Salam.
[Jadual Pengajian Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki]

*** 17 Sya'ban 1430/ 8 Ogos hingga 20 Sya'ban 1430/ 11 Ogos 2009 ***
Lokasi: Masjid al-Bukhary, Alor Malai, Alor Setar, Kedah
Masa pengajian: 9 pagi - 12 tengahari dan selepas sholat Maghrib.
Kitab: Nashoih ad-Diniyah wal Washoya al-Imaniyah dan Kumpulan Hadits Nabawi 
Riwayat 10 Shahabat - Jilid 2

*** 21 Sya'ban 1430/ 12 Ogos 2009 - 23 Sya'ban 1430/ 14 Ogos (Mini Daurah) ***
Lokasi: Masjid Bakar Arang, Sungai Petani
Jadual:
12 Ogos 2009 : 9 pagi - 12 tengahari dan selepas 'Asar - kitab Umdatus Salik; 
selepas Maghrib kitab Hadits Qudsi
13 Ogos 2009 : 9 pagi - 12 tengahari dan selepas 'Asar - kitab Umdatus Salik; 
selepas Maghrib kitab Hadits Qudsi
14 Ogos 2009 : sebelah pagi di PAKSI dan sebelah malam Majlis Penutup Daurah di 
Masjid Bakar Arang.

*** 24 Sya'ban 1430/15 Ogos 2009 ***
Masa: Selepas sholat Maghrib
Lokasi: Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur

25 Sya'ban 1430/ 16 Ogos 2009 - Majlis di Seremban, N9 (akan dikemaskinikan)

26 Sya'ban 1430/ 17 Ogos 2009 dan 27 Sya'ban 1430/ 18 Ogos 2009 - Majlis di 
Kuantan, Pahang (akan dikemaskinikan)





________________________________
From: ABDULFATTAH SHUKRI <fatta...@yahoo.co.uk>
To:
Cc: fatta...@yahoo.co.uk
Sent: Friday, August 7, 2009 12:24:35 PM
Subject: Fw: A H1N1 kejap suruh gi hospital, kejap tidak

 
salaam

nampak kelam kabut juga warga alkis ni dlm menangani viru H1N1 ni.

untuk makluman, virus ini adalah sangat ganas dan boleh membawa maut kalau 
lambat dirawat. membiak dlm musim panas tak seperti "seasonal flu" tersebar dlm 
musim sejuk.

langkah pertama adalah bertenang. istiqfaar banyak2.

bila rasa tak sihat dgn gejala2 yg diwar2kan:

1. ke klinik kesihatan dapatkan rawatan
2. ke hospital (bhg kecemasan)

kalau masih tak sihat pergi berulang2 kali.

kalau seseorang itu mempunyai daya tahan yg tinggi, rawatan sekali sudah 
mencukupi.
tapi dlm masyarakat ada berbagai kategori manusia (anak2, ibu mengandung dan 
orang tua juga yg mengidap penyakit2 kronik ). mereka ini daya tahan adalah 
lebih rendah dari orang biasa.

jangan sekali2 makan ubat anti-viral (tamiflu) tanpa diberi oleh doktor. nanti 
badan jadi kebal terhadap ubat itu (drug resistant).

semasa saringan di l/terbang a/bangsa hanya penerbanagan a/bangsa saja yg 
disaring dgn "scanner" haba. katalah seorang penumpang tu ada demam, maka dia 
akan dikuarantin selama 7 hari. dlm masa kuarantin ni suhu badan sentiasa 
dipantau. bagi yg demam berterusan dan masih ada  gejala, specimen dihantar 
untuk virus H1N1 ke IMR  (institute of medical research, kl). ambil masa lebih 
kurang 48 jam baru dapat keputusan. kalau keputusan negatif maka boleh balik 
rumah, yg postif diberi rawatan secukupnya. dah sembuh baru dibenarkan balik.

katalah satu kes dari l/negara sampai di l/terbang, bila di "scan" tak demam 
(sebab dia belum ada tanda2/gejala lagi). lepas 2-3 hari dia mula demam dan ada 
gejala2 yg lain. dia pergi ke klinik/hospital barulah disyakki sebgai kes.
oleh itu kes semakin bertambah kerana ada banyak kes terlepas ke dlm masyarakat.

ada "rapid test" di klinik/makmal swasta tapi skopnya terlalu luas, jadi yg 
bukan kes pun dapat keputusan positif juga (highly positive).

vaksin yg ada sekarang (termasuk di klinik2 swasta) adalah untuk "seasonal flu" 
BUKAN H1N1, harap ambil perhatian.

ada artikel tentang H1N1 ni, siapa yg berminat bolehlah baca. percaya atau 
tidak tu satu hal yg lain pula.

http://www.voxy. co.nz/technology /swine-flu- vaccine-conspira cy/209/20247

mudah2an ada manafaatnya, sumbangan yg tak seberapa ini.

sekian, wassalaam
abdul fattah

 
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to 
Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.





      

Reply via email to