Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor
dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir `Fast Track' bagi mengikuti
pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi Sesi
Pertama Tahun 2010 bermula pada 1 Februari 2010 (Isnin).

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor
Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1
Februari 1974; atau
(iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri
Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/
Ketua Kampung.

Untuk maklumat lanjut sila layari
http://www.selangor.gov.my/hululangat/main.php
<http://www.selangor.gov.my/hululangat/main.php>

Reply via email to