*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kuliyyah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Sobri Arshad
di Masjid Permatang Janggus,P.Pinang.

               Utk mengenal sifat2 munafik ini,kita
boleh baca dlm Al-Quran,Suratul Baqarah,ayat 8 -
20.Jika kita singkap kembali dlm Suratul Baqarah
ini,dlm ayat 1 - 5,ALLAH SWT menceritakan ttg kisah
org2 yg beriman.Dan dari ayat 6 - 7,ALLAH memaparkan
pula ciri2 org2 kafir.Manakala dr ayat 8 - 20 (13
ayat),ALLAH membentangkan sifat2 org munafik,dgn
adanya 13 ayat,ini menunjukkan bahwa org2 munafik itu
ramai bilangannya.Maka,utk mengenali siapakah org2
munafik ni,marilah kita renung :

Ayat 8 :
----------
" Wa mi nan nas"
 - Dan sebahagian drpd manusia,

"Maiyyaqu lu a man na billah"
 - Ada yg mengatakan,kami ini beriman dgn ALLAH.
[ Tak cukup mrk mengaku  mrk itu beriman dgn ALLAH,mrk
berkata lagi,.....]

"Wa bil yau mil akhir"
 - Dan kami juga beriman dgn hari akhirat.
[ Pengakuan mrk yg menyatakan bahwa beriman dgn
ALLAH/hari akhirat itu,dinafikan oleh ALLAH.....]

"Wa ma hum bi muk mi nin."
 - Walhal ataupun sedangkan manusia2 yg tadinya
mengaku beriman kpd ALLAH/hari akhirat itu,sedangkan
bukanlah mrk itu org yg benar2 beriman.

Ayat 9 : Sifat2 org2 munafik.
-------------------------------------------
"Yu kho di `u nallah"
 - Perangai2 org2 munafik ini ialah mrk sentiasa saja
menipu ALLAH.
[ Tak cukup depa nak tipu ALLAH,.....]

"Wal lazi na a manu"
 - Disamping org2 munafik menipu ALLAH,mrk juga menipu
org2 yg beriman.
[ Dlm ilmu hadis,Nabi menyebut sifat2 org munafik ada
`3' :
  1) apabila bercakap,dia suka berbohong.
  2) apabila berjanji,dia suka mungkiri janjinya.
  3) apabila diberi amanah,dia akan mengkhianatinya.
         Yg dikatakan mrk menipu ALLAH/org2 yg
beriman,penipuan mrk itu dinafikan oleh ALLAH dgn
firmanNya dihujung ayat 9,....]

"Wa ma yakh da `u illa an fu sa hum"
 - Sedangkan org2 munafik yg kononnya kata nak tipu
ALLAH/org2 beriman itu,bukanlah mrk yg dapat menipu
org lain,melainkan mrk menipu diri mrk sendiri.

Ayat 10 : Persoalan mengapa boleh mrk jadi
munafik?...Jawapannya kita renung ayat 10.
-------------
"Fi khu lu bi him ma ra dun,fa za da hu mullahu ma ra
da"
 - Para2 ulama mentafsirkan,sebab manusia2 itu boleh
jadi munafik krn di dlm hati2 org2 munafik itu ada
satu jenis penyakit.Ulama2 menafsirkan bahwa penyakit
itu ialah  ada perasaan syak/ragu ttg kehebatan
undang2/peraturan2 & ajaran2 ALLAH SWT.Dan ALLAH
tambahkan lagi penyakit itu,yg sedia ada dlm hati mrk.
[ Setelah kita cerita ttg hukum hakam ALLAH,undang2
ALLAH,perlembagaan ALLAH,walaupun org munafik ini
kadang2 jadi Imam/Muazzin,tetapi mrklah yg menolak
hukum hakam ALLAH dgn sekeras2nya.Krn dlm hati mrk ada
penyakit syak wasangka terhadap undang2 ALLAH,dan
ALLAH SWT tambahkan lagi penyakit yg sedia ada dlm
hati mrk itu.Oleh sbb itu,org munafik ni,lagi tua,lagi
kuat menentang Islam. ]
               Apakah balasan yg ALLAH bagi dekat org2
munafik?

