<http://hembusan-amal.blogspot.com/2008/09/pemimpin-dan-ahli-ahli-politik-yang-ego.html>
BILA manusia itu rasa dia lebih dari orang lain, berpangkat besar atau
keturunan mulia dan ternama saperti raja, pemimpin,orang besar, YB dan bila
dia rasa dia hebat dalam berpolitik dan mempunyai ramai penyokong maka rasa
tinggi diri, sombong, angkuh dan takabbur hinggaplah pada hatinya.Samada
sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja.Orang yang rasa dirinya
alim dan ulama yang rasa dirinya hebat pun tidak terkecuali.

Sebab bila sudah rasa lebih dari orang lain, maka lenyaplah rasa kekurangan,
kelemahan dan kehambaan diri pada Allah dari hati nuraninya.Maka ruang
kosong itu segera pula diisi oleh rasa hebat, rasa besar atau besar kepala,
rasa istimewa, rasa tuan, bahkan ada yang rasa Tuhan.Maka bila hati sudah
jadi begitu, meninggilah diri dengan yang lain, memandang rendah sesama
hamba Allah, jijiklah dia terhadap manusia yang lemah dan hina, maka
sombonglah dia, angkuh dan takabburlah dia. Bagi yang faham Islam dia tidak
akan membesarkan diri, tapi kadang kala oleh kerana taqwanya lemah, maka dia
tidak dapat mengawal nafsu yang sudah rasa istimewa itu bertindak dengan
perangai perangai orang sombong dan takabur.Dia tidak mahu sombong dan
takabbur sebab dia tahu sikap itu dosanya besar, tetapi dia tidak dapat
lawan nafsunya. Maka terjebak lah juga dia dalam senarai orang yang sombong,
ego, dan takabbur.

Mazmumah yang paling di benci Allah ialah ego (sombong) sebab ego itu
membawa kesan yang sangat buruk.Contoh lihat lah suasana di negara kita,
rakyat gelisah dan kucar kacir akibat adanya ramai pemimpin pemimpin,ahli
ahli politik dan penyokongnya yang ego.Realiti sifat dan sikap ego yang
memalukan oleh pemimpin pemimpin boleh di lihat pun dalam persidangan
Parlimen melalui kaca TV.

Iblis, kerana penyakit ego telah derhaka pada Tuhan.Begitu sombong nya
Iblis.Walaupun dia cukup kenal dengan Allah, sudah pernah lihat api neraka,
tapi kesombongan (ego) nya membuatkan dia pandang kecil pada Allah.Berapa
ramai hari ini orang yang hatinya sudah jadi saperti Iblis.Ego hingga
memandang orang lain hina.Tidak boleh di tegur atau di nasihati.Kalau di
tegur melenting sebaliknya di cabarnya orang yang menegur.Hinggakan demi
memuaskan hati, sanggup melakukan dosa dosa yang boleh tercampak ke neraka.

Allah berfirman dalam Hadis Qudsi: "Kibir atau sombong itu selendang Ku.
Siapa yang memakai selendang Ku nescaya dia tidak akan mencium bau syurga".

Di antara contoh sifat orang orang yang ego :


   - Bagi orang politik pendapat lawanya walau benar sekalipun tidak akan
   diterima.Dia akan lawan sampai dia rasa dia yang benar, dan dia yang
   menang.Kalau lawannya pandai cakap maka dia akan putarkan cakap supaya orang
   terkeliru dan menganggap dia yang benar.Namun hati kecilnya tetap bersuara
   "Sebenarnya lawan aku itu betul aku yang salah".Rasa ego memaksa dan
   mendesak agar dia tidak mengaku salah.Dia akan buat apa saja untuk membela
   dirinya, dan hatinya puas! Pengikut atau penyokong penyokong nya pun ikut
   sama jadi ego.
   - Dia mahu kemajuan dan kebenaran itu dari dia.Contohnya kalau orang lain
   tegakkan Islam dia tidak iktiraf walaupun betul.Hanya Islam yang dia hendak
   tegakkan itu saja yang betul.
   - Antara ulama dengan ulama masing masing mengatakan pendapat lawannya
   salah.Hanya dia yang betul.


Keegoan atau kesombongan manusia tidak pernah dimuktamarkan. Sedangkan itu
lah punca segala krisis.Penyakit yang begitu bahaya dibiarkan melanda tanpa
seorangpun berusaha untuk mengubatinya.Tidak hairanlah masyarakat dan negara
boleh ranap dikerjakan oleh manusia yang sudah jadi IBLIS itu.



Salaam & Regards

Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com
Sent from Kuala Lumpur, Malaysia

Kirim email ke