DARI TOKYO SAYA LIHAT WAJAH KITA

Kala itu saya punya kesempatan melewati jambatan Rainbow di bandar Tokyo yang 
kononnya jalannya menuju ke Yukohama dimana di situlah kelihatan beberapa buah 
kapal dagang berlabuh yang tersimpan seribu keinginan segala macam niatnya/yang 
tentu saja mengungkap bermacam apa-apaan yang sulit-sulit dan tentu jua hanya 
Yang Maha Berkuasa saja yang amat tahu segala yang tersirat di hati pedagang 
yang tersorok di kapal dagang itu.
 
Nah, sesudah itu/setelah sekian lama menatap wajah Tokyo yang dulunya manusia 
Jepun amat kejam kerana memotong kepala moyang kita hingga terluka hatinya, 
maka saya terus meninggalkannya jambatan Rainbow itu dan kemudian melewati 
jalan Shibuya, Shinsen Cho, Nanpeidai cho, Ninhonbashi, Shinkawa dan beratus 
jalan dan yang paling menyeronokkan ialah kala melihat orang putih dan orang 
hitam kulitnya yang ramai sangat  memenuhi pub-pub yang tersusun di kawasan 
Roppongi/tempat gadis orang putih dibunuh kira-kira tahun lalu yang lantas 
menjadi isu hangat. Tentunya kalian membaca  ceritanya di surat khabar di 
Malaysia.
 
Melihat keadaan demikian, maka sambil duduk di jalan Ichikawa/sesudah mampir di 
Muzium Edo Chiba dekat Lapangan Narita, maka tiba-tiba semacam saya ditanya 
oleh seseorang yang entah siapa gerangan bahawa katanya siapakah orang Malaysia 
seperti saya ini yang sebenar-benarnya? Saya jadi diam sebentar dan 
mengusap-usap wajah saya kerana kelak ditakuti jiwa dan wajah saya berubah atau 
hati dan wajah saya menjadi Jepun atau Inggeris yang lupa diri. Tidak usah ragu 
sebab saya bukan yang mudah berubah/lupa diri meski di mana pun saya berada 
atau ada yang memaksa saya untuk berubah. Saya punya pendirian yang tidak mudah 
punah kecuali orang lain yang selalu melukakan perhatian saya.
 
Apakah orang Malaysia seperti saya ini memang ada/kalaupun ada apa gerangan 
tampangnya? Apakah yang lelakinya memang gagah perkasa atau “Sumandak”nya 
memang cantik belaka yang rambutnya seperti mayang terurai, bibirnya mekar 
delima dan betisnya bagai padi bertelur alias selalu dibilang orang macam 
bunting padi?
 
Atau barangkali sepasang  insan bercinta alias seperti Adam dan Hawa/tapi 
siapakah Adam dan Hawa itu? Pernah seorang sobat saya di German menghantar e 
mail kepada saya dan lantas mengatakan yang Adam dan Hawa itu orang Mesir/lalu 
saya katakan ia goblok sangat kerana Mesir di zaman itu belum ada/masa ia tidak 
membaca sejarah/rupanya ternyata ia menguji saya yang barangkali disangkanya 
saya bukan seorang pengkaji yang suka sangat membaca.
 
Kemudian seorang sobat lain pula mengatakan yang mereka adalah orang Yahudi dan 
saya segera pula menjelaskan yang Yahudi timbul bersama Nabi Ibrahim dan lantas 
ada yang yang secara serius mengatakan tentunya orang Malaysia yang tinggalnya 
di utara Borneo alias disebut orang sebagai orang Sabah yang memiliki gunung 
Kinabalu yang cukup cantik di dunia.
 
Kemudian saya segera bertanya bahawa apa alasannya yang dia menyimpulkan 
demikian? Maka mereka tidak berani menjawab kerana memang sukar sangat untuk 
mendapatkan jawaban pasti/tapi ada yang menyatakan bahawa orang Malaysia itu 
ada bermacam-macam yang maksudnya ada tabiat buruk dan ada tabiat baik. Tidak 
usah marah kerana saya suka sangat berterus terang supaya kita tahu siapa diri 
kita sebenarnya. Maksud kita jua bermakna saya sendiri.
 
Tapi buruknya memang sedikit banyak kata saya serius dan kata-kata itu tidak 
saya ucapkan/tapi saya simpan sekadar untuk mengetahuan diri, tapi sekarang ini 
kala berada di Tokyo ini langsung saja terniat benar untuk saya menyatakan 
setelah sudah keliling Indonesia, Itali, Peranchis, Sepanyol, China, 
Philippina, Thailand, Taipei dan lain-lain negara asing yang tentu saja banyak 
pengalaman saya perolehi setelah keliling melihat dunia lain.
 
