Assalamualaikum wbt
"perumpamaan orang-orang mukmin (terhadap mukmin yang lain) dalam saling mencintai, saling sayang menyayangi dan saling kasih mengasihi, bagaikan satu jasad, apabila salah satu anggotanya sakit, maka anggota lain juga akan berasa sakit dengan tidak dapat tidur dan berasa panas"- Hadis riwayat Imam Ahmad dan Muslim
MSN 8 with e-mail virus protection service: 2 months FREE*
--- Begin Message --- Assalamualaikum..
buat ahli pmram..semua
kadangkala kita bersuka ria..dan melupakan saudara kita yang sengsara di
sana..kita bergembira hingga mengabaikan mereka di dalam doa kita mereka
berhempas pulas berjuang mengorbankan darah dan air mata kita masih lalai
meniti hidup sendiri-sendiri( selfish barangkali?)..mereka pejuang-pejuang
HAMAS hampir mati..yang syahid kita iringkan dengan airmata duka tanda pilu
hilangnya pejuang ISlam sejati air mata gembira tanda tahniah atas anugerah
syurga Tuhan..Syeikh Ahmad Yassin hampir mati..kita bagaimana..masih
leka?..masih membeli barangan Yahudi dan Amerika?..tiada kah rasa kasih
bersaudara buat meraka...
buat sahabat..
yang mana perasan tu tolonglah bagitau pasalboikot barangan yahui dan
amerika...kita buat sikit2 insyallah kalau kita niat nak tolong saudara kita
mereka berusaha menyelamatkan kiblat kita yang pertama juga..tolong mereka
bererti tolong diri kita sendiri....takpelah tak makan chipsy pun..tak minum
mirinda and all the soda..pepsi, mirinda 7 up..kita cuba sikit2...benda ni
sepatutnya dah lama....tapi kita baru mula...nak tunggu bila lagi....dah
jadi jihad fardu ain..takpalah..korbankan nafsu sikit..try
slowy..sikit...memang susah tapi ni jihad kita.....selama pemerhatian
ana...masih ramai lagi yang buat donno atau tak tahu..takpalah yg tahu habaq
pada yg tak tau..insyallah ..mula pelan-pelan...
okeylah..selamat berkonvo buat semua...jgn gabra sangat..tahniah pada semua
sahabat yang berjaya..pada yang tidak tahniah juga..kerana kita mengejar
kejayaan hakiki an ilmu yang berkat
selamat berjuang semua..
>From: ibnu ismael <[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: [epmram] Poster Sabra dan Syatila
>Date: Sat, 20 Sep 2003 01:02:40 -0700 (PDT)
>
>
>MINDA SHARON
>
>Sempena Ulang Tahun Ke 21 Penyembelihan Sabra dan Syatila
>
>
>
>(Terjemahan: "Saya yakin, kita (kaum Yahudi) boleh hidup bersama umat Islam
>Palestin, tetapi menerusi kaedah Sabra dan Syatila," Ariel Sharon, PM
>Israel)
>21 tahun lalu, selama tiga hari berturut-turut (16-18 September 1982)
>Menteri Pertahanan Israel, Ariel Sharon bersama pasukannya melakukan
>pembunuhan kejam terhadap umat Islam di perkhemahan Sabra dan Syatila,
>selatan Lubnan menyebabkan 3,000 orang gugur syahid. Ini bukan kekejaman
>pertama dan terakhir. Ia telah bermula sejak dahulu dan berterusan hingga
>kini:
>
>Pada 31 Mac 1948, kumpulan Yahudi Hajnah menyerang kampung Abu Kabir dan
>membunuh semua penduduk yang cuba melarikan diri. Pada 9/4/1948 pula,
>kumpulan Yahudi Hajnah dan Argun yang diketuai oleh Manachem Begin
>menyerang Dir Yasin dan membunuh 250 umat Islam, 100 daripada mereka adalah
>wanita. Ketua pengganas ini kemudiannya dilantik menjadi Perdana Menteri
>Israel pada tahun 1977.
>
>Pada 14 Mei 1948, 50 orang Islam dibunuh di kampung Abu Syasyah. Sebahagian
>mereka ditembak dengan senjata api dan sebahagian yang lain di kapak kepala
>mereka. Dua bulan kemudian (11/7/1948), sekumpulan komando Yahudi diketuai
>oleh Mosyi Dayan menyerang kampung Al Lad dan membunuh 426 orang Islam.
>Seramai 176 orang yang berlindung di dalam masjid turut dibunuh dengan
>kejam. Pada 29/10/1948, semua penduduk 'Albiyyun dikumpulkan di sebuah
>padang dan ditembak dari segenap penjuru.
>
>Kekejaman dan pembunuhan terus menerus di lakukan. 31/5/1950 serangan di
>Wadi Arabah (30 terbunuh), 14/10/1953 serangan berterusan selama 16 jam di
>Qabbiah (62 terbunuh, sebuah masjid dan 56 buah rumah dirobohkan),
>28/10/1956 pembunuhan di Kufru Qasim dilakukan oleh kumpulan pengganas
>Yahudi pimpinan Ariel Sharon (57 terbunuh, 27 cedera), 3/11/1956 pembunuhan
>di Mukhayyam Ar Ra'is, Khan Yunus (250 terbunuh), 12/11/1956 seramai 275
>orang lagi dibunuh dan pada hari yang sama mereka membunuh 100 orang Islam
>di Rafah.
