Dipetik dari laman web Dr Hafidzi Mohd Noor Pengarah PACE (Palestine Centre of 
Excellence) 

*****************************
Jangan sampai umat Islam ghairah menyambut kedatangan Maulid dan menyambutnya 
dengan pelbagai acara tetapi menuruti jejak orang-orang Yahudi yang memusuhi 
dan menolak misi perjuangan Rasulullah SAW. 

Kenyataannya pada hari ini berapa ramai dari kalangan umat yang membuat 
sambutan Maulud tetapi penentang perlaksanaan syariat Islam dalam semua 
lapangan kehidupan, terutama dalam aspek perundangan dan kehakiman. 

Berapa ramai yang berselawat sempena sambutan Maulud tetapi memperlekeh dan 
mempersenda cara hidup Islam yang merupakan sunnah Rasulullah SAW baik dari 
sudut pakaian, penampilan, pergaulan dan akhlak. 

Berapa ramai yang menghargai kelahiran Nabi Muhammad SAW tetapi menentang para 
ulama dan pejuang-pejuang Islam yang berusaha untuk meneruskan misi dakwah 
Rasulullah SAW. 

Semuga umat Islam membuat semakan dan mengaudit diri masing-masing agar kita 
tidak terjebak dengan fenomena orang yahudi yang kononnya menanti kelahiran 
Nabi akhir zaman tetapi kemudiannya menentang secara terbuka apa yang dibawa 
oleh Rasulullah SAW.

Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, maka kita dapati begitu banyak 
persamaan di antara apa yang dihadapi kini dengan apa yang dilalui oleh 
Rasulullah SAW.

Kini rakyat Gaza merintih tetapi bantuan dihalang memasuki Gaza.

Gantikan masa berjam-berjam membaca akhbar yang isinya tidak lain tetapi sarat 
dengan fitnah, pembohongan, melondehkan maruah manusia, memaparkan imej-imej 
cabul dengan mula membaca al-Quran. Susun kembali perbelanjaan untuk keluarga 
dan mulalah menitip untuk mengisi tabung jihad.

Berilah keutamaan kepada perjuangan rakyat Palestin yang mewakili kita dan 
meringankan beban kita. Mereka telah korbankan segala-gala untuk pertahan tanah 
suci kita semua. 

Teks khutbah sepenuhnya di 
http://lambaian-islah.blogspot.com/2010/02/cadangan-teks-khutbah-sempena-maulid.html
 




      

Kirim email ke