*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
     
he...he...he...tak payak gi tengok kat universiti...kat MRSM pun dah lama ada 
dah...
apa lah depa ni...dah tak ketahuan ke!!!

ontahle!!

______________________________ Reply Separator _________________________________
Subject: Re: H-Net* UTM yang pertama di dunia urus Cafe
Author:  [EMAIL PROTECTED] at INTERNET-MAIL
Date:    9/22/99 9:52 AM


 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* 
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     } 
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         } 
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     } 
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum wrt wbt!
     
Kah!Kah!Kah!
     
Kelakar jugak.
     
Konon2nya ITM ...eh... UTM Shah Alam ni IPT #1 di M'sia ni yg urus 
Cyber-Cafe. Tapi yg aku nampak, di UPM dah pun ada 2. Under Kolej pulak tu. 
Bukan under mana-mana kelab peringkat U.
     
Tapi takpelah.
     
By the way, kalau keuntungan masuk tabung HEP, nak buat apa?
     
>From: "Concorde" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "Sangkancil" <[EMAIL PROTECTED]>, "Hizbi" <[EMAIL PROTECTED]>, 
>  "Anwarxtpm" <[EMAIL PROTECTED]>, "Adil" <[EMAIL PROTECTED]> 
>Subject: H-Net* UTM yang pertama di dunia urus Cafe
>Date: Fri, 17 Sep 1999 14:57:09 +0800 
>
>Berita ini sangat prejudis. Saya pernah ke UUM Sintok tahun lalu dan lihat 
>sendiri cafe internet ini sudah ada dijalankan disana oleh 
>pelajar-pelajarnya. Tentunya pemberita ini dan Rektor UTM kurang cerdik. 
>-------------------------------------------------------------------------- 
>UTM yang pertama di dunia urus Cafe
>UNIVERSITI Teknologi Mara (UTM, Shah Alam) muncul universiti pertama di 
>dunia menubuhkan kafe yang diurus sepenuhnya oleh para pelajarnya di dalam 
>kawasan kampus.
>Rektor UTM, Shah Alam, Datuk Profesor Dr. Ahmad Zaidee Laidin berkata, kafe 
>dikenali Cafe Nescafe itu didirikan dengan kerjasama Nestle Products (M) 
>Sdn Bhd.
>
>Menurutnya, sebanyak 53 pelajar dari pelbagai fakulti dan menjadi ahli 
>Kelab Usahawan universiti itu diberi tanggungjawab penuh untuk mengurus 
>kafe itu.
>
>Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 13 pelajar dilantik menjadi pengurus 
>dalam pelbagai bidang seperti kewangan, kebersihan dan peralatan.
>
>''Kafe itu dibuka setiap hari kecuali Ahad dari jam 9 pagi sehingga 9 
>malam. Pelajar terlibat akan bekerja mengikut syif bergantung pada 
>kesesuaian jadual kuliah,'' katanya kepada pemberita selepas Majlis 
>Pelancaran Rasmi Cafe Nescafe di UTM, Shah Alam kelmarin.
>
>Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Nestle Products (M) Sdn. 
>Bhd., Ajit Saran, Timbalan Rektor (Akademik) UTM, Shah Alam, Profesor Dr. 
>Ibrahim Abu Shah dan Ketua Jabatan Undang-Undang Korporat dan 
>Kesetiausahaan Nestle Products (M) Sdn. Bhd., Mohd. Shah Hashim.
>
>Kafe yang didirikan di Dataran Menara itu sudah beroperasi sejak 1 
>September lalu dan sambutan warga kampus amat menggalakkan.
>
>Beliau berkata, setiap pelajar dibayar RM3 sejam dan sebahagian daripada 
>keuntungan jualan itu akan dimasukkan ke dalam Tabung Hal Ehwal Pelajar. 
>
>Sementara itu, Ajit berkata, pembukaan kafe itu memberi peluang yang unik 
>kepada pelajar UTM, Shah Alam untuk mendapatkan latihan amali dalam 
>perniagaan.
>
>Menurutnya, pelajar akan menimba banyak pengalaman perniagaan terutama 
>dalam kawalan mutu, kebersihan di tempat jualan, inventori stok, 
>penyimpanan buku kira-kira dan kebajikan kakitangan.
>
>''Projek itu adalah projek perintis dan Nestle berharap dapat meluaskan 
>konsep ini di kolej atau universiti lain,'' katanya.
>
>Beberapa pelajar terlibat ketika ditemui pula berkata, mereka gembira 
>kerana mendapat peluang berniaga ketika di kampus.
>
>Pelajar Tahun 1 Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Pengurusan Peralatan), 
>Fakulti Kejuruteraan UTM, Shah Alam, Ahmad Fauzan Raja Hassan, 22, berkata, 
>peluang keemasan itu sukar ditolak walaupun beliau sibuk dengan pengajian. 
>
>''Ini satu peluang yang baik untuk saya meningkatkan pengetahuan tentang 
>selok-belok perniagaan. Tambah menyakinkan saya apabila kakitangan daripada 
>sebuah syarikat pengeluaran besar iaitu Nestle sanggup memberi tunjuk ajar 
>dalam bidang itu,'' katanya.
>
>Menurutnya, dalam masa seminggu, beliau memperuntukkan masa selama enam jam 
>untuk bertugas di Cafe Nescafe.
>
>Rakannya, Mohd. Kamal Mohd. Yusof, 21, berkata, pengalaman daripada 
>mengurus Cafe Nescafe ketika di kampus akan digunakan sepenuhnya untuk 
>mengendalikan perniagaan serupa selepas tamat pengajian.
>
>''Sebagai Pengurus Kebersihan di Cafe Nescafe, saya akan memastikan kafe 
>atau perniagaan lain yang akan dibuka oleh saya kelak sentiasa bersih,'' 
>katanya.
>
>Pelajar tahun tiga Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Automatif itu 
>berkata, beliau meluangkan masa selama tujuh jam seminggu untuk bertugas di 
>Cafe Nescafe.
>
>Oleh: ROHANA MAN
>
     
______________________________________________________ 
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
     
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB) 
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB) 
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             ) 
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  ) 
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    ) 
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
     
Pengirim: "ibnu ramli" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "AmirH" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke