Buang ibu demi maruah
Oleh Hayati Ibrahim
y...@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Ibunya sudah menjengah usia senja, namun si anak yang tidak 
mengenang budi sanggup menghantar wanita berusia 84 tahun itu ke rumah 
kebajikan.

Semuanya berlaku selepas mengetahui sejarah hitam wanita yang mengandung dan 
membesarkannya itu pernah menjadi ‘kupu-kupu malam’ bagi menyara tiga anak 
selepas ditinggalkan suami.

Bukan itu saja, anak bongsu lingkungan 40-an yang mempunyai pangkat, kedudukan 
dan hidup mewah hasil didikan dan titik peluh ibunya, langsung tidak pernah 
menjenguknya selepas menghantarnya ke rumah orang tua pada 2007, sehinggalah 
wanita itu menghembuskan nafas terakhir, dua tahun kemudian.

Sebelum ini, wanita terbabit dijaga anaknya selepas ditinggalkan suami beberapa 
tahun lalu, tetapi hidupnya menderita apabila dilayan tidak ubah seperti sampah 
sejurus lelaki itu tahu dia pernah melacur.
 
Malah, bagi mengelak nama baik dan imej keluarga tercalar, lelaki terbabit 
secara sulit menghantar wanita tua yang dilayan seperti peminta sedekah itu ke 
rumah kebajikan dan terus memutuskan hubungan dengan manusia yang begitu banyak 
berbudi kepadanya sebelum ini.

 
Anak derhaka yang memiliki beberapa kenderaan mewah termasuk Mercedes Benz 
terbabit dikatakan seolah-olah tidak mahu mengaku wanita itu ibunya ketika 
menghantarnya ke rumah terbabit kerana malu selain mengelak nama baiknya 
tercemar jika pengurusan rumah itu tahu ibunya pernah menjadi pelacur.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki terpelajar itu didedahkan Pengasas 
Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas, Pulau Meranti, dekat sini, Muji 
Sulaiman, semalam.

Muji berkata, anak lelaki bongsu wanita itu menghantar ibunya ke pusat jagaan 
terbabit ketika wanita itu berusia 84 tahun selepas mendapat maklumat ibunya 
pernah melacurkan diri selepas ditinggalkan suami, semata-mata kerana mahu 
menyara anaknya.

“Lelaki itu memberi alasan malu mempunyai ibu yang pernah menjadi pelacur.

“Apa yang menyedihkan dia menghilangkan diri dan tidak lagi menjenguk ibunya 
sehinggalah wanita itu meninggal dunia baru-baru ini,” katanya.

Muji berkata, dia yakin anak wanita itu mempunyai kedudukan sama ada dalam 
syarikat swasta atau kerajaan berdasarkan penampilan dan kenderaan mewah 
dipandu ketika menghantar ibunya ke pusat berkenaan.

Menurutnya, bagi mendapatkan kepastian tuduhan lelaki itu, beliau menyoal 
sendiri wanita berkenaan yang kemudian mengaku pernah terbabit pelacuran kerana 
kesempitan hidup bagi menyara persekolahan dan perbelanjaan harian tiga anaknya.

“Sebelum menghembuskan nafas terakhir, warga emas itu mengaku menjalani 
kehidupan yang cukup daif, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan 
petang selepas ditinggalkan suami ketika anak masih kecil.

“Wanita itu memberitahu, dia terpaksa berlapar bagi memastikan anaknya dapat 
makan kerana wang dimiliki hanya cukup bagi membeli makanan tiga anaknya,” kata 
Muji sambil menitiskan air mata.

Muji berkata, wanita itu mengaku dia terpaksa melacur kerana tidak sanggup 
melihat anaknya menangis kelaparan.

Menurutnya, walaupun menyedari perbuatan itu menyebabkan dia dihina masyarakat, 
wanita berkenaan terpaksa melakukannya bagi menyara persekolahan dan kehidupan 
anaknya.

“Saya difahamkan, tidak ada ahli keluarga wanita itu mahu menjaganya selepas 
mengetahui dia pernah menjadi pelacur bagi menjaga maruah keluarga 
masing-masing.

“Walaupun sedih, wanita berkenaan reda dengan perbuatan anaknya yang tidak 
mengenang jasa ibu,” katanya.



Menurut Muji, anak lelaki wanita itu tidak sepatutnya membuang ibunya kerana 
wanita itu tetap ibu yang melahir dan membesarkannya walaupun terpaksa berdepan 
pelbagai kejian dan umpatan masyarakat.

“Apa yang dialami wanita ini kenyataan yang dicerita sendiri kepada saya dan 
tidak menyangka masih ada anak sanggup menyisih ibu yang melahirkannya sehingga 
wanita itu meninggal dunia tanpa seorangpun ahli keluarga di sisi.

“Sebagai anak, kita sepatutnya membalas jasa ibu, bukannya membuang mereka 
 
            
CINTA IBARATKAN KUPU2 YANG BERTERBANGAN, BUKAN MUDAH TUK MEMILIKI CINTA SEJATI, 
HANYA KETAQWAAN KEPADA_NYA, MAKA CINTA ITU ADALAH YANG TERINDAH
JOM SINGGAH DULU YE
PETUA KULIT CANTIK..
SMS MURAH2


      

Kirim email ke