Sanusi Joget (Dugong Botak) mula menari lagi
BERITA MALAYSIA
September 27 , 1999 18:24PM
|
PEMBANGKANG TIADA
PEMIMPIN BERKALIBER, TIADA PROGRAM, KATA SANUSI
|
|
YAN, 27 Sept (Bernama) -- Menteri Besar
Tan Sri Sanusi Junid berkata pakatan parti pembangkang di negara ini
tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber atau program alternatif
yang meyakinkan mengenai hala tuju negara.
Katanya
pakatan itu hanya membawa perpecahan di kalangan orang Melayu.
Beliau berkata, kelemahan pembangkang dalam mencari pemimpin
amat ketara apabila mereka terpaksa membuat keputusan untuk
mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman
penjara atas kesalahan rasuah, sebagai Perdana Menteri sekiranya
mereka berkuasa.
"Mungkin mereka tidak yakin akan menang
dalam pilihan raya nanti," katanya kepada pemberita selepas
melancarkan program menanam pokok bunga di tepi sungai di sini hari
ini.
Beliau berkata parti pembangkang di negara ini juga
wujud semata-mata sebagai sifat sebuah parti pembangkang iaitu
membangkang apa sahaja tindakan kerajaan.
Sesebuah parti
pembangkang hanya akan dihormati jika ia dapat tampil dengan program
untuk pembangunan negara, seperti yang dilakukan parti pembangkang
di negara lain, katanya.
Sanusi juga berkata PAS pula hanya
membawa perpecahan di kalangan orang Melayu.
"Beri saya satu
pita ceramah parti itu yang menunjukkan bahawa mereka menyeru kepada
perpaduan. Tidak ada.
"Yang ada hanya suruh berkelahi,
memaki hamun orang serta memberi pelbagai gelaran jahat kepada
pemimpin Barisan Nasional (BN)," katanya.
Mereka sepatutnya
memberi perhatian kepada ayat-ayat al-Quran yang membawa kepada
perpaduan, kata Sanusi. -- BERNAMA
| |
|
blue.gif
bernamasmall.gif