Hutang pada kawan, pada ibu bapa, pada jiran tetangga, pada bank, pada MARA, 
pada PTPTN dan lain-lain, KALAU tak bayar, bersedialah untuk membayarnya di 
akhirat.

Nak bayar dengan apa ya di akhirat ? Bukannya ada duit, ada emas boleh bawa 
dari dunia ini di akhirat ? Kad kredit lagi lah tak laku kat sana.

Kalau kita berhutang, tak bayar di dunia, kita kena bayar pada orang yang 
berhutang dengan amalan kebajikan kita atau pahala kita.

Kalau pahala kita dah habis, maklumlah kat dunia ini sembahyang yang fardu 
saja, sedekah pun RM 10 je, nak bayar dengan apa ? 

Kok dah habis pahala, kenalah dibayar dengan sistem barter. Amalan buruk atau 
dosa dari orang yang kita berhutang itu , kita akan pikul.

Jadi orang yang beri hutang kalau orang berhutang tak nak bayar jangan risau, 
kalau dah habis pahala dia kita ambil masih tak cukup nak bayar hutang, kita 
berikan dosa kita pada yang berhutang tadi.

Kepada yang berhutang, di dunia boleh lepas. Di akhirat nanti , 1 sen pun akan 
dikira.

Kepada sesiapa yang ada berhutang dengan saya, tolonglah tuntut sementara saya 
masih hidup ini. Kalau saya dah mati tolonglah tuntut pada waris saya. Kekadang 
kita terlupa kita ada berhutang , seringgit dua.

Kepada usahawan , professional dan ahli politik yang berjaya tapi liat nak 
bayar hutang MARA, hutang PTPTN dan sebagainya tak apa, kita tunggulah di 
akhirat nanti. Buatlah amal kebajikan banyak-banyak di dunia ini supaya boleh 
diberikan kepada orang yang menagih hutang di akhirat nanti atau orang yang 
menagih bantuan dan biasiswa.

********************************** 
HUTANG 

Dan dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar Radiallahu Anhuma Rasulullah 
Sallallahu Alaihi Wasallam  bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah :- 
Maksudnya :
Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu 
dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada 
dinar dan tidak ada pula dirham. 

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam selalu berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala 
supaya terhindar dari berhutang. 
Doa baginda itu :-  Ertinya :  
Ya Tuhanku, aku berlindung diri kepadamu dari bebanan hutang dan dari dikuasai 
orang lain. 

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam 
At-Termizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban :- 
Maksudnya :  
Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia 
dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan. 


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang 
diriwayatkan oleh Imam Bukhari:- 
Maksudnya :  
Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, 
maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat akan 
membinasakannya dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan dia. 

Sumber dari Jabatan Hal Ehwal Masjid Brunei
http://www.masjid.gov.bn/teks_khutbah/1424/Muharram/11.htm 

HUTANG PENGHALANG UNTUK MASUK SYURGA

"Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda 
bersabda: Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah 
suatu kezaliman."(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari.)

Pada keesokan harinya seorang sahabat telah bertanya kepada Baginda: Wahai 
Rasulullah apakah yang sangat dahsyat yang telah turun itu? Baginda bersabda 
yang bermaksud:

"(Yang turun dahsyat itu) ialah mengenai hutang maka demi diri Muhammad di 
tangan-Nya (Allah Subhanahu Wataala), kalaulah seorang itu mati di dalam perang 
Sabilillah kemudian dihidupkan semula kemudian mati lagi dalam perang 
Sabilillah, kemudian dihidupkan semula akan tetapi ia ada mempunyai hutang yang 
belum dibayar maka ia tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga sehinggalah 
hutangnya itu dibayarkan atau diselesaikan."(Riwayat Al-Imam Ahmad).

Sumber dari Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei
http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=94
 



      

Kirim email ke