Sewaktu saya dalam pesawat/saya ketemu orang British dan orang Amerika (macam 
al-Gore kelihatannya) yang sombong sangat sambil berbicara dan menyatakan 
bahawa kononnya orang Malaysia/Sabah khususnya tidak baik kerana dikaitkan 
dengan kejahatan Abu Sayyaff dan yang paling tidak menyenangkan saya bilamana 
salah seorang daripada mereka berkata begini: “You know, you can buy everybody 
ini Sabah” Wah, saya hampir saja mengucapkan  kata  buseet kepada dia dan darah 
saya segera naik ke kepala/nasiblah saya tidak punya penyakit darah tinggi/tapi 
ulser saya ketika itu semacam mahu memberontak.
 
Kenyataan itu nyatanya bagi saya satu penghinaan luar biasa pada orang Sabah 
dan semacam saja saya mahu menampar orang Britih dan orang Amerika itu, tapi 
oleh sebab badan saya rasa-rasanya tidak mampu mengalahkan mereka berdua, maka 
saya lantas saja diam kerana kalau nantinya saya tampar dan dibawanya saya ke 
muka pengadilan, maka sudah tentu saja saya kalah dan tentunya menyulitkan 
sangat. Jadi, saya segera berastaga dan mengurut dada dan terus saja bersabar, 
tapi memaki-maki dalam hati/wadoh, rupanya tindakan demikian tidak baik untuk 
jantung saya yang dulunya pernah mengalami kerontokan/tapi sekarang 
alhamdulillah.
 
Kalau kita baca sejarah atau kenyataan Francis Light, Raffles, Winsterd dan 
ramai lagi/cukup jelas yang mereka menyatakan/kononya orang Melayu kurang 
sanggup melakukan kerja otak yang tinggi, pemalas, suka hiburan, suka main 
gitar, suka ngintip, suka berkelahi, suka mengamuk dan suka sangat main 
seks/tapi ada juga yang mengakui yang orang Melayu bersifat tenang, hormat, 
baik, royal, ramah pada tamu dan lembut sebab suka bercinta disamping tak punya 
pendirian, tak punya kemahuan untuk berjaya atau menjadi orang kaya dan tak 
dapat mengambil keputusan..
 
Orang Bajau dikatakan oleh mereka cepat naik darah, suka mengamuk macam Hang 
Jebatlah kononnya, manakala orang Kadazan/Dusun suka minum dan mabuk-mabuk, 
tapi punya otak yang bijaksana, sementara orang Brunei pula boleh dipermainkan 
dan mudah sangat dipengaruhi serta selalu bersabar kerana ajaran agama dan mahu 
menerima apa saja yang ada dan kerana itulah hingga sekarang orang Brunei yang 
menjadi penyokong kuat UMNO tidak diberi peluang untuk dilantik menjadi Menteri 
Kabinet. Kasihan sangat Datuk Rahim dicopot jawatannya dan Datuk Karim yang 
sudah lama menjadi wakil rakyat tanpa dinaikkan pangkat. 
 
Pada tahun 1416, jurubahasa dan setiausaha Cheng Ho yang namanya Ma Huan telah 
pernah menulis yang orang Melayu yang beragamaa Islam melaksanakan ajaran agama 
dengan baik, sementara orang pribumi punya tabiat amat buruk, iaitu makanan 
mereka amat kotor dan jelek. Mereka kononnya makan ular, cacing, serangga yang 
dipanggang sebentar saja di atas api disamping  percaya pada yang namanya sang  
syaitan/polong/pugai/hantu kokok/jampi/jembalang/pontianak/kalindahau/hantu 
laut/hantu darat/hantu bukit alias kepercayaan  karut marut.
 
Orang Islam dan Kristian di Malaysia amat baik dan taat menjalankan perintah 
agama, berani mengatakan yang benar kerana berpegang pada ajaran 
agama/menganjurkan supaya selalu jujur dan baik hati, tapi berapa orang sajakah 
penganut-penganut agama Islam dan Kristian, maupun yang lain yang benar-benar 
mengabadi pada ajaran-ajaran agama mereka masing-masing?
 
Apakah mereka menghayati dan terus mengamalkan secara sungguh-sungguh akan 
ajaran mereka masing-masing sebagai pedoman hidup? Nah, jawaban demikian saya 
serahkan saja kepada kalian untuk menjawabnya kerana saya sendiri tidak 
kepingin mahu menjawabnya secara pasti sebab ditakuti tersalah jawab yang bakal 
menyinggung perasaan sebab masyarakat kita amat perasa dan mudah sangat 
tersinggung dan kerana itu orang Melayu suka sangat menjaga hati para sobat 
kala berbicara untuk maksud tidak tersinggung.
 
Mari saja kita lihat apa yang terjadi di keliling kita di Malaysia sekarang 
ini, misalnya kita selalu saja percaya akan sesuatu yang mistik/yang juga 
disebut sebagai aliran kebatinan alias dongeng-dongeng/maksudnya bila dilanda 
kebimbangan mereka didorong memperlajari kebatinan untuk berusaha 
mempertahankan kekuasaan dan kedudukan.
 
