Blog mana yang dimaksudkan oleh Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin 
mengenai kereta perisai Condor yang amat uzur ? Adakah laporan dari Blog PAS 
Negeri Sembilan berikut 
http://pasns.blogspot.com/2009/09/5000-undi-tentera-bagan-pinang-mesti.html

Itu baru cerita pasal Condor, belum lagi mengenai perbandingan antara senapang 
Steyr dan M 16. Belum lagi pasal pistol Browning yang dah lama. Sedangkan polis 
dapat guna pistol baru seperti Glock.

***************************
PM mahu aset ATM ditingkatkan perkukuh kawalan keselamatan negara

PUTRAJAYA 25 Sept — Keperluan dan kekukuhan aset Angkatan Tentera Malaysia 
(ATM) perlu ditingkatkan bagi memastikan kawalan keselamatan keseluruhan negara 
berada pada tahap yang optimum, kata Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan 
Ariffin.

Beliau berkata, amanat itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib 
Tun Razak sewaktu beliau mengadakan kunjungan hormatnya di Jabatan Perdana 
Menteri (JPM) di sini hari ini.

Azizan berkata, Perdana Menteri juga melahirkan harapan untuk melihat barisan 
pertahanan negara dibentengi oleh angkatan tentera yang komited dan memiliki 
aset yang berkeupayaan untuk menangkis sebarang ancaman dari luar.

“Beliau juga mahu supaya anggota-anggota tentera bekerjasama dengan Polis 
Diraja Malaysia (PDRM) untuk membanteras dan membasmi sebarang ancaman yang 
datang dari dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan hormat 
itu.

Mengulas lanjut Azizan berkata pertemuan itu antara lain membincangkan mengenai 
pengurusan aset dan pembangunan infrastruktur ATM serta pelaksanaan beberapa 
perancangan keupayaan aset yang dimiliki.

“Saya telah sampaikan kepada Perdana Menteri berhubung beberapa panduan kita 
untuk membangunkan keupayaan ATM, aset-aset perangnya berpandukan kepada 
dokumen 4D-MAF (4D-MAF ialah Agenda Utama Adalah Untuk Merealisasikan 
Transformasi ATM).

Kita hanya akan menggunakan dokumen ini sebagai landasan kepada pembangunan 
keupayaan ATM,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai laporan sebuah blog yang mendakwa batalion 
Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL) Malaysia di Lubnan 
memerlukan kereta perisai baru pada kadar segera, Azizan berkata pihaknya masih 
belum menerima sebarang laporan mengenai perkara itu.

“Saya harus meneliti laporan itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang 
kenyataan,” katanya.

Laporan laman blog itu menyebut bahawa pasukan Malaysia yang bernaung di bawah 
panji-panji UNIFIL di Lubnan memerlukan kereta perisai baru bagi menggantikan 
kereta perisai sedia ada.

Penulis blog itu mendakwa, kereta perisai pasukan Malaysia jenis Condor itu 
kini dalam keadaan yang amat uzur dan ATM difahamkan akan menggantikan 
kenderaan tersebut beberapa bulan lagi.

—BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0925&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=442297


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

Kirim email ke