Pepatah Melayu ada menyatakan " Seorang ibu bole menyara 10 orang anak
tapi
10 orang susah nak pelihara seorang ibu "
 
Anak terbabit memang anak SIAL..MUGA2 ANAK TERSEBUT MENDAPAT
PENGAJARANNYA sebelum
dia mati..insyaallah.
Memang ibu tersebut telah melakukan dosa2 besar..dosanya mungkin
terbayar apabila anak SIAL 
tersebut menghantarnya ke rumah kebajikan dan kesunyian serta kerinduan
pada anak mungkin
telah mengajar ibu tersebut erti taubat.
Muga Allah telah mengampunkan dosa2 ibu malang itu.
 
Pada anak tersebut berjaga2lah kerana bukan sorang dua yang menyumpah
awak mungkin beribu2,
dan mungkin sumpah tersebut akan jadi kenyataan.
 
Wassallam
 
 
-----Original Message-----
From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayah...@yahoogroups.com] On
Behalf Of mazlina mohd nazir
Sent: Thursday, December 10, 2009 12:01 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Buang ibu demi maruah
 
  

Buang ibu demi maruah


Oleh Hayati Ibrahim
 <mailto:y...@hmetro.com.my> y...@hmetro.com.my


PUTRAJAYA: Ibunya sudah menjengah usia senja, namun si anak yang tidak
mengenang budi sanggup menghantar wanita berusia 84 tahun itu ke rumah
kebajikan.

Semuanya berlaku selepas mengetahui sejarah hitam wanita yang mengandung
dan membesarkannya itu pernah menjadi 'kupu-kupu malam' bagi menyara
tiga anak selepas ditinggalkan suami. 

Bukan itu saja, anak bongsu lingkungan 40-an yang mempunyai pangkat,
kedudukan dan hidup mewah hasil didikan dan titik peluh ibunya, langsung
tidak pernah menjenguknya selepas menghantarnya ke rumah orang tua pada
2007, sehinggalah wanita itu menghembuskan nafas terakhir, dua tahun
kemudian. 

Sebelum ini, wanita terbabit dijaga anaknya selepas ditinggalkan suami
beberapa tahun lalu, tetapi hidupnya menderita apabila dilayan tidak
ubah seperti sampah sejurus lelaki itu tahu dia pernah melacur.


 
Malah, bagi mengelak nama baik dan imej keluarga tercalar, lelaki
terbabit secara sulit menghantar wanita tua yang dilayan seperti peminta
sedekah itu ke rumah kebajikan dan terus memutuskan hubungan dengan
manusia yang begitu banyak berbudi kepadanya sebelum ini.

 
Anak derhaka yang memiliki beberapa kenderaan mewah termasuk Mercedes
Benz terbabit dikatakan seolah-olah tidak mahu mengaku wanita itu ibunya
ketika menghantarnya ke rumah terbabit kerana malu selain mengelak nama
baiknya tercemar jika pengurusan rumah itu tahu ibunya pernah menjadi
pelacur. 

Perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki terpelajar itu didedahkan
Pengasas Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas, Pulau Meranti,
dekat sini, Muji Sulaiman, semalam.

Muji berkata, anak lelaki bongsu wanita itu menghantar ibunya ke pusat
jagaan terbabit ketika wanita itu berusia 84 tahun selepas mendapat
maklumat ibunya pernah melacurkan diri selepas ditinggalkan suami,
semata-mata kerana mahu menyara anaknya.

"Lelaki itu memberi alasan malu mempunyai ibu yang pernah menjadi
pelacur.

"Apa yang menyedihkan dia menghilangkan diri dan tidak lagi menjenguk
ibunya sehinggalah wanita itu meninggal dunia baru-baru ini," katanya.

Muji berkata, dia yakin anak wanita itu mempunyai kedudukan sama ada
dalam syarikat swasta atau kerajaan berdasarkan penampilan dan kenderaan
mewah dipandu ketika menghantar ibunya ke pusat berkenaan.

Menurutnya, bagi mendapatkan kepastian tuduhan lelaki itu, beliau
menyoal sendiri wanita berkenaan yang kemudian mengaku pernah terbabit
pelacuran kerana kesempitan hidup bagi menyara persekolahan dan
perbelanjaan harian tiga anaknya.

"Sebelum menghembuskan nafas terakhir, warga emas itu mengaku menjalani
kehidupan yang cukup daif, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang selepas ditinggalkan suami ketika anak masih kecil.

"Wanita itu memberitahu, dia terpaksa berlapar bagi memastikan anaknya
dapat makan kerana wang dimiliki hanya cukup bagi membeli makanan tiga
anaknya," kata Muji sambil menitiskan air mata.

Muji berkata, wanita itu mengaku dia terpaksa melacur kerana tidak
sanggup melihat anaknya menangis kelaparan.

Menurutnya, walaupun menyedari perbuatan itu menyebabkan dia dihina
masyarakat, wanita berkenaan terpaksa melakukannya bagi menyara
persekolahan dan kehidupan anaknya. 

"Saya difahamkan, tidak ada ahli keluarga wanita itu mahu menjaganya
selepas mengetahui dia pernah menjadi pelacur bagi menjaga maruah
keluarga masing-masing.

"Walaupun sedih, wanita berkenaan reda dengan perbuatan anaknya yang
tidak mengenang jasa ibu," katanya.



Menurut Muji, anak lelaki wanita itu tidak sepatutnya membuang ibunya
kerana wanita itu tetap ibu yang melahir dan membesarkannya walaupun
terpaksa berdepan pelbagai kejian dan umpatan masyarakat.

"Apa yang dialami wanita ini kenyataan yang dicerita sendiri kepada saya
dan tidak menyangka masih ada anak sanggup menyisih ibu yang
melahirkannya sehingga wanita itu meninggal dunia tanpa seorangpun ahli
keluarga di sisi.

"Sebagai anak, kita sepatutnya membalas jasa ibu, bukannya membuang
mereka 
 
   <http://www.sweetim.com/s.asp?im=gen&lpver=3&ref=10>
<http://www.sweetim.com/s.asp?im=gen&lpver=3&ref=10>
<http://www.sweetim.com/s.asp?im=gen&lpver=3&ref=10>
<http://www.sweetim.com/s.asp?im=gen&lpver=3&ref=10>
<http://www.sweetim.com/s.asp?im=gen&lpver=3&ref=10>
<http://www.sweetim.com/s.asp?im=gen&lpver=3&ref=10>  
CINTA IBARATKAN KUPU2 YANG BERTERBANGAN, BUKAN MUDAH TUK MEMILIKI CINTA
SEJATI, HANYA KETAQWAAN KEPADA_NYA, MAKA CINTA ITU ADALAH YANG TERINDAH
JOM <http://www.mazlina85.blogspot.com/>  SINGGAH DULU YE
PETUA <http://www.amoorea.mlm2u.net/?ref=2036>  KULIT CANTIK..
SMS <http://www.hyprobulksms2u.com/ayura>  MURAH2

 
 

Kirim email ke