Kebatinan orang Malaysia ada dua bahagian, iaitu batiniah dan lahiriah. Hidup 
batiniah adalah hidup sebenarnya yang mengabadikan diri kepada kebenaran, 
sementara lahiriah pula adalah berdasarkan nafsu yang terkadang terkawal dan 
selalu pula tidak dapat dikawal dan orang Budha menamakan harmoni antara lahir 
dan batin sebagai Nirwana oleh manusia.
 
Orang kebatinan di Malaysia biasanya berkerja menjalankan sisa hidup sebagai 
utusan Tuhan dalam dunia dan harus memiliki ciri-ciri rela, redha, bersedia 
menyerah segala milik dimana diperlukan dan kemudian menerima apa saja dalam 
segala keriangan hati/apapun yang menimpa dirinya, serta sabar dan penuh 
toleransi alias bertimbang rasa segala.
 
Nah, apakah insan semacam yang saya perkatakan ini masih terus ada di tanah air 
kita yang namanya Malaysia terutama sekali di Sabah atau sebaliknya? Saya tidak 
mahu menyatakan, tapi saya pulangkan untuk kalian memikirkannya semula secara 
bijaksana kerana orang Malaysia tentunya punya akal dan fikiran yang sukar ada 
tandingnya.
 
Sejak kita dijajah oleh berbagai bangsa seperti British, Jepun, Portugis, Siam 
dan segala macam/sejak dulu hingga sekarang kita selalu saja menerima apa pun 
yang hadir meski kita masih bersembahyang lima waktu sehari atau terkadang 
lebih kerana sembahyang sunat/niat untuk jadi kaya atau berdoa dapat isteri 
muda yang cantik pula, tapi sebelum ini masih ada yang bersembahyang dan 
menaruh dupa di bawah pohon kayu ara dan tentu saja itulah kelemahan ketara 
diri kita bahawa kita tidak berdaya melakukan pilihan, semuanya kita terima dan 
kita biarkan hidup bersama tanpa mengganggu jiwa kita dan selalu meminta agar 
pohon keramat atau kubur keramat/sarip dan keinginan itu tidak pula mengganggu 
perasaan kita sebagai orang Islam atau orang Nasrani.
 
Saya sebenarnya amat merasa ngeri sekali bahawa ada antara kita yang mendapat 
pendidikan moden, telah mengenal rasionalita akan tetapi masih mencari 
wahyu-wahyu dari gunung, dalam gua, dalam hutan yang berdasarkan alamat-alamat 
dan mahu mendapatkan petunjuk dan tindakan selanjutnya. Nah, alangkah bahayanya 
negara kita Malaysia/kalau hal semacam itu terus berlaku dan bukankah hal 
seperti ini akibat tilikan/nujum selalu saja menyebabkan rumah tangga 
berantakan akibat tilikannya tak benar atau sekadar main serkap jarang melulu 
demi wang melulu/meski tak ada suara untuk meminta.
 
Bayangkanlah! tentunya pengalaman telah banyak mengajar kita/tapi masih terus 
yakin dan percaya perbuatan sang bomoh/pak tujum/tukang tilik yang tentu saja 
berat dengan beban dosa di pundaknya/itulah sebabnya ramai para bomoh/tukang 
tilik panas hidupnya sebab ketolahan akibat kutukan lantaran penipuan. Akui 
sajalah!/biarkan mereka marah sebab saya bersedia untuk dimarah.
 
Kita harus sedar bahawa manusia Islam lahir ibarat kertas putih yang bersih, 
suci dan agama kristian pula memandang manusia dilahirkan dengan membawa dosa 
dan dia harus menebus dosanya dan orang prostestan dan kalvinis menambahkan 
bahawa kebajikan pada Tuhan antara lain yang harus dengan bekerja keras, 
berusaha sebaik mungkin untuk mencapai cita-cita alias keinginan.
 
Sekarang ini negara kepimpinan Najib mahu Malaysia menjadi negara yang terhebat 
dan dan saya memangnya berdoa sekuat tenaga agar kita berhasil mencapai apa 
yang diinginkan, tetapi apakah dengan cara kepimpinan sekarang yang korup bisa 
kita semua semua yang diinginkan?
 
Kalau itu tercapai, maka Malaysia akan menjadi syurga dan anak-anak serta cucu 
cicit kita akan hidup penuh nikmat dan bahagia sekali/tapi kita belum lagi 
sampai ke sana, malah masih jauh sekali dan kelihatannya terlalu banyak 
rintangan/halangan/apa lagi bila mana ada rintangan dan rintangan itu ialah 
kepimpinan sekarng harus bersikap jujur dan mengotakan apa yang dikatakan bukan 
sekadar enaknya bercakap tetapi ekor penuh tahi.
 ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
ismailybun...@yahoo.com
kimanis2...@yahoo.com
bangma...@yahoo.com
019-8400005/016-8222262
014-5555175

Kirim email ke