Buaya adalah makhluk Allah. Hantu juga adalah makhluk Allah. Sepatutnya manusia 
mesti teramat takut kepada pencipta buaya dan hantu iaitu Allah swt berbanding 
dengan buaya dan hantu. Cumanya takkan sengaja kita nak menempah kecelakaan 
dengan berenang di lubuk buaya atau tinggal di kediaman hantu. Mohonlah 
pertolongan Allah bila berhadapan dengan buaya dan hantu.

Pernah menjelang maghrib saya memandu kereta di Terengganu , terbang seekor 
ayam jantan melintas kereta. Berdentum kuat bunyi kereta, tengok ayam tadi 
terus terbang tak mati atau cedera. Depan kereta saya remuk , gril dan bonet 
besi kemek.

Juga pernah menjelang maghrib ketika memandu di Rembau , seekor anjing melintas 
jalan , berdentum kuat bawah kereta saya langgar. Anjing tu selamba sahaja 
berlari tanpa sebarang kecedaraan. Mujur tiada kerosakan pada bawah kereta.

Pernah suatu malam isteri saya mengadu kehilangan surat amat penting nak serah 
di pejabat keesokan hari, walhal sebelum ini memang ada atas meja, tiada 
sesiapa yang usik. Tanya semua anak , mereka semua tak tahu. Tak apalah , 
berdoa sahaja pada Allah. Keesokan pagi , surat yang hilang tadi puas cari satu 
rumah sampai dalam tong sampah, tengok dah ada elok atas meja. Tanya semua tak 
tahu macamana surat dah menjelma semula. Syaitan paling suka melaga-lagakan 
manusia, terutama pasangan suami isteri.

Dulu di rumah selalu dengar budak-budak main guli kat tingkat atas. Ingatkan 
anak jiran sebelah main. Jiran sebelah pula ingat anak kita yang main guli. 
Rupanya makhluk lain yang main guli. Sekarang dah tak ada dah.

Apa-apa pun mohonlah pertolongan Allah, kerana Allah yang mencipta semua 
makhluk di dunia ini. Yang penting sembahyang fardu mesti ditunaikan 5 waktu 
sehari semalam, yang lelaki sebaiknya berjemaah di masjid atau surau.

Ada satu perkara kita patut takut, iaitu takut mati, bekalan akhirat tak cukup. 
Setiap 20 minit malaikat maut akan ziarah setiap seorang daripada kita, tengok 
dah sampai masa atau belum nak cabut nyawa kita.

Kisah Lebuhraya Kajang Seremban ada Hantu ? di 
http://waghih.blogspot.com/2010/05/lebuhraya-kajang-seremban-ada-hantu.html

********************
KELIBAT BUDAK BERMAIN AIR

Harian Metro 1 Jun 2010

BETONG , Sarawak : Jelmaan lembaga berbaju putih dengan berambut panjang 
dipercayai pontianak bukan saja menganggu anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis 
Daerah (IPD) Betong, malah tahanan lokap turut menerima nasib sama.

Lembaga berkenaan dikatakan ‘menjaga’ salah satu lokap berkenaan dan seringkali 
menjelma di setiap sudut menyebabkan tahanan tidak lena tidur.

Menurut sumber, seorang ustaz dipanggil untuk ‘merawat’ lokasi berkenaan kerana 
sering menerima gangguan daripada lembaga itu.

“Ustaz itu memberitahu, salah satu lokap memang tempat lembaga itu dibunuh. 
Sebab itulah, ‘dia’ sering mengganggu tahanan yang ditempatkan di situ,” 
katanya.


Tambah sumber itu lagi, beberapa anggota polis yang bertugas pada waktu malam 
turut melihat kelibat dua hingga tiga kanak-kanak berlari dalam bangunan itu.

“Pernah seorang anggota terserempak dengan dua kanak-kanak sedang berlari dan 
bermain air. Pada keesokan harinya dia mendapati kawasan berkenaan basah,” 
katanya.

Katanya, gangguan seumpama itu tidak asing bagi anggota dan pegawai IPD 
berkenaan, malah ketika berada di bangunan lama, mereka turut mengalaminya 
“Memang ada gangguan ketika IPD lama, tapi ia tidak sehebat di sini. Malah 
suatu ketika, macam-macam bunyi yang meremangkan bulu roma dapat dengar,” 
katanya.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan tiga anggota dari IPD Betong hampir 
trauma selepas didakwa diganggu makhluk berbaju putih serta rambut panjang 
sejak sebulan lalu.

Peristiwa ini berlaku sehari selepas IPD berkenaan dipindahkan ke bangunan baru 
kira-kira dua kilometer dari bangunan lama.

Kejadian bersiri itu berlarutan dan kali terakhir Jumaat lalu memaksa seorang 
ustaz dipanggil untuk ‘menangkap’ lembaga berkenaan.

Bacaan al-Quran tak henti BETONG: Sejak gangguan makhluk halus semakin 
menjadi-jadi kebelakangan ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong bergema 
dengan bacaan ayat suci al-Quran setiap hari.

Bermula jam 7 malam hingga 7 pagi, bangunan IPD berkenaan tidak pernah henti 
walaupun seminit daripada bacaan ayat kitab suci itu menggunakan rakaman kaset 
bertujuan menjauhi gangguan berkenaan.

Seorang anggota yang pernah mengalami gangguan makhluk halus itu, berkata 
bangunan IPD berkenaan akan bergema dengan bacaan ayat al-Quran bagi 
menghilangkan ketakutan kepada anggota.

“Inilah ikhtiar yang kami lakukan sejak mengalami perkara itu. Malah, pegawai 
atasan turut mengadakan majlis tahlil pada setiap Jumaat dengan harapan dapat 
mengelakkan daripada diganggu.

“Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada program seperti ini. Pihak kami 
berusaha untuk memastikan gangguan yang dialami sejak sebulan lalu, tidak 
berlaku lagi,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri akan mengambil wuduk jika bertugas waktu malam selain 
membaca yasin.

“Seorang ustaz pernah memberitahu bangunan itu sudah ‘dipagar’ tapi, masih 
mengalami gangguan ini.

“Ini kerana, kami dimaklumkan ustaz berkenaan, bangunan itu sudah menjadi ‘hak 
milik’ lembaga berkenaan sejak mula dibina,” katanya.

Katanya, tapak pembinaan bangunan berkenaan dibina di atas kawasan yang didiami 
makhluk halus sehingga menyebabkan ia marah dan mengganggu warga kerja IPD 
berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kelibatbudakbermainair/Article




Kirim email ke