*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WAN AZIZAH MAHU SURUHANJAYA SIASAT KERACUNAN ANWAR



KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kerajaan diminta menubuhkan
dengan segera sebuah Suruhajaya Diraja bagi menyiasat
dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya dia diracun
walaupun ujian rasmi membuktikan dia tidak mengalaminya.
Isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata
suruhanjaya bebas itu perlu bagi mengetahui sepenuhnya
keselamatan dan kesihatan Anwar kerana menurutnya, laporan
hasil ujian oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
tidak lengkap.

"Wujudnya tanda-tanda seperti keguguran rambut, kebas, sakit
kepala dan susut berat badan yang belum diketahui puncanya
adalah membimbangkan," kata Wan Azizah yang juga Presiden
Parti Keadilan Nasional dalam satu kenyataan di sini.

Menurut laporan pemeriksaan oleh HUKM yang dikemukakan di
Mahkamah Tinggi semalam, bekas timbalan perdana menteri itu
tidak mengalami keracunan arsenik akut atau kronik dan bebas
juga daripada AIDS/HIV serta beberapa penyakit lain.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Azam
Abdul Rahman dan Naib Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw juga
mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu.





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Concorde" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to