Amalan Ibu Bapa Memberi Kesan Kepada Anak-anak

http://an-nawawi.blogspot.com

Syaikh Musthafa al-Adawi hafizahullah berkata:

Seseorang anak yang melihat ayahnya selalu berzikir, mengucapkan tahlil, 
tahmid, tasbih, dan takbir nescaya akan menirunya untuk mengucapkannya.

Begitulah
juga, seseorang anak yang diutus orang tuanya di malam hari untuk
memberi sedekah kepada orang-orang miskin di rumah-rumah mereka tanpa
pengetahuan orang lain dia akan memiliki sikap yang berbeza dengan
seorang anak yang diminta oleh orang tuanya untuk keluar membeli rokok
dan barang-barang yang memabukkan.

Seseorang anak yang melihat
ayahnya berpuasa di setiap hari Isnin dan Khamis, serta melaksanakan
solat Juma’at dan berjama’ah tidak akan sama dengan anak-anak yang
melihat kebiasaan ayahnya yang gemar melepak di gerai-gerai,
pusat-pusat hiburan, dan panggung wayang.

Apabila seseorang ayah
selalu melakukan kebaikan kepada orang tuanya, mendoakan, dan
memohonkan ampun untuk mereka, sentiasa berusaha mengambil tahu khabar
mereka, mengambil hati mereka, memenuhi keperluan mereka,
memperbanyakkan doa-doa kebaikan untuk mereka, serta menziarahi ke
kubur mereka apabila telah meninggal, bersedekah untuk mereka, serta
tetap menjalinkan hubungan baik dengan sahabat-sahabat mereka dan
memberi hadiah kepada orang-orang yang biasa diberi hadiah oleh mereka
dahulu, maka anak-anak yang melihat akhlak ayahnya seperti ini dengan
izin Allah akan mengikutinya (mengambil contoh) dan juga akan
memohonkan keampunan untuk orang tuanya.

Seseorang anak yang
dididik dengan solat tidak akan sama dengan anak yang dibiasakan
menonton filem, mendengar muzik, dan permainan bola sepak.

Seseorang
anak yang melihat ayahnya melaksanakan solat di malam hari, menangis
kerana takutkan Allah, membaca al-Qur’an, sudah tentu mereka akan
berfikir:

“Mengapa ayah menangis?”

“Mengapa ayah solat?”

“Untuk apa ayah meninggalkan (bangun dari) tidur lalu pergi berwudhu’ dengan 
air yang sejuk di tengah-tengah malam seperti ini?”

“Untuk
apa ayah hanya mengambil waktu yang sedikit untuk tidurnya dan
memperbanyakkan berdoa dengan penuh kekhusyukkan, penuh harap, dan
diliputi dengan perasaan penuh cemas?”

Setiap pertanyaan
ini akan bermain-main di benak fikirannya dan akan sentiasa hadir di
dalam perasaan ingin tahunya. Seterusnya ia mampu melahirkan perasaan
ingin untuk mengikutinya.

Demikian juga dengan seorang anak
perempuan yang melihat ibunya berhijab dari lelaki yang bukan
mahramnya, menutup aurat di hadapan mereka, menutupi diri dengan
perasaan malu, bersikap tenang, dan sentiasa menjaga kesucian diri.
Anak tersebut akan menekuni dan menyelami akhlak tersebut dari ibunya.

Berbeza
dengan seseorang anak perempuan yang selalu melihat ibunya bersolek di
hadapan para lelaki bukan mahram, bersalaman dengan mereka, ikhtilat
(bercampur-gaul dengan lelaki bukan mahram), serta melepak dengan
mereka, saling bergelak-tawa, dan apatah lagi saling menari berdansa.
Sudah tentu ia akan mempengaruhi jiwa dan naluri anak tersebut untuk
mengikutinya.

Dari itu, takutlah kepada Allah, wahai ayah dan
ibu di dalam membina jati diri anak-anak anda. Jadikanlah diri anda
sebagai contoh teladan yang baik, berhiaslah dengan akhlak yang baik,
tabiat yang mulia, dan sebelum semua itu berlaku - berpegang teguhlah
terlebih dahulu dengan agama ini dan cintailah Allah dan Rasul-Nya.

Dinukil & Di-Alih Bahasa dari:

Syaikh Musthafa al-Adawi, Tarbiyatul Abna’- Bagaimana Nabi Mendidik Anak, m/s. 
47-49, Terbitan/terjemahan Media Hidayah, Cet. 3.

@Brother Nawawi
+60126887715
YM: nawi...@yahoo.com
MSN: dimens...@hotmail.com
http://an-nawawi.blogspot.com
http://galeriniaga.blogspot.com



_________________________________________________________________
The New Busy is not the old busy. Search, chat and e-mail from your inbox.
http://www.windowslive.com/campaign/thenewbusy?ocid=PID27925::T:WLMTAGL:ON:WL:en-US:WM_HMP:032010_3

Kirim email ke