Tuan/Puan yang dihormati,

Satu perkara yang saya terpanggil untuk turut berbicara isu sebegini.
Jika diperhatikan kes sebegini berlaku dikalangan orang "TABLIGH". Tidak ada 
salahnya dengan tabligh itu sendiri.
Pernah kah tuan/puan mendengar orang tabligh keluar meninggalkan keluarga 
selama 40 hari? atau seumpama itu.
Kita tidak tahu apa yang lelaki-lelaki gah ini buat di luar sana selama tempoh 
tersebut sama ada di Pakistan, India, Thailand Yala atau Naratiwat atau di 
Myanmar. Selama ini mereka bermusafir dan berkahwain dengan ahli keluarga 
jemaah macam secara Mut'ah amalan orang Syiah. Ingat 40 hari tu lama jugak tu. 
Tapi bila sebut mut'ah ramai orang melenting kan? Hakikatnya itulah yang 
berlaku. Tetapi bukan semua ahli jemaah yang berbuat demikian. Kahwin itu 
bertujuan untuk menghalalkan perhubungan (atau melepaskan nafsu? tanyalah hati 
budi masing-masing) sebab faktor 40 hari tu dan para isteri tidak ikut serta.
Mungkin apa yang berlaku itu merupakan satu hikmah yang Allah nak bagi tahu 
kita semua. Dulu semasa orang Malaysia bermusafir mereka menikahi anak ahli 
jemaah di luar sana. Kini bila tiba giliran ahli jemaah luar datang sini 
kenalah balas budi kawan-kawan.
 Renung-renungkan lah.... teruama para isteri.  Salam.



________________________________
From: "bawanggoren...@yahoo.com" <BawangGoreng @yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, March 20, 2010 1:02:05
Subject: Help Palestine [hidayahnet] KOMEN : JANGAN rampas zaman kanak-kanak!

 
JANGAN rampas zaman kanak-kanak!
 

Tragedi Siti Nur Zubaidah


Assalamualaikum warahmatullah,

Saya sedikit ketinggalan untuk memberi komen tentang hal ini kerana kesuntukan 
masa dan sibuk pula membaca artikel tentang ini dari pelbagai sumber untuk 
mendapatkan info yang tepat tentang ‘tragedi’ ini. Mengapa saya sebut 
‘tragedi’, ya? Masakan tidak, saya sebut tragedi kerana kanak-kanak berusia 11 
tahun ini diculik dan dilarikan oleh ‘suami’ selama 20 hari dan ditinggalkan 
pula seorang diri di sebuah surau yang jauh beratus kilometer dari kampung 
halamannya, dalam keadaan lapar dan ketakutan. Bagaimanakah perasaan anda 
sebagai seorang ibu... CORRECTION : Bagaimanakah perasaan anda sebagai seorang 
ayah tegar ‘melepaskan’ anak gadis suntinya mengikut ‘suami’ yang 30 tahun 
lebih tua [sebaya anda, lah!] dan sudah beristeri pula?

Sehingga entry ini dimasukkan, saya terbaca di Hmetro 19/03/2010, Siti Nur 
Zubaidah masihtrauma, kelihatan sugul dan enggan bercakap dengan ahli 
keluarganya, terutama ayahnya. Saya dapat bayangkan, kepercayaan dan perasaan 
bergantung harap anak ini terhadap ibu dan ayahnya telah HILANG sama sekali! 
Sanggupkah kita menenggut kepercayaan anak-anak terhadap diri kita sendiri? 
Bagaimanakah masa depan kanak-kanak ini jika dia tidak lagi mempercayai ibu dan 
ayahnya sendiri?

Saya masih ingat ketika berusia 10~11 tahun, saya masih tidak tahu memasak, 
segala keperluan saya seperti pakaian, makanan dan minuman semuanya disediakan 
mak. [NB: Saya start belajar memasak ketika usia 19 tahun... hik.. hik... 
Itupun sebab merantau ke negara orang dan terpaksa berdikari]. Apa yang saya 
buat cuma belajar, bermain teng-teng, zero-point, konda-konde, batu seremban, 
menonggang basikal dan belajar, serta sekali sekala menonton TV cerita 
kegemaran saya. Pada usia itu juga, saya sibuk berlatih meniup ‘recorder’ 
kerana berjaya menempatkan diri dalam pasukan pancaragam sekolah. Leka bermain 
hingga ke lewat petang, kadang-kadang mak yang jerit,“Pergi mandi, dah nak 
maghrib ni!” Itulah saya, pada usia 10~11 tahun. Saya percaya, kanak-kanak 
zaman sekarang juga masih berperangai seperti saya, cuma corak permainan sahaja 
yang berbeza.

Beberapa kes perkahwinan baru-baru ini seolah-olah mengeksploitasi dunia 
seorang kanak-kanak. Kita seperti kembali ke zaman 60-an dan 70-an dulu apabila 
isu kahwin budak timbul kembali. Mungkin benar, dulu budak seusia 10 tahun 
sudah pandai membasuh, mengemas, menjaga adik dan juga memasak. Ini adalah 
prasyarat utama bagaimana dulu rata-rata pada usia ini mereka sudah 
dikahwinkan. Perlu berbalik pada realiti zaman ini, pada usia 10 tahun, 
kanak-kanak ini masih aktif bermain, belajar dan kurang arif menguruskan diri 
masing-masing apatah lagi diminta untuk mengemudi sebuah perkahwinan.

