JANGAN rampas zaman
kanak-kanak!<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/jangan-rampas-zaman-kanak-kanak.html>


<http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S6Mfgid8ddI/AAAAAAAADtc/awNlwGtx6o8/s1600-h/sitinurzubaidah.jpg>Tragedi
Siti Nur Zubaidah

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya sedikit ketinggalan untuk memberi komen tentang hal ini kerana
kesuntukan masa dan sibuk pula membaca artikel tentang ini dari pelbagai
sumber untuk mendapatkan info yang tepat tentang ‘tragedi’ ini. Mengapa saya
sebut ‘tragedi’, ya? Masakan tidak, saya sebut tragedi kerana kanak-kanak
berusia 11 tahun ini diculik dan dilarikan oleh ‘suami’ selama 20 hari dan
ditinggalkan pula seorang diri di sebuah surau yang jauh beratus kilometer
dari kampung halamannya, dalam keadaan lapar dan ketakutan. Bagaimanakah
perasaan anda sebagai seorang ibu... CORRECTION : Bagaimanakah perasaan anda
sebagai seorang ayah tegar ‘melepaskan’ anak gadis suntinya mengikut ‘suami’
yang 30 tahun lebih tua [sebaya anda, lah!] dan sudah beristeri pula?

Sehingga entry ini dimasukkan, saya terbaca di Hmetro 19/03/2010, Siti Nur
Zubaidah masih trauma, kelihatan sugul dan enggan bercakap dengan ahli
keluarganya, terutama ayahnya. Saya dapat bayangkan, kepercayaan dan
perasaan bergantung harap anak ini terhadap ibu dan ayahnya telah HILANG
sama sekali! Sanggupkah kita menenggut kepercayaan anak-anak terhadap diri
kita sendiri? Bagaimanakah masa depan kanak-kanak ini jika dia tidak lagi
mempercayai ibu dan ayahnya sendiri?

Saya masih ingat ketika berusia 10~11 tahun, saya masih tidak tahu memasak,
segala keperluan saya seperti pakaian, makanan dan minuman semuanya
disediakan mak. [NB: Saya start belajar memasak ketika usia 19 tahun...
hik.. hik... Itupun sebab merantau ke negara orang dan terpaksa berdikari].
Apa yang saya buat cuma belajar, bermain teng-teng, zero-point, konda-konde,
batu seremban, menonggang basikal dan belajar, serta sekali sekala menonton
TV cerita kegemaran saya. Pada usia itu juga, saya sibuk berlatih meniup
‘recorder’ kerana berjaya menempatkan diri dalam pasukan pancaragam sekolah.
Leka bermain hingga ke lewat petang, kadang-kadang mak yang jerit, “Pergi
mandi, dah nak maghrib ni!” Itulah saya, pada usia 10~11 tahun. Saya
percaya, kanak-kanak zaman sekarang juga masih berperangai seperti saya,
cuma corak permainan sahaja yang berbeza.

Beberapa kes perkahwinan baru-baru ini seolah-olah mengeksploitasi dunia
seorang kanak-kanak. Kita seperti kembali ke zaman 60-an dan 70-an dulu
apabila isu kahwin budak timbul kembali. Mungkin benar, dulu budak seusia 10
tahun sudah pandai membasuh, mengemas, menjaga adik dan juga memasak. Ini
adalah prasyarat utama bagaimana dulu rata-rata pada usia ini mereka sudah
dikahwinkan. Perlu berbalik pada realiti zaman ini, pada usia 10 tahun,
kanak-kanak ini masih aktif bermain, belajar dan kurang arif menguruskan
diri masing-masing apatah lagi diminta untuk mengemudi sebuah perkahwinan.

SADiS sungguh rasanya melihat dua kes perkahwinan yang berlaku di Kelantan
membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41
tahun di Jelawang, dan satu lagi kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang
berkahwin lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas. Tidak dapat saya bayangkan,
bagaimana perasaannya jika anak saya sendiri dan mungkin ahli keluarga
terdekat kita mengalaminya. Perit dirasai apabila zaman remaja kanak-kanak
itu dirampas dan tidak akan merasai alam remaja dan terus masuk ke alam
dewasa disebabkan tanggungjawab sebagai isteri.

Seorang lelaki fitrahnya, mesti menginginkan si isteri berfungsi dengan baik
untuk menguruskan rumah tangga. Saya cuba menggambarkan apakah kesudahannya
jika si isteri yang masih lagi kecil ingin terus bermain-main, tidak
menguruskan rumahtangga dan gagal untuk mendidik zuriat yang dilahirkan.
Suami mungkin boleh bersabar lagi dalam tempoh dua atau tiga tahun pertama
tetapi bagaimana tahun berikutnya?

