Tak perlu nak belanja berjuta-juta ringgit untuk buat Rumah Perlindungan untuk 
membantu golongan yang memerlukan serta keluarga yang susah , miskin dan 
sebagainya yang tiada tempat berteduh. Tahniah diucapkan kepada Yayasan Kasih 
Sayang Negeri Sembilan kerana telah berjaya menjadikan kuarters kerajaan yang 
terbiar sebagai Rumah Perlindungan.

Di N.Sembilan khususnya dan Malaysia amnya terlalu banyak rumah terbiar samada 
di kampung mahupun taman perumahan, baik milik individu , bank mahupun kerajaan.

Marilah kita menyokong uasaha pertubuhan kebajikan seperti Yayasan Kasih Sayang 
Negeri Sembilan ini dan yang sewaktu dengannya agar gejala sosial dan pelbagai 
penyakit masyarakat dapat diubati.

Pertubuhan seperti ini sentiasa memerlukan bantuan daripada semua pihak baik 
kerajaan BN atau PR , pihak swasta serta individu. 

Berita sepenuhnya di Blog YKSN9 
http://yksn9.blogspot.com/2009/07/laporan-program-gotong-royong.html 



      

Kirim email ke