SADiS sungguh rasanya melihat dua kes perkahwinan yang berlaku di Kelantan 
membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 
tahun di Jelawang, dan satu lagi kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang 
berkahwin lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas. Tidak dapat saya bayangkan, 
bagaimana perasaannya jika anak saya sendiri dan mungkin ahli keluarga terdekat 
kita mengalaminya. Perit dirasai apabila zaman remaja kanak-kanak itu dirampas 
dan tidak akan merasai alam remaja dan terus masuk ke alam dewasa disebabkan 
tanggungjawab sebagai isteri.

Seorang lelaki fitrahnya, mesti menginginkan si isteri berfungsi dengan baik 
untuk menguruskan rumah tangga. Saya cuba menggambarkan apakah kesudahannya 
jika si isteri yang masih lagi kecil ingin terus bermain-main, tidak 
menguruskan rumahtangga dan gagal untuk mendidik zuriat yang dilahirkan. Suami 
mungkin boleh bersabar lagi dalam tempoh dua atau tiga tahun pertama tetapi 
bagaimana tahun berikutnya?

Kanak-kanak berusia 10 tahun secaraLOGiKnya, masih belum matang untuk 
mengetahui hakikat sebuah perkahwinan. Mereka masih perlu didikan dan perhatian 
ibu bapa. Mereka masih belum punya perasaan tertarik untuk berkasih-sayang 
dengan kaum berlainan jantina... oh... sudah adakah perasaan sebegitu? Apa yang 
pasti, MUSTAHiL mereka meminta untuk dikahwinkan.

Seperti di dalam artikel-artikel yang saya titipkan di laman ini (boleh rujuk 
entry berkaitan seperti yang dinyatakan di bawah), JELAS, perkahwinan yang 
dilakukan tanpa persetujuan kanak-kanak sememangnya menggugat emosi, sosial, 
dan perkembangan fizikal kanak-kanak dan ternyata membebankan diri mereka 
sendiri sedangkan fizikal dan mental mereka masih tidak dapat menerima situasi 
seperti ini.

Perkahwinan bawah umur tentunya memberi kesan mendalam kepada kanak-kanak jika 
keadaan itu berleluasa tanpa ada sebarang sekatan. Kesan yang dapat kita lihat 
adalah dari segi mental dan fizikal. Kesan mental merujuk kepada tekanan 
perasaan yang ditanggung kanak-kanak itu apabila dibebani tanggungjawab seorang 
isteri yang tidak dapat difahami oleh mereka yang masih keanak-anakan. Manakala 
kesan pada fizikal pula merujuk keadaan tubuh kanak-kanak itu yang tidak mampu 
memenuhi tuntutan batin suami seperti isteri yang sudah dewasa. Selain itu, apa 
yang paling penting adalah pendidikan kanak-kanak itu akan terabai kerana dari 
kecil dibebankan tanggungjawab seorang isteri.

Perkahwinan paksa bagi remaja bawah umur dikenal pasti penyebab utama keciciran 
golongan ini daripada peluang pendidikan, di samping terdedah kepada komplikasi 
kesihatan jika mereka hamil dan melahirkan anak pada waktu usia muda.

Bukankah Islam menuntut mereka yang berkahwin agar mencari pasangan yang 
sekufu? Sekufu bukan sahaja dari segi tahap pemikiran, pendidikan, kualiti 
hidup (kaya atau miskin) dan juga usia, bak kata pepatah, 'pipit sama pipit, 
enggang sama enggang'. Jika perbezaan usia sangat ketara seperti anak dengan 
ayah dan bukan seperti suami isteri selayaknya, adakah mereka sekufu? Ada 
jaminankah mereka hidup bahagia? Ada jaminankah si isteri tidak dianiaya? TOLAK 
ke tepi jika mahu memberi contoh perbezaan Rasulullah SAW dengan Aisyah r.a. 
kerana personaliti, perwatakan, ilmu dan ketaqwaan Rasulullah SAW (dan para 
sahabat sezamannya) tiada tara tandingan dengan kaum lelaki pada zaman 
sekarang, perbezaannya seperti LANGiT dengan kerak BUMi rasanya!

Dengan setiap perkara yang berlaku di dunia pada hari ini, kadang-kadang kita 
sendiri berasa pelik dan hairan dengan tindakan yang dilakukan oleh si ‘pelik 
punya species’ yang bertunjangkan nafsu. Saban hari kita disogokkan dengan kes 
perceraian di sana sini, kini ditambah pula yang perkahwinan dengan 
kanak-kanak? Apa nak jadi dengan masyarakat hari ini? Jangan hanya kata ingin 
mengikut sesuatu yang dikatakan sunnah semata-mata sedangkan hanya mengikut 
tuntutan nafsu!

[NB: Kahwin dengan kanak-kanak sunnah NABI? Rujuk --> Ulul Albab: Hukum khusus 
bagi Nabi tak boleh dikongsi]

Capaian entry berkaitan :

        1. 'Isteri' Sudin Ajaib masih trauma
        2. Ulul Albab: Hukum khusus bagi Nabi tak boleh dikongsi
        3. Peguam Syarie Menulis: Kahwin bawah umur dikira penderaan
        4. Nikah bawah umur cabul hak anak majukan diri
        5. Elak kahwin kanak-kanak
        6. Perkahwinan budak 11 tahun perlu kelulusan
        7. Jangan terpedaya dengan individu berimej warak
--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman- seri.blogspot. com
http://little- kiosk.blogspot. com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – 
Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari 
jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk 
memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak 
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka 
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat 
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. 
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga 
puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi 
jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan 
membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu 
wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, 
walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤




      Get your new Email address!
Grab the Email name you&#39;ve always wanted before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke