KONVENSYEN KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM 2010

TARIKH
13 Mac 2010 / 27 Rabiul Awwal 1431H (Sabtu)

TEMPAT
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor

ANJURAN
Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL) 
kerjasama
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS)
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS)

PENGENALAN

Mutakhir ini, masyarakat Islam khususnya di Malaysia seringkali terdedah dengan 
isu- isu semasa berkaitan kewangan dan perbankan contohnya pelaburan melalui 
internet, perniagaan MLM, insurans konvensional, kontrak pinjaman berasaskan 
faedah dan sebagainya. Kesemua isu yang berlegar ini sememangnya berinteraksi 
terus dalam kehidupan seharian masyarakat Islam dan mempunyai implikasi hukum. 
Ditambah pula dengan lambakan produk- produk kewangan dan perbankan melalui 
instrumen yang pelbagai di pasaran, masyarakat Islam adakalanya dilihat kurang 
sensitif untuk membuat penilaian kepada produk- produk tersebut khususnya 
berkaitan aspek hukum syariah. 

Adalah sangat membimbangkan jika sekiranya isu- isu ini tidak ditangani dengan 
baik, ditambah pula dalam keadaan masyarakat Islam tidak mendapat akses kepada 
maklumat dan ilmu Syariah dengan tepat, masyarakat Islam akan terus bergelumang 
dalam lumpur riba, gharar, maisir dan perkara- perkara lain yang bersalahan 
dengan prinsip Syariah.

Justeru, Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL) tampil memberikan 
penjelasan hukum berkaitan isu- isu semasa kewangan Islam melalui wahana SISMIM 
`1O sebagai platform memberikan kefahaman berkaitan asas- asas muamalat Islam. 
Dengan memilih beberapa isu kewangan dan perbankan terpilih,  Seminar sehari 
ini akan memberikan penerangan dan penjelasan berteraskan teks al- quran, al- 
sunnah dan pendapat fuqaha' silam dan semasa yang akhirnya akan memberikan 
kefahaman yang jitu kepada masyarakat Islam. 

Bersesuaian dengan visi PUMSEL bagi tahun 2010 yang meletakkan agenda 
pemerkasaan kefahaman umat Islam khususnya di negeri Selangor, maka adalah 
diharapkan program ini dapat menjadi nilai tambah (added- value) kepada 
program- program kefahaman Islam sedia ada yang dianjurkan oleh agensi- agensi 
Kerajaan Negeri dan Persekutuan

OBJEKTIF

1.      Memberikan pendedahan kepada masyarakat berkaitan isu- isu perbankan 
dan kewangan yang mempunyai hubungkait dengan muamalat Islam.      
2.      Menyuntik kefahaman yang mapan serta penyelesaian syariah terhadap isu- 
isu semasa perbankan dan kewangan Islam.
3.      Menyemarakkan budaya keilmuan dalam kehidupan masyarakat khususnya 
dikalangan umat Islam. 
4.      Memberikan pendedahan berkaitan konsep dan operasi pelaksanaan sistem 
kewangan dan perbankan Islam kepada masyarakat bukan Islam.  

PENYERTAAN

Seminar menjemput penyertaan dari para ulama', intelektual, pegawai-pegawai 
agama, penyelidikan, pertubuhan-pertubuhan gerakan Islam dan badan-badan NGO, 
agensi-agensi kerajaan, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan 
swasta, serta orang perseorangan.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

Kertas 1: Senario Sistem Kewangan dan Perbankan Islam: Isu- Isu dan Cabaran 
Semasa
Oleh : Prof. Madya Dr. Mohamad Akram bin Laldin
Pengarah Eksekutif International Shariah Research Academy (ISRA), Bank Negara 
Malaysia 

Kertas 2: Sistem Kewangan Islam; Satu Kajian Persepsi Dikalangan Masyarakat 
Bukan Islam di Malaysia
Oleh : Prof. Dr. Bala Shanmugam 
University Monash Kampus Bandar Sunway, Selangor

Kertas 3: Isu-isu Perundangan Dalam Kewangan Islam : Cabaran dan Harapan Kepada 
Institusi Kehakiman Syariah
Oleh : YA. Dato' Haji Muhammad Asri bin Abdullah
Hakim Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia 

Kertas 4: Faedah Perbankan Konvensional dan Keuntungan dalam Perbankan Islam: 
Sorotan Fiqh Perbandingan 
Oleh : Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki
Ketua Jabatan Penyelidikan, International Shariah Research Academy (ISRA), Bank 
Negara Malaysia

Kertas 5: Insurans dan Takaful; Suatu Perbandingan dan Perbahasan Hukum
Oleh : YBhg. Dato' Haji Mokhtar bin Shafie
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor/ Pengerusi Penasihat Syariah Takaful 
IKHLAS Sdn. Bhd.

Kertas 6: Produk Kad Kredit Islam dan Aplikasinya di Perbankan Islam
Oleh : Dr. Azman bin Mohd. Noor
Jabatan Fiqh dan Usul, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, UIAM /Ahli 
Penasihat Syariah, Bank Al- Rajhi (Malaysia) dan MNRB Re- Takaful Berhad

Kertas 7: Forex Trading dan Leverage: Konsep, Aplikasi dan Penilaian Melalui 
Kerangka Hukum
Oleh : Tuan Haji Mohd. Zamerey bin Abdul Razak
Ketua Jabatan Syariah, Asian Finance Bank 

Kertas 8: Perniagaan MLM Dalam Perspektif Fiqh Islami
Oleh : Ustaz Haji Zaharuddin bin Muhammad 
Ahli Penasihat Syariah, HSBC Amanah Takaful 

Kertas 9: Saham dan Ekuiti Dalam Sistem Kewangan Islam
Oleh : Dr. Rusni Hassan
Kuliyyah Undang- Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN 

Konvensyen ini akan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan 
berakhir 5.00 petang. 

Yuran Penyertaan :
Agensi Kerajaan dan Swasta              = RM 150
Individu/ Perseorangan          = RM   50
Pelajar Ijazah Pertama/ Menengah        = RM   30

Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 10 Mac 2010 
dengan menghubungi:

i.      Sdra. Mohd Azmi -       013- 384 0710
ii.     Puan Siti Aishah        -       013- 212 7814
iii.    Encik Khairul Nizam     -       012- 291 1335

Faks                            : 03-7955 4300 
Email                   : pumpu...@yahoo.com
Blog                    : http://ulamadaily.blogspot.com

Kirim email ke