Kita ni kalau doktor cakap pasal penyakit pasti takut dan ikut nasihat doktor, 
nak panjang umurlah katakan, biar lambat mati.

Doktor kata jalan 10,000 langkah setiap hari untuk elak penyakit jantung, 
obesiti dan kencing manis.

Walhal Nabi Muhammad SAW dah cakap lebih 1400 tahun dulu, jalan setiap hari 5 
waktu ke masjid.

Cuba kira 10,000 langkah bahagi 5 waktu ialah 2,000 langkah setiap waktu. 1000 
langkah pergi masjid , 1000 langkah balik rumah. Katakan 1 langkah 0.8 meter, 
jadi 1,000 langkah ialah 800 meter. Maknanya kalau rumah kita dari masjid ialah 
0.8 km, baiklah berjalan ke masjid, tak payah nak penat-penat jogging 30 minit 
setiap hari.

Jogging 5 waktu ke masjid , setiap langkah diangkat satu darjat, digugur satu 
dosa dan diberi satu pahala. Bermakna setiap hari naik 5,000 darjat, gugur 
5,000 dosa, dapat 5,000 pahala.

Kalau jogging saja-saja dapat apa ?  Dapatlah keluar peluh, kurangkan lemak.

Patutlah Guru Tasauf Tuan Haji Basiron menegur dalam ceramah dia, buat apa 
jogging-jogging, ada orang tengah jogging pun mati. Dia suruh kita banyakkan 
solat dan pergi masjid awal.

Jangan lupa kita ni tiap lebih kurang 20 minit malaikat Maut datang ziarah kita 
, tengok jadual mati kita dah sampai belum.

Kalau Kementerian Kesihatan anjur kempen 10,000 Langkah maka Majlis Agama Islam 
atau JAKIM sepatutnya anjur Kempen 10,000 Langkah ke Masjid setiap hari untuk 
Kejayaan Dunia dan Akhirat.

Rasulullah bersabda: Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu 
berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang 
dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan 
satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di 
dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat 
dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat 
yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa 
dia menunggu solat tersebut. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi 
dan Ibnu Majah). 
http://www.bicaraaddin.com/v3/index.php?option=com_kunena&Itemid=125&func=view&catid=6&id=3

*****************************
NEGERI SEMBILAN TERTINGGI OBESITI
Berita Harian 27 April 2010

PROGRAM BERJALAN KAKI 10,000 LANGKAH UBAH SIKAP MASYARAKAT SUPAYA RAJIN BERSENAM

SEREMBAN 2: Negeri Sembilan mencatatkan peratusan penduduk gemuk paling tinggi 
di negara ini dengan 18.6 peratus penduduk berusia 18 tahun ke atas 
dikategorikan sebagai gemuk dan 15.7 peratus mempunyai ukur lilit berlebihan. 
Malah hasil Kajian Mobiditi dan Kesihatan Kebangsaan pada 2006 mendapati 
kanak-kanak di negeri ini adalah yang ketiga tertinggi di negara ini mempunyai 
masalah berat badan berlebihan. Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zailan 
Adnan, berkata keadaan itu membimbangkan berikutan gaya hidup masyarakat kini 
yang kurang bersenam, tekanan dan cenderung memilih yang `segera' termasuk 
dalam penyediaan makanan.

Katanya, kegemukan atau obesiti adalah antara punca menyebabkan peningkatan kes 
penyakit jantung dan diabetes.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan memperkenalkan Program Berjalan Kaki 10,000 
Langkah bagi mengubah sikap masyarakat supaya lebih rajin bersenam, sekali gus 
mengurangkan masalah kegemukan, menjaga kesihatan jantung dan menurunkan berat 
badan.

“Program ini dipopularkan oleh masyarakat Jepun dan dipromosikan pelbagai 
organisasi dunia seperti Yayasan Jantung Britain kerana terbukti mampu mencegah 
serta mengawal hipertensi dan diabetes," katanya pada majlis pelancaran Hari 
Kesihatan Sedunia peringkat negeri di City Park, di sini.
Perasmian dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Teknologi dan 
Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib.

Dr Zailan mengakui bukan mudah untuk mengira setiap langkah ketika berjalan 
kecuali mempunyai mesin pedometer, namun, amalan berjalan kaki kira-kira 30 
minit sehari akan membuka jalan kepada mencapai matlamat berjalan 10,000 
langkah setiap hari.

Sementara itu, katanya, sembilan daripada 12 kes keracunan makanan yang berlaku 
di negeri ini sepanjang tahun lalu membabitkan sekolah dan sejak Januari lalu 
hingga kini, sebanyak empat kes keracunan makanan berlaku di sekolah.

Berikutan itu, katanya, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran memperkenalkan 
program kendiri di sekolah, iaitu pengendali makanan dan sekolah memeriksa 
sendiri premis mereka dengan memberi penekanan kepada langkah proaktif yang 
mengurangkan kes keracunan makanan.

"Skim penggredan kantin dan dapur asrama sekolah juga diperkenalkan untuk 
memberi pengiktirafan kepada premis yang memenuhi standard kesihatan dan 
mendapat markah penggredan yang baik," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan juga mewartakan Peraturan Kebersihan 
Makanan 2009 dengan semua premis makanan, termasuk kantin dan dapur asrama 
sekolah perlu berdaftar dengan kementerian itu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_NegeriSembilantertinggiobesiti/Article




Reply via email to