*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Seorang isteri yang pemalu telah menghantar ini kepada
saya....response kepada rintihan sang laki tersebut.
Pada sang isteri tersebut...mintak maap sebab hantar
lambat..

Adam
==========================
begin

Rintihan Suami - Komen Isteri

1. Air tak pernah dibuat kecuali kalau ada orang
datang melawat ke rumah-nak tunjuk baiklah kononnya

A)Bukan saya tak nak buat, tapi awak selalu komplen
kurang creamerlah, 
Kurang gulalah, lebih ‘tehlah kurang nescafe lah
cairlah dan serba 
Serbi kurang….ajarlah saya buat..ni tak complen
banyak…bila saya mogok , 
Merajuk tak nak buat,buat-buat tak faham…kalau ada
orang takkan saya nak 
Mogok juga, nanti orang kata awak juga 

2. Suka mengugut-saya buat diam sahaja pasal ingatkan
pada anak-anak, kalau tidak siaplah dia.

B) Bukan saya ugut, cuma acah-acah aje…habis semua
cara tak 
Jalan. Awak macam dah lupa saya ni isteri dan ibu anak
awak 
Dulu masa bercinta layan saya macam ratu, sekarang ni
saya ni 
Dah macam amah tua saja…saya sedarlah saya dah tak
sesolid dulu.. 

3. Duit sangatlah  berkira-kira. Dulu masa saya
berduit banyak maka dia senyum memanjang.

C).Bukan saya berkira, tapi berhemat cuba awak fikir
awak bagi saya 
Sebulan RM 400 belanja dapur, bil
elektrik,telefon,susu anak ,diapers 
Babysitter, etc..etc..dah dekat RM1000. Lagi RM 600 tu
duit sapa yang 
Keluar….. 


4. Saya nak beli kereta murah sahaja, tapi dia nak
yang mahal-mahal. Setiap bulan saya yang tanggung duit
minyak,insuran. Saya naik motor sahaja.

D) Kenapa awak fikir macam tu..bukan saya nak yang
mahal tapi 
Yang besar sikit..kalau dah anak 4 , masuk kita dah 6
naik kancil 
Tentu sempit,…kalau awak nak bawa kereta tu bawalah
saya tak kisah 
Janji mesti bangun pagi-pagi hantar budak-budak tu
pergi babysitter dulu 
Lepas tu antar yang sulung pergi sekolah dan yang
tengah pergi tadika 
Okey…set….saya naik bas pun no problem…. 

5. Rumah dia bayar- nampak macam ok -tiap-tiap minggu
masih meminta RM 50.00

E) Ini sebenarnya siapa yang berkira? Gaji saya baru
RM 1600 
Bayar rumah RM500,tambah pebelanjaan RM600, bayar loan
ASB 
RM200,bagi emak bapak saya RM200…habis saya nak makan
apa ? 

6. Baju dia buat sekali 2 pasang. Saya dah dua bulan
tak beli pakaian.

F) Yang ni saya terima, tapi baju saya baru RM 35
sepasang, itu pun 
3 bulan sekali, awak sekali beli sepasang dah dekat RM
200, nak yang 
branded tentulah sesekali beli lagipun awak kan pakai
uniform, rugi 
beli baju mahal-mahal simpan dalam almari. 

7. Suka menyebai 
G) Apa perkataan tu saya tak fahamlah 

8.gemar  berleter 

H) Dulu masa bercinta awak kata saya peramah, awak
kata tentu 
Awak takkan bosan sebab saya rajin berbual…kenapa
sekarang awak kata 
Saya suka berleter pula? Kalau saya marahkan
budak-budak pasal suka 
Menyepah awak terasa ke? 

9. Seks memanglah sangat  dingin lepas beranak. Baru
100 hari selepas bersalin barulah dia bagi. 
Sekarang ni memang susah nak dapat, malam dia
letih dan siang pula nak menyapu ,basuh baju, masak.

Balik rumah memang tension ,tak balik teringat ke anak

I) Awak kalau bab ni tak boleh compromise
langsung…saya ni kena 
Jaga badan, jaga kesihatan…itulah suruh masuk dalam
labour room 
Masa saya bersalin tak nak, suruh tolong taruk ubat
luka episiotomy saya, 
Geli…tentulah lambat baik..awak nak koyak balik ke?
Masa anak nangis tengah 
malam dan tukar lampin siapa yang bangun , bukan awak
tak tahu esok saya 
pun nak kerja juga…Suruh ambil maid kata tak
privacy…akhirnya semua saya 
yang buat…tak daya lah saya…awak ni sikit-sikit nasib
baik ada anak agaknya kalau 
saya tak ada anak dah lama kena set off..saya kecik
hati tau! 

End

================================
!@#$%%^^&&**())__++())_

--- Adam <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> Assalamualaikum
> 
> Seorang hamba Allah yang pemalu telah menghantar
> rintihan ini kepada saya dan memohon agar saya
> memberi
> sedikit petua. Memandangkan saya tak dak doktor
> falsampah dalam bidang saikologi atau ekologi
> manusia
> atau kounseling maka biarlah saya jawab setakat yang
> termampu. Semoga ada netters yang lain yang boleh
> jawab sama.
> 
> Jawaban saya bermula dengan perkataan
> ADAM KATA:
> 
> Wassalam
> 
> Adam
> 
> 
> 
> Rintihan suami
> 
> 
> 1. Air tak pernah dibuat kecuali kalau ada orang
> datang melawat ke rumah-nak tunjuk baiklah kononnya
> 
> ADAM KATA: Adakala nya air yang Bini buat laki tak
> minum atau lupa minum, maka sejuk. Orang pompuan ni
> punya memori yang panjang dan lama,maka lain kali
> dia
> tak buat air melainkan disuruh. Jadiknya kalu nak
> air,kena mintak dan jangan assume dia tau yang laki
> ni
> dahaga. Lainlah kalau laki kata, "tiap tiap kali
> saya
> balik atau duduk kat sofa tu tolong buatkan air..."
> 
> 2. Suka mengugut-saya buat diam sahaja pasal
> ingatkan
> pada anak-anak, kalau tidak siaplah dia.
> 
> ADAM KATA: Ugut mengugut ni dan merajuk lama lama ni
> adalah senjata paling lama yang bini guna.
> Sebenarnya
> salah laki jugak sebab tiap kali mengugut maka bini
> dapat apa yang dihajati. Cuba ignorekan
> tengok...peras
> ugut emosi ni, lepas 2 atau 3 kali maka tentu ugutan
> bini tu tak menjadi.
> Ada kala jugak, laki tak pernah luang masa nak
> selesaikan masalah bini atau apa apa masalah..maka
> diseret lama lama..maka bini kena ugut ugutan untuk
> dapatkan perhatian laki. Luangkan lah masa untuk
> berbincang dan dengar luahan bini.
> 
> Laki dan bini berada didalam ikatan perkahwinan
> sebab
> keinginan depa sendiri dan bukan sebab anak anak.
> Anak
> anak tak boleh dijadikan sebab utama untuk terus
> menderita didalam sesuatu perkahwinan yang tak
> bahagia.
> 
> 3. Duit sangatlah  berkira-kira. Dulu masa saya
> berduit banyak maka dia senyum memanjang.
> 
> ADAM KATA: Bini mana pun pasti sukakan pada
> kestabilan, baik emosi dan jugak pitih. Setau saya
> tak
> dak bini yang mau dibebankan dengan masalah duit
> ringgit. 
> 
> Banyak sekali laki yang gagal menerangkan pada bini
> bila berlaku perubahan dalam pendapatan, lebih lebih
> lagi bila pitih makin sikit. Mungkin laki tu ada ego
> dia sendiri. Kena duduk dan terangkan pada bini
> segala
> gala tentang pitih ni. Baiknya bila nak bayar bil
> atau
> buat budget bulanan, buat didepan bini, biar bini
> tahu
> setiap sen yang dibelanjakan.
> 
> 4. Saya nak beli kereta murah sahaja, tapi dia nak
> yang mahal-mahal. Setiap bulan saya yang tanggung
> duit
> minyak,insuran. Saya naik motor sahaja.
> 
> ADAM KATA: Kereta mahal ni selalunya dikaitkan
> dengan 
> kereta yang tak selalu rosak dan kurang nak repair
> sana dan sini.  Tak dak bini yang suka tersangkut di
> tepi jalan. Sekali lagi bini mesti diterangkan pasal
> budget dan kos selenggara kereta. kalau bini tak tau
> atau tak diberitahu maka bini tak akan ambik tahu.
> Asal ada minyak maka jalan brommm brommm saja.
> 
> 5. Rumah dia bayar- nampak macam ok -tiap-tiap
> minggu
> masih meminta RM 50.00
> 
> ADAM KATA: Bini jugak ada perbelanjaan sendiri yang
> dia tak habaq mai. Kalau laki tak habaq lagu mana
> duit
> dibelanjakan maka bini pun buat diam saja. 
> 
> Banyak bini,walau gaji besar lagu mana, masih
> beranggapan bahawa laki masih bertanggung jawab
> sepenuhya nak bagi bini makan dan pakai dan tempat
> perlindungan. Kena balik semula ke meja perundingan.
> 
> 6. Baju dia buat sekali 2 pasang. Saya dah dua bulan
> tak beli pakaian.
> 
> ADAM KATA: Setau saya, lebih menjimatkan duit dan
> masa
> jika baju dibuat 2 pasang dari sepasang. Laki mesti
> ingat bahawa bini akan terasa janggal jika memakai
> baju 
> yang sama berulang ulang kali dipejabat. Kalau laki
> pakai baju putih dan seluar hitam yang sama, setiap
> hari dipejabat tak dak  sapa yang kisahkan. Hal yang
> sama tak boleh dibuat oleh bini.
> 
> 7. Suka menyebai
> 
> ADAM KATA: Saya tak faham maksud menyebai, saya
> assume
> maknanya bebai atau degil, tak mau dengar kata. 
> 
> Ini bertumpu kepada masalah kontrol dan kuasa. Bila
> bini merasakan bahawa dia tak dak kuasa dalam satu
> apa
> benda pun hal ehwal rumahtangga maka bebai akan
> menjelma. Bini bini yang pintar dan bijaksana ingin
> tolong buat keputusan dalam banyak perkara. Tak dak
> salah apa apa kalau bini yang buat keputusan dalam
> banyak hal. Sekurang kurangnya pemusatan pemikiran
> laki dapat ditumpukan pada hal hal yang maha
> mustahak
> dan lebih kronik.
> 
> 8. Gemar berleter
> 
> ADAM KATA: Cuba bagi satu contoh bini yang tak
> pernah
> berleter dan bersuara. Lainlah kalau bini tu bisu.
> Ruangan mesti diberikan pada bini untuk menyampaikan
> rasa hati dan emosi. Selalunya apa yang dileterkan
> akan sampai takat itu sahaja dan habis dengan cepat
> sekali. Mesti diingatkan kebanyakan bini bukan
> pendendam dan mengungkit ungkit benda yang berlaku
> bertahun tahun yang lampau. 
> 
> 
> 9. Seks memanglah sangat  dingin lepas beranak. Baru
> 100 hari selepas bersalin barulah dia bagi. 
> Sekarang ni memang susah nak dapat, malam dia
> letih dan siang pula nak menyapu ,basuh baju, masak.
> 
> Balik rumah memang tension ,tak balik teringat ke
> anak
> 
> ADAM KATA: Ini ada 3 perkara yang berbeda yang
> dicampur dalam satu perenggan.
> 
> a) seks lepas bersalin--
> Saya mendefinasikan seks sebagai hubungan kelamin
> diantara laki bini didalam suasana penuh kecintaan
> dan
> harmoni dimana mana KEDUA DUA laki bini memperolehi
> kenikmatan. 
> 
> Banyak sekali yang berada didalam minda bini yang
> baru
> bersalin. Ini tidak termasuk kesakitan (fizikal dan
> emosi ) lepas bersalin dsb. Kira macam trauma jugak
> la. Jika bini merasakan bahawa hubungan seks akan
> membawa kepada kesakitan atau pun rasa kurang enak
> maka tak dak nikmat yang saya definasikan tadi. Oleh
> yang sedemikian kesabaran amat perlu sekali dikala
> ini.
> 
> Perlu disebut jugak disini hubungan seks  bukanlah
> hanya sekadar pertemuan alat kelamin laki dan bini
> sahaja. 
> 
> b) seks yang dingin
> 
> perlu diingatkan bahawa alat kelamin bini tidak
> berfungsi sama seperti laki. Laki masih boleh
> berfungsi dengan baik walau lepas main bola ( penat
> badan ) atau jika minda masih lagi dengan
> permasalahan
> di pejabat. 
> Hal yang sama tidak boleh berlaku dengan bini.Jika
> badan bini penat atau minda masih teringat pasal
> anak
> anak dibilik sebelah maka ianya tak akan menjadi.
> JIka
> berlaku hubugan kelamin pun maka bini tiada
> kenikmatan.
> 
> Sebenarnya bab ini sangatlah panjang dan kompleks.
> Macam inilah...cari masa dimana bini tidak letih
> atau
> sibuk. Kalau perlu buat date/appointment dalam rumah
> sendiri maka buatlah. Jika perlu untuk bawa bini
> keluar berdating (tanpa anaka anak ) maka
> silakanlah.
> Jika perlu berbelanja untuk beli segala macam alat
> elektronik untuk mudahkan kerja bini dirumah maka
> carikanlah.
> 
> Perlu disebut hubungan kelamin bermula dengan
> romance
> atau/dan bergurau senda. Jadi gunakanlah minda yang
> kreatif untuk mencapai maksud dan hajat. Yang
> penting
> bini mesti berada didalam keadaan relaks secara
> emosi
> dan fizikal.
>  
> Saya tak dapat nak sebut banyak bab ini dalam
> ruangan
> yang terhad. Saya pasti ada banyak buku buku
> dipasaran
> yang mengutarakan bab ini dengan lebih mendalam.
> 
> c)Balik rumah memang tension ,kalau tak balik asyik
> teringatkan pada anak anak.
> 
> ADAM KATA: Inilah dia cabaran dalam berumah tangga.
> Laki mesti boleh selesaikan masalah ini dengan
> bijaksana dan tanpa penceraian.Lari dari masalah
> dengan 
> cara tak balik kerumah tidak akan menyelesaikan
> sebarang masalah. Tuliskan masalah diatas kertas dan
> bawa berbincang dengan bini satu demi satu bila bini
> tak penat dan tanpa kehadiran anak anak. Mungkin ada
> perangai laki yang perlu diubah dan mungkin ada
> perangai bini yang patut diubah. Perubahan perlu
> dilakukan dan pengorbanan perlu ada.
> 
> Ada apa-apa nasihat/petua
> 
> KESIMPULAN ADAM KATA: Banyak masalah boleh
> diselesaikan melalui perbincangan hati ke hati
> secara
> tulus ikhlas. Laki dan bini perlu sanggup untuk
> mengaku kesalahan dan kepincangan dan perlu sanggup
> untuk membuat perubahan. Kesejahteraan rumah tangga
> bukan datang secara otomatis kerana bini atau laki
> bukan lah tunggul kayu yang tidak punya emosi dan
> minda. 
> 
> Perlu jugak saya habaq kata laki dan bini adalah dua
> mahluk yang amat berbeda dan berfungsi dengan cara
> yang amat berbeda. Laki dan bini yang tak paham
> perbedaan dua mahluk ini akan membawa rumah tangga
> ke
> meja Tok Kadi dan bercerai berai. 
> 
> Laki dan bini perlu tahu cara cara berkomunikasi dan
> cara cara menyelesaikan konflik yang berlaku sebab
> perbedaan diatas.
> 
> Akhir kalam sebuah hadis sahih yang bermaksud lebih
> kurang" Laki laki yang paling baik adalah laki laki
> yang paling baik terhadap isteri ( isterinya )"
> 
> Yang baik dari ALlah jua...Wallahualam
> 
> Wassalam
> 
> Adam Mohamad
> 9/9/99


=====
**nak keluar,sila hantar emel pada [EMAIL PROTECTED]**
*********************************************************
>>>>>>> SUDAHKAH ANDA MENYEMAK DAFTAR UNDI ANDA <<<<<<<<<
*********************************************************
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Adam <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke