Saya setuju dgn pendapat saudara,


Akhlak Rasullullah yang sepatutnya menjadi amalan dan ikutan. Apa-apapun kita 
yang mencorakkan sebagai pemimpin keluarga.



Yang baik jadikan teladan.




To: hidayahnet@yahoogroups.com
From:
Date: Mon, 15 Mar 2010 09:28:20 +0800
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Umat Melayu contohilah akhlak Cina 
Seremban







Saja nak beri komen dgn kisah ni……


Buat saudara yang berkenaan……bukan semua Melayu tak baik sehingga terpaksa “ 
mencontohi akhlak Cina
Seremban “.
Kita manusia nii……yang membezakannya adalah Ugama dan Kepercayaan. Lain semua 
adalah sama……tabiat,
budi bicara dll. Kena dgn orang yang amanah maka barangan yang hilang dijumpai 
semula, bagaimana pulak
jika sebaliknya ?????. Apakah beliau nak umumkan jgn tiru ahklak Cina Seremban 
?????.
Tak kiralah apa jenis warna kulit mereka, ADA YANG AMANAH, JUJUR, PEMBELIT DAN 
sebagainya.

Tak dapat dinafikan banyak kaum Cina bersenam/jogging pada pagi hari tapi 
Melayu kurang……perlu diingatkan
Melayu telah melakukan senaman yang terbaik apabila bangkit dari tidur dgn 
sujud pada Allah SWT ( sunat
Tahiyattul Masjid, sunat Subuh dan Subuh ).
Tentang buang anak……tak dapat dinafikan memang kaum Melayu/pendatang no 1. 
Mengapa Melayu ?????.
Sebabnya , kaum lain duduk serumah sebelum kahwin dan dah ada 4/5 anak pun tak 
kisah . Dah macam Mat
Salih……tuu sebabnya kalu lahir pun zuriat tak masuk tong sampah……
Kita Islam tak bole…haram, jadi bagaimana bila dah terjadinya zina dan 
termengandung ?????.
Kaum lain mungkin kurang sikit pada dadah nii……tapi minum arak ????. Mungkin 
kalau ada kajian, mungkin
bangsa lain akan mengatasi Melayu . Apakah akibat dari minum arak nii tak 
memudaratkan ?????.

Kaum lain pun ada yang warak pada ugama mereka seperti mana kita……hanya 
pegangan yang kuat pada
ugama saja yang dapat menjauhi perkara2 mungkar tersebut .
Jadi tak yalah salahkan Melayu terlalu sangat dan bukan jugak tak bole nak 
tegor……tapi kita kena berbalik
pada hakikatnya……Mesti ada sebabnya terjadi begitu……tugas kitalah sebagai KETUA 
KELUARGA YANG
MENCORAKKANNYA. Jgn tutup mata anda serapat2nya apabila sesuatu perkara terjadi 
kepada bangsa lain dan
membuka mata anda seluasnya apabila ianya berkaitan dgn Melayu.

Wassallam









-----Original Message-----
From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayah...@yahoogroups.com] On Behalf 
Of Rozmal bin Malakan
Sent: Monday, March 08, 2010 8:16 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Umat Melayu contohilah akhlak Cina Seremban





Dari laman Blog Ustaz Abdul Halim bin Abdullah, Seremban.

********************************
Fard Muslim asas binaan Tamaddun Islam

Suatu hari sedang saya minum di kedai, seorang Cina menelefon katanya, “Saya 
mahu pulangkan handphone awak. Mana saya boleh jumpa awak?!!”. Pada awalnya 
saya belum dapat menangkap maksud beliau kerana handphone saya ada ditangan 
saya ketika itu. “Saya kurang faham apa awak cakap. Itu handphone apa? Siapa 
punya?”. Dia menjawab, “Ini mungkin anak awak punya”. Rupa-rupanya dia 
menjumpai handphone anak saya, Kak Ngah di tempat letak kereta Jusco, Seremban. 
Dia pergi berbincang dengan kawannya, seorang penjual handphone untuk 
mengetahui bagaimana cara hendak mencari tuan punya handphone tersebut. 
Akhirnya mereka sepakat untuk menelefon nombor yang paling banyak digunakan 
oleh anak saya, iaitu yang tertulis “Baba”.

