Saban hari semakin menakutkan. Kisah orang sakit mental makin meningkat 
walaupun kerajaan dah buat Klinik 1Malaysia.

TV pula lagi menggila cerita hantu.

Mintalah pada ALLAH agar gejala pesakit mental ini berkurangan.

Meriahkanlah masjid dan surau di setiap taman dan kampung dengan solat jemaah.

TV banyakkanlah cerita dakwah , nasihat dan sebagainya. Cerita tahyul, hantu, 
hiburan melampau menambah lagi gila masyarakat kita.

Suratkhabar Melayu janganlah siar lagi iklan judi. Melayu ni terlalu ramai yang 
gila judi.

Masjid, surau, Jabatan Agama banyakkanlah papan iklan dakwah.

**********************
Amuk hayun pedang

Harian Metro 2010/03/12   MASJID TANAH: Akibat mengalami kemurungan 
berpanjangan, seorang lelaki bagai hilang pertimbangan apabila didakwa 
menghayun sebilah pedang samurai sepanjang satu meter secara tiba-tiba kepada 
sekumpulan remaja di Taman Datuk Setia, Kampung Ramuan Cina Besar, di sini, 
kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, lelaki berusia lewat 40-an 
terbabit dikatakan keluar dari rumahnya sambil menyeret pedang samurai lalu 
berjalan menuju ke arah kumpulan remaja yang sedang berborak di rumah jirannya 
sebelum menghayun senjata berkenaan secara rambang.

Berikutan itu, kumpulan remaja lelaki berkenaan terkejut sebelum melarikan diri 
ke belakang kawasan perumahan berkenaan apabila melihat lelaki terbabit 
mengejar mereka dengan pedang samurai.

Seorang remaja terbabit, Mohd Fakaruddin Ghazali, 19, berkata dia nyaris 
tersungkur apabila tidak semena-mena lelaki dikenalinya itu secara tiba-tiba 
naik angin, menerjah ke kawasan rumahnya tanpa berkata apa-apa terus menghayun 
pedang samurai ke arahnya. Menurutnya, sebelum itu dia nampak lelaki berkenaan 
keluar dari rumah sambil menyeret pedang samurai berkilat, manakala sebelah 
tangan lagi memegang sarung sambil mata merenung tajam ke arah mereka bertiga 
yang sedang berbual.

“Mujur ketika itu, kami ternampak dia dan terus bangun dari kerusi untuk 
melihat apa yang berlaku. Kami redah apa yang berada di depan ketika lari 
menyelamatkan diri daripada hayunan pedang samurainya,” katanya.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang juga anak sulung daripada tujuh beradik 
dipercayai tidak bekerja, dan tinggal berseorangan di rumah peninggalan arwah 
kedua orang tuanya. Difahamkan, dia dipercayai mengalami kemurungan selepas 
kematian ibunya kira-kira setahun lalu menyebabkan kehidupannya 
terumbang-ambing tanpa tujuan berikutan adik-adiknya sudah berkeluarga.

Penduduk, Yunan Ghani, 54, berkata lelaki terbabit sebelum ini tidak pernah 
mengganggu orang cuma dilihat kerap termenung di tembok hadapan rumahnya sambil 
mendengar pemain muzik mudah alih.

Menurutnya, secara kebetulan ketika kejadian dia berada di belakang rumah 
apabila terdengar riuh-rendah dan jeritan apabila anak lelakinya bersama 
rakannya dilihat bertempiaran lari.

“Saya terus menghubungi polis apabila melihat lelaki berkenaan berlegar-legar 
di depan rumah sambil memegang pedang samurai,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, lelaki berkenaan sudah ditahan 
kira-kira jam 10.45 pagi semalam dengan bantuan orang awam sebelum diserahkan 
kepada polis untuk tindakan lanjut ketika dia keluar dari rumahnya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Amukhayunpedang/Article




Kirim email ke