Alangkah malunya saya nanti bila dihadapkan di mahkamah ALLAH di akhirat nanti, 
bila ditanya apa peranan saya untuk membantu masyarakat Malaysia supaya bebas 
dari najis judi. Lagi malu masyarakat majoriti bukan Islam di Amerika Syarikat 
ada persatuan untuk memulihkan mereka yang ketagih judi dan persatuan yang 
menentang pemandu mabuk.

Tapi kita di Malaysia ini, yang majoritinya orang Islam, bila sampai isu judi 
dan arak, seolah-olah ianya perkara biasa. Sampaikan akhbar berbahasa Melayu 
pun mempromosikan judi melalui iklan dalam akhbar mereka.

Malunya saya di akhirat nanti. Judi, keluarga hancur, masyarakat musnah.

Kepada sesiapa yang terlibat dalam arak dan judi ini , samada secara langsung 
atau tidak langsung, termasuk membeli akhbar yang ada iklan judi , cubalah cari 
jawapan yang terbaik dan save kan dalam lap top atau thumbdrive dalam otak dan 
buka di akhirat nanti.

Persatuan Memulihkan Tahi Judi di Amerika Syarikat 
http://www.onlinecasinoreports.com/directory/associationsandorganizations/gamblersanonymous/

Persatuan Ibu-Ibu di Amerika Syarikat yang menentang pemandu mabuk 
http://www.madd.org

**************************************
KAKI JUDI PINJAM ALONG DIJANGKA MENINGKAT
Berita Harian 29 Mei 2010

KUALA LUMPUR: Jumlah kaki judi yang akan berhutang dengan along dijangka 
meningkat sehingga 50 peratus sepanjang musim Piala Dunia 2010 bulan depan 
berikutan ceti haram itu dikatakan mempermudahkan syarat pinjaman untuk tujuan 
pertaruhan.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata sasaran itu 
berpandukan statistik tahun 2008 ketika Kejohanan Piala Euro di Perancis yang 
mana 630 orang yang berhutang dengan along membuat aduan di pejabatnya kerana 
gagal membayar balik pinjaman. Katanya, pihaknya menjangka orang ramai terutama 
kaki judi akan membuat pinjaman daripada ceti haram itu minimum RM100,000 dalam 
usaha mengaut keuntungan semaksimum mungkin daripada 64 perlawanan sepanjang 
kejohanan berlangsung.

Katanya, orang ramai membuat pinjaman daripada along kerana saluran itu sangat 
mudah dan cepat, bagaimanapun peminjam tidak diterangkan secara terperinci 
kadar faedah daripada jumlah pembayaran balik pinjaman yang dibuat kerana 
kebiasaannya ia akan meningkat dua kali ganda berbanding pada hari biasa.

“Pemohon mudah terpengaruh kerana mereka sangat teruja untuk bertaruh selain 
terdesak menjadi kaya dalam tempoh singkat tanpa memikirkan kesannya.

“Kebanyakan mangsa yang mengadu ke pejabat MCA memberitahu mereka tidak sedar 
bunga dikenakan sangat tinggi. Sekiranya lewat sehari, bagi pinjaman sebanyak 
RM1,000 bunganya mencecah RM400 berbanding hari biasa,” katanya ketika 
dihubungi di sini, semalam.

Michael berkata, sepanjang tahun ini orang ramai yang membuat pinjaman dengan 
along dan gagal membayarnya balik secara purata 30 kes sebulan dan dijangka 
meningkat dua kali ganda, apabila kejohanan Piala Dunia yang memasuki edisi 
ke-19 itu bermula 11 Jun ini.
“Saya menyeru orang ramai supaya berfikir banyak kali sebelum membuat pinjaman 
dengan along kerana golongan ini akan melakukan apa saja termasuk mencederakan 
sehingga membawa maut dalam usaha mendapatkan kembali wang mereka.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kakijudipinjamalongdijangkameningkat/Article

****************************
KERAJAAN PULAU PINANG TOLAK PERMOHONAN LESEN PERJUDIAN ASCOT SPORT SDN BHD
28 Mei, 2010 17:23 PM

PULAU PINANG, 28 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil 
keputusan menolak permohonan Ascot Sport Sdn Bhd bagi lesen premis perjudian 
setelah menimbangkan keburukan dan akibat daripada kegiatan itu terhadap 
masyarakat.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan 
mesyuarat dengan semua Exco kerajaan negeri dan mengikut Seksyen 101(v) Akta 
Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan 
keselesaan.

"Sudah cukup premis perjudian yang ada (di negeri ini), mereka mahu mengadakan 
hampir 12 kali cabutan dalam seminggu, ini akan akibatkan kemusnahan 
kekeluargaan dan memberi impak negatif kepada golongan remaja," katanya kepada 
pemberita di sini, pada Jumaat.

Lim berkata Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran 
Seberang Jaya (MPSP) telah diarah membekukan lesen premis pertaruhan yang 
menawarkan judi sukan.

"Keputusan ini juga untuk mempromosikan kehidupan masyarakat yang lebih sihat," 
katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=501832





Kirim email ke