Kadang-kadang bila duduk kedai kopi kita dengar orang cakap berdegar-degar 
pasal politik, tapi tak daftar sebagai pengundi, isteri pun sama, anak-anak 
sendiri yang dah 21 tahun pun dua kali lima.

Disebabkan sistem di Malaysia pada masa ini memerlukan mendaftar dengan SPR 
untuk menjadi pengundi, pergilah daftar. Bukannya kena bayaran pun. Usahalah 
sikit. Janganlah nak tunggu sistem pendaftaran otomatik.

Kalau Melayu, Cina, India yang warganegara Malaysia malas nak daftar sebagai 
pengundi , baik berikan sahaja kewarganegaraan itu kepada pendatang asing.

Yang penting daftar dulu. Undilah siapa nak undi pun. Nak undi BN ke, PAS ke, 
PKR ke, DAP ke , Bebas ke. Kalau tengok BN tak “perform” tukar ke PAS. Tengok 
PAS tak “perform” tukar ke Bebas. Tengok Bebas tak “perform” tukar balik ke BN.

Kadang-kadang SPR ada buka kaunter di pasaraya. Pergilah daftar. UMNO ada buka 
kaunter masa karnival, pergilah daftar. PAS dan PKR ada buka kaunter masa 
ceramah, pergilah daftar. DAP pun ada buka kaunter di jalanan, pergilah daftar. 
Daftar je lah kat mana-mana, undi lain kira.

Kalau 2.9 juta orang Melayu belum mendaftar sebagai pengundi , ini menunjukkan 
UMNO, PAS dan PKR gagal dalam politik demokrasi. Pemerintah dan pembangkang , 
sama-sama gagal.

Kalau HAK jadi pengundi berdaftar pun gagal dipertahankan, apalah boleh 
diharapkan pada generasi akan datang.

******************************
Satu undi tentukan masa depan negara

TIMBALAN Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan 
Omar berkata, kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang 
berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar 
sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka 
adalah bumiputera.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0121&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive




Kirim email ke