"Wa la hum `a za bun alimmu,bi ma ka nu yak zi bun"
 - Maka bagi mrk itu,azab yg terlalu pedih,krn mrk
mendustakan,krn mrk tidak percaya dan krn mrk ragu dgn
apa yg dibawa kpd mrk drpd ajaran2/ayat2 ALLAH/Sunnah
Rasulullah s.a.w.
[ Dari ayat ini,kita perlu didik hati kita supaya
tidak ada syak/ragu lagi terhadap perlembagaan ALLAH
SWT.Kalau ada syak/ragu utk merealisasikan undang2
ALLAH,maka CONFIRMED `munafik'. ]

              Kemudian ust menceritakan ttg `Bapak'
munafik #1 ialah Abdullah bin Ubai dan #2 ialah Abu
Amir As-Saifi,yg mrk juga merupakan diantara pembesar2
di Yatrib.Tetapi ,Alhamdulillah,walaupun Abdullah bin
Ubai itu presiden `Pertubuhan munafik sedunia',tetapi
anak perempuannya yg bernama Jamilah,adalah Islam.Dan
anak timbalan presiden munafik sedunia iaitu anak kpd
Abu Amir As-Saifi yg bernama Hamdollah,merupakan seorg
pemuda/pejuang Islam.
Apabila Nabi s.a.w. membuka Madinatil Munawwarah,dan
mengistiharkan Madinah sebagai Daulah Islamiyyah,maka
kedua2 bapak munafik itu pun tak senang duduk,krn mrk
merupakan pemimpin2 di kota Yatrib yg paling disegani
ketika itu,akan tetapi dgn kedatangan Muhammad
s.a.w.,mrk berdua merasakan kedudukan mrk
terancam,walaupun mrk mengaku Islam,dgn sembahyang
belakang Nabi,pakai jubah macam Nabi,pakai serban
macam Nabi,simpan janggut macam Nabi,tapi mrk adalah
org2 Munafik.Tapi,Alhamdulillah,kedua2 org ini
mempunyai anak2 yg menjadi pengikut kuat/setia kpd
Rasulullah s.a.w. Lalu ust Sobri menceritakan secara
ringkas ttg Jamilah/Hamdollah.Semasa berlakunya
peperangan kedua dlm sejarah Islam,iaitu Perang
Uhud,kebetulan pula Jamilah baru shj berkahwin dgn
Hamdollah pd hari sebelum perang itu meletus.Dgn hanya
baru satu mlm 
mrk mengecapi nikmat perkahwinan,tiba2 sebelum fajar
keesokan paginya,kedua2 pengantin yg baru bersatu pd
mlm tersebut,terdengar gendang perang memanggil
tentera2 Islam utk turun ke medan peperangan di
Uhud.Maka,oleh krn kedua2 pengantin baru inin adalah
pengikut setia Rasulullah s.a.w.,walaupun baru satu
mlm kecapi nikmat perkahwinan,apabila mendengar paluan
gendang memanggil Mujahidin2 Islam utk turun ke medan
peperangan,Hamdollah pun bangun dgn tangkasnya lalu
dipakai oleh isterinya kpdnya pakaian perang.Apabila
siap Hamdollah memakai pakaian perangnya,maka sbg
seorg isteri yg solehah dan berjiwa Mujahidah,dia pun
mengiringi suaminya Hamdollah turun ke halaman
rumahnya utk mengucapkan `Selamat berjuang' utk
suaminya.Hamdollah pun pergi menggabungkan dirinya
bersama2 dgn Mujahidin2 Islam yg dipimpin oleh
Pemimpin tentera Islam yg teragung,Muhammad s.a.w.
Pergilah mrk ke medan perang Uhud,maka berlakulah
peperangan yg hebat.Ketika di tengah2 pertempuran
itu,malangnya Hamdollah telah ditikam dari belakang 
oleh musuh2 Islam yg datang dr kafir Quraisy
Mekah.Tiba2 apabila peperangan yg sengit itu
berakhir,maka apabila mrk memeriksa barisan tentera2
Islam,didapati bahwa Hamdollah yg baru berkahwin
kelmarin itu,telah pun gugur sebagai
`syuhadah'.Kemudian diberitahu kpd Nabi s.a.w.,"Ya
Rasulullah,Hamdollah anak Abu Amir As-Saifi yg baru
berkahwin dgn Jamilah anak Abdullah bin Ubai telah
gugur di medan peperangan Uhud ini,wahai Rasulullah."
Apabila mendengar berita tersebut,lalu Rasulullah pun
termenung sambil mendongak kepalanya ke langit,tiba2
dgn kehendak ALLAH SWT,wahai pemuda2 Islam
sekelian,ALLAH SWT telah tunjuk kpd Nabi s.a.w. bahwa
jasad Hamdollah yg gugur syahid itu sedang dimandikan
oleh para malaikat ALLAH SWT.Lalu sahabat pun
bertanya,"Ya Rasulullah,apakah gerangannya yg
menyebabkan kamu mendongak ke langit?"...Lalu jawab
Nabi,"Wahai sahabat2ku,sesungguhnya ALLAH SWT
menunjukkan kpd ku bahwa jasad Hamdollah sekarang
sedang dimandikan oleh para malaikat ALLAH SWT di
langit."  Apabila sahabat2 mendengar 
shj keterangan drpd Nabi s.a.w.,lantas mrk meluru
pergi melihat jasad Hamdollah yg telah mati syahid,dan
didapati benarlah apa yg dinyatakan oleh Nabi
s.a.w.,krn mrk mendapati ada titisan2 air sedang
menitis di atas kepala jasad Hamdollah.Lalu sahabat2
kembali kpd Rasulullah,"Benar kata2 mu,wahai
Rasulullah,sesungguhnya kami melihat titisan2 air drpd
langit jatuh titis demi setitis di atas jasad
Hamdollah."   Lalu Rasulullah menghantar utusan bagi
menemui Jamilah,isterinya Hamdollah,bagi mengkhabar
apa yg telah berlaku.Setelah mendengar berita ttg
suaminya itu,Jamilah pun memberitahu kpd
sahabat,"Wahai sahabat2 Rasulullah
sekelian,sesungguhnya suami aku Hamdollah yg baru saja
berkahwin dgn aku,telah turun ke medan Uhud bersama
Mujahidin2,dlm keadaan belum sempat lagi mengangkat
hadas besar krn berlakunya persetubuhan mlm
tadi."....Lalu sahabat2 pun menemui kembali Rasulillah
s.a.w.,dan menceritakan kpd Rasulullah bahwa apa yg
berlaku kpd Hamdollah ialah krn dia datang
menggabungkan dirinya bersama dgnNabi ke perang
Uhud,utk menegakkan Agama ALLAH dan mempertahankan
risalah Islam itu,dlm keadaan tergesa2 hingga tak
sempat mengankat hadas besar.Maka kata
Rasulullah,"Alhamdulillah,jasad Hamdollah telah
dimandikan oleh malaikat ALLAH SWT."
Itulah ganjaran yg dianugerahkan oleh ALLAH SWT kpd
sahabat Rasulullah yg merupakan generasi pertama yg
berjuang utk menegakkan Agama ALLAH.Kesimpulan dr
cerita ini ialah walaupun bapak menentang Islam,tetapi
anak2 mrk menjadi pejuang2 Islam,bahkan ada di antara
pejuang2 Islam yg mengikut jejak2 Nabi s.a.w. gugur
sebagai Syuhadah.

