"Ustaz tersebut hanya memberikan satu cth kepada kita utk kita cuba didik diri 
kita menjadi bangsa melayu Islam yang lebih unggul."

Selalu disebut masalah anak-anak atau remaja. Mereka tu datang dari mana? Dari 
langit?. Bukankah mereka itu datang dari seorang ayah dan seorang ibu. Orang 
melayu tua kita pun ada menyebut bahawa anak-anak itu umpama kain putih, ibu 
bapalah yang mencorakkan kain itu (anak-anak). Punca masalah ialah dari ibu 
bapa itu sendiri. Selagi ini tidak diperbetul masalah akan berterusan. Konflik 
generasi akan timbul suatu hari nanti. Betul mak bapak betullah anak-anak.

Saya nak bagi satu contoh kesalahan yang lazim berlaku di kawasan perumahan 
rumah berangkai. Masa kita beli rumah selain dinding yang menjadi pemisah, 
lainnya ialah pagar chain-link. Kalau nak dikira sempadan hanyalah sebesar 
benang (chain link). Tapi kenapa bila yang berada nak buat renovation 
(ubahsuai) rumah kenapa diletakkan batu-bata di atas sempadan tersebut, yang 
terus memakan kawasan jiran sebelah. Pemisahnya hanyalah satu garisan halus. 
Kalau nak letak batu bata, letak disebelah kita sahaja bermula dari sempadan 
yang sebesar benang atau garisan. Getitu juga dengan tiang pagar, sampai makan 
sempadan orang sebelah. Sebab nak cantik batu atau genting (tile) tiang orang 
sebelah itu pun dibubuh sama dengan genting kita. Orang melayu kita tak suka 
nak gaduh didiamkan saja. Tak diam macam mana, bila nak buat renovation tak 
bincang sepatah pun dengan jiran. Perkara ini sudah menyalahi syara' dan 
undang-undang dunia. Selagi rumah itu wujud selagi itulah
 yang membuat renovation itu bersalah dan berdosa. Mungkin mereka inilah 
sebahagian yang disebut oleh nabi orang yang bangkit muflis di akhirat. Nah 
tanggunglah. Ada pula yang buat renovation dibelakang sehingga menutup semua 
kawasan longkang belakang rumahnya. Akhirnya bila nak buang kuah basi, makanan 
busuk, hampas dan tulang dll, kesemua dibuang kedalam longkang di belakang 
rumah jiran. Awak tak suka busuk, awak buang dalam longkan kat belakang rumah 
jiran. Jadi jiran tu suka sangat lah bau busuk tu? Tolong fikir kalau awak tak 
suka bau busuk, jiran kita pun tak suka jugak. Awak tidak suka barang 
buruk tong dan pasu lama awak tu, awak longgok belakang rumah jiran yang 
dibelakang rumah awak. Betulkah itu, adilkah itu?

Tolong renungkan dan kita orang tua jangan beri contoh yang bodoh kepada anak 
kita. Allah sudah memberi isyarat (signal) kepada kita melalui anak-anak kita. 
Tapi kita yang tidak sedar dok asyik salahkan anak-anak kita. Adilkah?

"Nampaknya memang remeh tapi, keremehan ini lah membina, jiwa kita." (Maaf saya 
pinjam ayat ini).
 

________________________________
From: "pu...@yahoo.com" <pu...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, April 28, 2010 10:39:28
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Umat Melayu contohilah akhlak Cina 
Seremban

 
Seronok juga baca topik ini,

Memang cantik contoh yang di beri, bahkan contoh itu juga sepatutnya, ada 
didalam setiap orang Melayu yang beragama Islam am nya dan umat Islam Khasnya.. 
Tapi nilai-nilai yang itu lah sudah amat berkurangan dan menipis didalam jiwa 
Melayu.  Sedang Islam adalah Ugama yang amat sempurna, didalam semua segi, di 
ajar, sebesar-besar perkara, Iman dan Tauhid, sehinggalah, sekecil-kecil, 
membuang najis besar dan kecil, di didik dengan sempurna.  Cuma kita telah 
terlampau jauh dan ramai di antara kita tidak langsung mengamalkan

Anak-anak kita yang telah lupa bagaimana menghormati orang lain, lebih-lebih 
lagi, orang tua dan lebih dewasa.  Beberapa kali telah terjadi, kepada saya, 
semasa didalam majlis, kursus atau majlis kenduri, terdapat anak-anak yang lalu 
lalang di hadapan orang tua, dengan buat tak tahu saja, bahkan ada yang berlari 
dan terlanggar orang-orang yang duduk di situ, ada juga yang mambuat bising, 
dan tidak kurang kalau sudah terlanggar buat tak tahu, cuma menjeling kearah 
orang yang di langgar, sedangkan perkara-perkara ini, dilakukan dihadapan ibu 
bapa, yang berada disitu, tanpa melarang atau menegur anak-anak yang di 
anggap masih tidal berakal ini, tapi harus kita ingat, yang mempunyai akal ada 
kita yang dewasa.  Perkara-perkara kecil begini, harus kita ambil perhatian, 
inilah didikan, untuk kita mengajar, supaya anak-anak ini, tahu minta lalu, 
tundukkan sikit diri (lebih-lebih lagi anak-anak yang sekolah rendah atau pra 
sekolah, yang boleh di suruh) minta
 maaf sekira terlanggar, walau pun sedikit. Ajaran ini, akan di bawa hingga 
dewasa. Anak-anak remaja di suruh bersalaman, berjumpa dengan kawan-kawan ibu 
bapa,saudara- mara bila berjumpa.  Kerana ramai yang didapati, malu untuk 
bersalaman, kerana tidak kenal. Suruhan daripada Ibu bapa lah yang akan 
membimbang anak-anak ini, untuk lebih bersopan, supaya tidak memikirkan diri 
sendiri sahaja..

  
 
--- On Thu, 25/3/10, ha...@yahoo. com <ha...@yahoo. com> wrote:


>From: ha...@yahoo. com <ha...@yahoo. com>
>Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Umat Melayu contohilah akhlak Cina 
>Seremban
>To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
>Date: Thursday, 25 March, 2010, 8:20 PM
>
>
>--- On Sun, 3/14/10, Abu sa...@yahoo. com <Abu sa...@yahoo. com> wrote:
>
>
>>From: Abu sa...@yahoo. com <Abu sa...@yahoo. com>
>>Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Umat Melayu contohilah akhlak Cina 
>>Seremban
>>To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
>>Date: Sunday, March 14, 2010, 9:28 PM
>>
>> 
>  -----Original Message-----
>From: hidayah...@yahoogro ups.com [mailto:hidayahnet@ yahoogroups. com] On 
>Behalf Of Rozmal bin Malakan
>Sent: Monday, March 08, 2010 8:16 PM
>To: Ikhwanul Muslimun
>Subject: Help Palestine [hidayahnet] Umat Melayu contohilah akhlak Cina 
>Seremban
> 
>
> 



Kirim email ke