>
>Pada 13/11/1966, tentera rejim menyerang kampung As Sumu' di selatan Hebron
>(Al Khalil) menyebabkan 18 orang terkorban, 54 cedera dan 125 buah rumah
>dirobohkan. 21/8/1969, pendatang Yahudi dari Australia membakar Masjidil
>Aqsa. 8/4/1970 pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bahrul Baqar.
>
>Kemuncak kepada keganasan Israel ialah pada 16-18 September 1982, apabila
>tentera Israel pimpinan Menteri Pertahanannya, Ariel Sharon melakukan
>keganasan membunuh lebih 3,000 orang Islam di Sabra dan Syatila. Ada juga
>dakwaan yang mengatakan angka kematian sebenar menjangkau 7,500 orang.
>
>Melihatkan tiada tindakan balas daripada negara-negara umat Islam, rejim
>Israel semakin enak melakukan kekejaman dan pembunuhan. Pada 8/10/1990
>tentera Israel melepaskan tembakan rambang ke arah umat Islam yang sedang
>menunaikan sembahyang di dalam Masjidil Aqsa menyebabkan 21 orang terbunuh,
>150 orang cedera dan hampir 300 orang ditangkap.
>
>Pada 25/2/1994, sekali lagi umat Islam yang sedang bersembahyang ditembak
>oleh pengganas Yahudi. Seramai 60 orang terbunuh di dalam Masjid Nabi
>Ibrahim di bandar Al Khalil (Hebron) ketika menunaikan sembahyang subuh di
>bulan Ramadhan.
>
>Pada 18/4/1996, tentera Israel menggunakan senjata berat termasuk
>helikopter menyerang dan memusnahkan sebuah kem PBB di Qana, selatan Lubnan
>yang menjadi tempat perlindungan orang awam Lubnan. 160 orang terbunuh.
>27/9/1996 tentera Israel menembak mati 70 orang Islam kerana dikatakan cuba
>menghalang mereka membuka terowong di bawah Masjidil Aqsa.
>
>28/10/2001 Israel menyerang beberapa buah perkampungan Islam dan membunuh
>sekurang-kurangnya 49 orang di Bait Rima. Selepas daripada itu, umat islam
>secara berterusan menjadi sasaran pembunuhan tentera dan pendatang Yahudi.
>
>21/8/2003 Tentera Israel menggunakan helikopter Apache menembak Syeikh Abu
>Syanab dan dua rakannya yang sedang menaiki kereta. 'Kejayaan' ini
>menyebabkan Israel terus melakukan operasi membunuh pemimpin Hamas dengan
>kaedah yang sama. Beberapa hari kemudian pemimpin agong umat Islam
>Palestin, Syeikh Ahmad Yasin cuba dibunuh, namun beliau terselamat.
>
>
>
>
>
>
>
>Dr Abd Aziz Rantisi, 10/6/2003:
>Helikopter Apache tentera Israel membedil beberapa butir peluru berpandu ke
>atas kereta yang dinaikinya. Namun mereka gagal membununya. Beliau hanya
>cedera.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>Syeikh Ismail Abu Syanab: 21/8/2003:
>Tentera Israel menggunakan helikopter Apache menembak Syeikh Abu Syanab dan
>dua rakannya yang sedang menaiki kereta. Keretanya musnah terbakar.
>Ketiga-tiga mereka gugur syahid.
>
>
>
>
>
>
>
>
>Syeikh Dr Mahmud Zihar, 10/9/2003:
>Jet F16 milik Israel menggugurkan bom ke atas rumahnya di Hayyu Rimal,
>Ghaza. Rumahnya musnah sama sekali. Anaknya Khalid dan rakannya Yusuf Ad
>Diri terbunuh syahid. Isteri dan anak perempuannya cedera. Beliau sendiri
>cedera parah.
>
>
>
>
>
>
>
>
>Syeikh Ahmad Yasin, 6/9/2003:
>Tentera Israel melancarkan serangan besar-besaran dari udara dan darat
>untuk membunuh pengasas Hamas, Syeikh Ahmad Yasin dan Ismail Haniah. Mereka
>berdua bagaimanapun berjaya diselamatkan.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>---------------------------------
>Do you Yahoo!?
>Yahoo! SiteBuilder - Free, easy-to-use web site design software
_________________________________________________________________
Download ringtones, logos and picture messages from MSN Malaysia
http://www.msn.com.my/mobile/ringtones/default.asp
Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Informasi Lanjutan : http://epmram.pmram.org
Hantar Mesej : [EMAIL PROTECTED]
Daftar : [EMAIL PROTECTED]
Berhenti : [EMAIL PROTECTED]
Bermasalah Hubungi : [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
--- End Message ---