maksiat. Baru-baru ini seorang warga emas taman ini pun beritahu saya bahawa akhir-akhir ini banyak anjing liar di taman ini. Saya kata pada dia , Haji kalau anjing tu tak kacau kita , biarlah. Tak berak merata-rata , surau pun dia tak kacau biarlah. Lagi pun sejak ada anjing ini kita tak tengok anak-anak muda-mudi melepak di padang permainan. ( Anjing tak berak di surau , tapi ada yang singgah surau semata-mata untuk buang air kecil dan besar ). Saya kata pada dia , dulu Ustaz Ali Kutty kata bahawa yang menganggap anjing najis berat ialah Mazhab Syafie dan Syiah sahaja (betulkan saya kalau tersilap), mazhab lain tak ada masalah dengan anjing ni. Haji tu pun kata , dulu masa dia kecil-kecil di kampung , dia pun bela anjing. Sebab dulu kampung banyak babi hutan dan macam-macam binatang liar. Itulah cerita mengenai anjing, binatang makhluk Allah yang disebut secara khusus dalam Al Quran dalam kisah Ashabul Kahfi. Tak malukah manusia yang hanya berdiam diri melihat maksiat ? Kalau kita hanya berdiam diri bila melihat maksiat , rasanya anjing lebih mulia dari kita. Kalau kita pula melakukan maksiat , lagi jauh mulia anjing. Kalau kita terang-terangan pula buat maksiat , macam begitu ramai orang Melayu beli Judi di Kedai Judi Halal Berlesen , jauh lebih mulia anjing tadi. Jadi kalau ada orang gelar kita anjing , janganlah marah. Kerana anjing lebih mulia daripada manusia yang melakukan maksiat. Ada orang Islam yang dengar azan tak sahut, leka berborak. Tapi ada anjing yang dengar azan , dia sahut. Ceritanya di sini http://waghih.blogspot.com/2007/09/anjing-sahut-seruan-azan-subuh-di.html Juga anjing sahut seruan azan di Youtube http://www.youtube.com/watch?v=QAO_sojC9PY