KETIKA BERBUAL DALAM TELEFON, DAN KETIKA BERTEMUNYA UNTUK MENGAMBIL KEMBALI 
HANDPHONE TERSEBUT, HATI SAYA TERHARU ATAS KEJUJURANNYA, DAN TERASA BERAT 
TANGGUNGAN UNTUK MENDIDIK UMAT MELAYU ISLAM AGAR MEMILIKI AKHLAK YANG SAMA.

Beliau :

1. Berusaha memulangkan kembali handphone mahal milik orang lain yang 
dijumpainya.

2. Tidak menunggu sehingga tuannya sendiri memanggilnya melalui handphone yang 
hilang itu.

3. Berusaha terus secara berbincang dengan rakannya yang lebih mahir untuk 
mengetahui siapakah yang paling patut dihubungi, lalu mereka memutuskan untuk 
menelefon “Baba”.

Hampir setiap subuh beberapa orang wanita Cina berjogging di sekeliling taman 
perumahan kami. Suatu pagi dua orang dari mereka singgah ke rumah kami. Saya 
dan isteri bertemu mereka di pintu rumah. Rupanya mereka terjumpa wallet isteri 
saya yang dibuat barang mainan oleh anak-anak kecil kami dan mereka tinggalkan 
di tepi jalan. DIDALAMNYA ADA WANG TUNAI BERIBU RINGGIT, KUTIPAN YURAN TADIKA 
ISTERI SAYA. ”Ini wallet puan kami jumpa tepi jalan. Wah, manyak uwang itu 
dalam. Uyo kalau olang jumpa nanti hilang o”, kata mereka yang khuatir wang 
yang banyak itu akan diambil orang yang tidak amanah. Yang mengkagumkan lagi, 
tidak ada alamat kami di dalam wallet itu kerana kad pengenalan isteri 
menggunakan alamat lama. Rupanya mereka bertanya dari rumah ke rumah sehingga 
jiran yang mengenali isteri saya menunjukkan di mana rumah kami.

Dua kisah di atas adalah diantara banyak kisah-kisah lain yang boleh dijadikan 
teladan kepada umat Islam. Belum lagi kisah ramai orang Cina mempunyai dedikasi 
tinggi dalam perniagaan, pembuatan barang mahupun menuntut ilmu dunia 
berbanding sebahagian umat Islam.

Ketika saya berdepan dengan 2 kisah di atas, fikiran saya turut melayang 
memikir nasib umat Islam diaspek akhlak dan keperibadian mereka. Di Malaysia, 
banyak penyelewengan dan gejala yang berlaku adalah turut melibatkan bahkan 
dijuarai oleh umat Islam seperti penagihan dadah, buang anak, mat rempit, 
keciciran dalam pelajaran, pecah amanah, kawin lari, curi tulang, 
melewat-lewatkan bayaran hutang dan lain-lain lagi.

ADAPUN MELAUNGKAN SLOGAN MELAYU DISATU TEMPAT, DAN DI TEMPAT LAIN PULA MEMBUKA 
PINTU SELUAS-LUASNYA GENERASI MELAYU KEPADA SERANGAN BUDAYA BARAT MELANDA 
MEREKA YANG TELAH SEDIA LEMAH DAN JAHIL, Jalan Politik licik seperti ini tidak 
akan membawa kepada kemajuan dan kejayaan hakiki yang diinginkan oleh Islam, 
bahkan ia terus menghanyutkan umat Islam jauh dari dapat bersaing dengan 
bangsa-bangsa lain di luar dan dalam negara.

Umur projek pembangunan sesebuah umat bukan diukur dengan umur seseorang, akan 
tetapi ia diukur dengan umur umat itu sendiri. Kita berusaha, Allah menentukan. 
Allah swt menanyakaan hasil kita tetapi mempersoalkan kerja dan Jalan kita. 
Oleh itu aturilah langkah Dakwah anda sebaik dan setepatnya. Pastikan anda 
berada di Jalan yang betul.

Cerita sepenuhnya di 
http://inijalanku.wordpress.com/2010/03/08/fard-muslim-asas-binaan-tamaddun-islam/






_________________________________________________________________
Hotmail: Trusted email with Microsoft’s powerful SPAM protection.
https://signup.live.com/signup.aspx?id=60969

Kirim email ke