Kanak-kanak berusia 10 tahun secara LOGiKnya, masih belum matang untuk
mengetahui hakikat sebuah perkahwinan. Mereka masih perlu didikan dan
perhatian ibu bapa. Mereka masih belum punya perasaan tertarik untuk
berkasih-sayang dengan kaum berlainan jantina... oh... sudah adakah perasaan
sebegitu? Apa yang pasti, MUSTAHiL mereka meminta untuk dikahwinkan.

Seperti di dalam artikel-artikel yang saya titipkan di laman ini (boleh
rujuk entry berkaitan seperti yang dinyatakan di bawah), JELAS, perkahwinan
yang dilakukan tanpa persetujuan kanak-kanak sememangnya menggugat emosi,
sosial, dan perkembangan fizikal kanak-kanak dan ternyata membebankan diri
mereka sendiri sedangkan fizikal dan mental mereka masih tidak dapat
menerima situasi seperti ini.

Perkahwinan bawah umur tentunya memberi kesan mendalam kepada kanak-kanak
jika keadaan itu berleluasa tanpa ada sebarang sekatan. Kesan yang dapat
kita lihat adalah dari segi mental dan fizikal. Kesan mental merujuk
kepada tekanan
perasaan yang ditanggung kanak-kanak itu apabila dibebani tanggungjawab
seorang isteri yang tidak dapat difahami oleh mereka yang masih
keanak-anakan. Manakala kesan pada fizikal pula merujuk keadaan tubuh
kanak-kanak itu yang tidak mampu memenuhi tuntutan batin suami seperti
isteri yang sudah dewasa. Selain itu, apa yang paling penting adalah pendidikan
kanak-kanak itu akan terabai kerana dari kecil dibebankan tanggungjawab
seorang isteri.

Perkahwinan paksa bagi remaja bawah umur dikenal pasti penyebab utama
keciciran golongan ini daripada peluang pendidikan, di samping terdedah
kepada komplikasi kesihatan jika mereka hamil dan melahirkan anak pada waktu
usia muda.

Bukankah Islam menuntut mereka yang berkahwin agar mencari pasangan yang
sekufu? Sekufu bukan sahaja dari segi tahap pemikiran, pendidikan, kualiti
hidup (kaya atau miskin) dan juga usia, bak kata pepatah, 'pipit sama pipit,
enggang sama enggang'. Jika perbezaan usia sangat ketara seperti anak dengan
ayah dan bukan seperti suami isteri selayaknya, adakah mereka sekufu? Ada
jaminankah mereka hidup bahagia? Ada jaminankah si isteri tidak dianiaya?
TOLAK ke tepi jika mahu memberi contoh perbezaan Rasulullah SAW dengan
Aisyah r.a. kerana personaliti, perwatakan, ilmu dan ketaqwaan Rasulullah
SAW (dan para sahabat sezamannya) tiada tara tandingan dengan kaum lelaki
pada zaman sekarang, perbezaannya seperti LANGiT dengan kerak BUMi rasanya!

Dengan setiap perkara yang berlaku di dunia pada hari ini, kadang-kadang
kita sendiri berasa pelik dan hairan dengan tindakan yang dilakukan
oleh si ‘pelik
punya species’ yang bertunjangkan nafsu. Saban hari kita disogokkan dengan
kes perceraian di sana sini, kini ditambah pula yang perkahwinan dengan
kanak-kanak? Apa nak jadi dengan masyarakat hari ini? Jangan hanya kata
ingin mengikut sesuatu yang dikatakan sunnah semata-mata sedangkan hanya
mengikut tuntutan nafsu!

[NB: Kahwin dengan kanak-kanak sunnah NABI? Rujuk --> Ulul Albab: Hukum
khusus bagi Nabi tak boleh
dikongsi<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/ulul-albab-hukum-khusus-bagi-nabi-tak.html>
]

Capaian entry berkaitan :

   1. 'Isteri' Sudin Ajaib masih
trauma<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/isteri-sudin-ajaib-masih-trauma.html>
   2. Ulul Albab: Hukum khusus bagi Nabi tak boleh
dikongsi<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/ulul-albab-hukum-khusus-bagi-nabi-tak.html>
   3. Peguam Syarie Menulis: Kahwin bawah umur dikira
penderaan<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/peguam-syarie-menulis-kahwin-bawah-umur.html>
   4. Nikah bawah umur cabul hak anak majukan
diri<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/nikah-bawah-umur-cabul-hak-anak-majukan.html>
   5. Elak kahwin
kanak-kanak<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/elak-kahwin-kanak-kanak.html>
   6. Perkahwinan budak 11 tahun perlu
kelulusan<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/perkahwinan-budak-11-tahun-perlu.html><http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/jangan-terpedaya-dengan-individu.html>
   7. Jangan terpedaya dengan individu berimej
warak<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/jangan-terpedaya-dengan-individu.html>

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat
Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke