Kesedaran umum mengenai penyebaran virus Selesema Babi atau A H1N1 masih rendah 
terutama orang Melayu. Mereka ingat nama penyakit Selesema Babi ini hanya boleh 
berjangkit jika makan , tersentuh atau berada berdekatan babi agaknya. Walhal 
virus ini sekarang merebak melalui sentuhan dan udara.

Akhir-akhir ini ramai yang dilaporkan mati assabab Selsema Babi ini orang 
Melayu.

Minggu lepas kawan saya pergi pasaraya Jayajusco di Seremban 2 yang kawasan di 
situ majoriti bukan Melayu, dia kata majoriti pengunjung di Jayajusco memakai 
topeng muka. Lepas tu dia pergi pasaraya Giant Senawang yang kawasan majoriti 
Melayu, boleh dikatakan tiada yang pakai topeng muka.

Sekolah anak saya di Seremban dah dua sekolah ada penularan wabak Selsema Babi 
ni , sekolah agama kerajaan pula tu. Satu sekolah tu ada dibekalkan sabun, satu 
sekolah tu tiada sabun, jadi saya suruh anak-anak bawa sabun sendiri.

Nampaknya kesedaran umum mengenai penyebaran Selsema Babi ini terutama orang 
Melayu boleh dikatakan ZERO.

Mungkin perlu tukar nama Selesema Babi ini ke Selesema Udara dan Selsema 
Sentuhan baru orang Melayu nak sedar agaknya.

Yang penting sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Selepas tu 
berdoa , solat hajat, bertawakkal dan seterusnya. Contoh doa di 
http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-daripada-wabak.html 

Rozmal bin Malakan
Seremban
http://waghih.blogspot.com




      

Kirim email ke