Imbas kembali ketika masih anak ingusan riang berlarian di laman menyanyikan lagu tiga kupang bersama teman seumur Aisyah menghafaz hadith Rasulullah seorang anak muslimah apakah lagu yg jadi hafalan?
Di zaman persekolahan akal mudanya di sogokkan khayalan 'Merpati Putih Terbang Lagi' dan semangat seorang guru History dengan kebanggaan kegemilangan peradaban barat silam seorang remaja muslimah apakah kitab yg membajai azam? Tika pergaulan tambah meluas seorang teman memberikan pendapat "Gincu dan celak tanda kedewasaan" Seorang puteri muslimah apakah bukti kematangan? Kala gelisah berjemur di tengah panas dalam barisan panjang bakal siswazah Terdengar sindiran pemuda melayu yg Islam "Cubalah invent kipas angin yg boleh dipasang di leher yg tersembunyi di bawah tudung panjang." Seorang muslimah yg tidak keliru bagaimanakah jawaban ? Terbukti Khadijah menyerahkan segala buat suami tercinta Pun begitu seorang isteri cemas di hati akan nasibnya di hari muka Seorang muslimah solehah siapakah tempat pergantungan ? Teman-teman ghairah mengelilingi dunia mencapai impian menyaksikan tujuh keajaiban alam seorang hamba yg hina sedar Thousand Wonders of God pada dirinya seorang muslimah beriman apakah lagi yg jadi impian ? Waktu bertugas di sebuah sekolah di bandaraya terbesar seorang guru mengeluh melihat kerenah pelajar "Bagaimana akan ku ajar dumb, dumb pupils yg semakin biadab..." seorang muslimah bergelar ustazah apakah tindakan yg wajar ? Zaman silih berganti tiba kini giliran mendidik anak sendiri Kala suara azan di seru anak bujangnya masih menggeliat di kusyen empuk Tangan memegang 'gameboy' kekadang 'remote' Bagaimana diharap bakal menyambut seruan mujahid di medan jihad mengangkat senjata membela ummat seorang ibu leternya tiada perhentian seorang muslimah berhikmah apakah penyelesaian ? Direnung alam sungguh harmoni ciptaan Tuhan Diperhatikan makhluk bertindak zalim sesama insan melepasi batas kebinatangan (kerana binatang membunuh hanya untuk mencari makan) seorang perempuan hati menangis pedih di dalam seorang muslimah sejati bagaimanakah perasaan? Buat saudara seagama dipohon do'a serta harapan yg menjulang tinggi moga nasib ummah akan terbela sedikit masa lagi Buat ayahanda bonda yg telah pergi kasihnya abadi Buat suami dan anak-anak tercinta sayangnya tidak berbelah bagi namun ruang di hati belum terpenuhi kerana rindu masih tidak terubati..... Seorang muslimah mukminah Di dalam sujud harapkan ketemu jawaban, Hari ini, esok dan seterusnya untuk siapa.. "Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu dgn percuma dan kamu tidak akan kembali kpd Kami ?" (Al Mu'minun:115) [Karangan asal (agaknya) dari Islah-Net oleh Ume Ismail] Faiz Sahri School of Electrical Engineering Purdue University (765)7432255 http://brotherfaiz.cjb.net _______________________________________________ Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian. Alumni Sekolah Islam Hira' http://www.alumni-hira.org http://berita.alumni-hira.org