Kejap ada duit, kejap tak ada duit. Poning guru-guru dan murid sekolah macam ni.

Sekolah elit di Seremban bolelah buka kipas awal pagi lepas ni, tak perlu 
tunggu jam 9 pagi baru boleh buka kipas seperti yang diarahkan oleh pihak 
sekolah sebelum ini.

Duit baiki kelas dan sekolah ada tak ? Atau terpaksa guru guna duit sendiri 
juga macam kisah ini 
http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-baiki-kelas-duit-sendiri-kerajaan.html 

Kursus guru macam mana pula ? Diberi nasi bungkus atau biskut kering macam 
kisah ini 
http://waghih.blogspot.com/2010/03/pengorbanan-guru-kerajaan-tak-sedar-ke.html 

************************** 
Kementerian tanggung bayaran air, elektrik sekolah
Utusan Malaysia

KINABATANGAN 11 Mac 2010  - Isu sekolah perlu mencari dana tambahan bagi 
membayar bil elektrik dan air tidak sepatutnya timbul kerana bayaran itu akan 
ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan dibuat 
setelah Kementerian mendapat dana tambahan selepas masalah tersebut 
dibangkitkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mungkin sekolah terbabit belum mendapat makluman berhubung keputusan baru 
itu," jelas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 
mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam di sini yang terletak kira-kira 
120 kilometer dari bandar Sandakan, hari ini. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengulas masalah yang dihadapi sekolah 
apabila Jabatan Pelajaran Daerah mengehadkan peruntukan bagi membayar bil air 
dan elektrik kepada hanya RM2,000 setahun.

Ini menyebabkan sesetengah sekolah perlu mencari dana tambahan jika bayaran 
kemudahan air dan elektrik itu melebihi jumlah diperuntukkan.

Muhyiddin berkata, masalah pengurangan dalam kos operasi bukan sahaja dihadapi 
oleh Kementerian Pelajaran tetapi semua kementerian lain.

Dalam hal ini, katanya, semua pihak digalakkan mengamalkan langkah berjimat 
cermat bagi memastikan pentadbiran berjalan lancar. 

"Sebagai contoh dalam soal bekalan air dan api, jika kita dapat berjimat cermat 
sehingga 10 atau 20 peratus ia akan membawa kesan besar kerana kita ada 10,000 
sekolah.

"Bayangkan, jika 10,000 sekolah perlukan RM2,000 untuk elektrik dan air, 
tidakkah kita sudah membelanjakan kira-kira RM20 juta," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm
 



      

Kirim email ke