RM10,000 ganjaran cari nabi palsu

INILAH gambar Abdul Kahar yang ditampal
di papan kenyataan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.


KUALA LUMPUR - Sesiapa yang mengetahui di mana Abdul Kahar Ahmad Jalal
yang mendakwa dirinya sebagai 'nabi' bersembunyi akan diberi ganjaran
wang tunai RM10,000.

Tawaran itu diberikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada
mana-mana individu yang memberikan maklumat tepat sehingga Abdul Kahar
ditangkap.

Risalah berhubung tawaran itu ditampal di papan kenyataan Mahkamah Rendah 
Syariah Gombak Timur dekat sini.

JAIS membuat tawaran itu setelah usaha mengesan Abdul Kahar gagal
sedangkan kes berhubung penyelewengan agama yang dibawanya sedang
dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Abdul Kahar yang memegang kad
pengenalan bernombor 500427-10-5719 diminta menghubungi Bahagian
Penguatkuasaan JAIS di talian 1-800-88-2424, 03-55190930 atau
03-55190398.

Abdul Kahar, 59, didakwa buat pertama kali di Mahkamah Tinggi Syariah
Shah Alam pada 17 Ogos 2005 atas lima tuduhan di bawah Enakmen Jenayah
Syariah Negeri Selangor.

Tuduhan yang dihadapi Abdul Kahar ialah mengisytiharkan dirinya sebagai
rasul orang Melayu zaman ini, mempersenda ajaran Islam dan mendakwa
ibadat haji perkara sengaja diada-adakan kerajaan Arab Saudi untuk
mengaut keuntungan. 
 http://zailina88.blogspot.com



      

Kirim email ke