Ayat 11 :
------------
"Wa iza khi la lahum"
 - Kata ALLAH,apabila Nabi2,apabila pendakwah2,apabila
org2 yg membawa Islam,kata kpd org2 munafik,....

"La tuf si du fil ar"
 - Janganlah kamu melakukan kerosakan di atas
mukabumi.
[ Yg dimaksudkan jangan melakukan kerosakan di atas
mukabumi,ialah jangan melakukan kemaksiatan,jangan
melakukan kezaliman,jangan melakukan kemungkaran di
atas mukabumi.Dan apabila kita mengajak org2 yg
munafik supaya tidak melakukan perbuatan2
kemungkaran,tidak menentang ALLAH dan mengajak mrk
supaya meninggalkan maksiat,apa kata mrk....

"Kho lu"
 - Org2 munafik menjawab,

"In na ma nah nu mus li hin"
 - Kami sebenarnya bukan nak buat kejahatan,kami bukan
nak buat kemaksiatan,akan tetapi hanya sanya kami ini
(kata org2 munafik),sebenarnya org2 yg membuat
kebaikan di atas mukabumi ALLAH.
[ Perangai org2 munafik,memang depa ni pandai
bercakap,kita kata satu,dia jawab sepuluh.Eg,kita kata
jangan buat jahat,jangan meluliskan lesen arak/judi
dan bermacam2 lagi yg ALLAH SWT tak bagi,kita tak bagi
mrk luluskan,tetapi org2 munafik ni kata,"Kamilah org2
yg membuat kebaikan."   Tetapi dgn kenyataan yg kata
mrk itu baik,tiba2 keluar kenyataan drpd kroni PM
iaitu Hanif Omar bekas KPN,bahwa dia tidak pernah
jumpa dlm Al-Quran ttg ayat yg menunjukkan pengharaman
judi.MASYA`ALLAH !!! Janganlah kita terpedaya dgn
kenyataan drpd makhluk perosak lagi sesat itu,dimana
ALLAH telah menjelaskan kpd kita,di dlm Surah
Al-Maidah,ayat 90. ]

       Puak2 munafik memang pandai menjawab,tetapi
jawapan mrk,tipu daya mrk,telah dinafikan oleh ALLAH
SWT di dlm....
Ayat 12 :
------------
"A la in na hum hu mul muf si dun"
 - Sesungguhnya mrk itu,yakni org2 munafik itulah
(ALLAH menggunakan kalimah `hum' 2X,menunjukkan bahwa
org2 munafik memang jahat) yg sebenar2nya org2 yg
membuat kerosakan di atas mukabumi ini.,

"Wa la kin la yash `u run"
 - Akan tetapi mrk tidak sedar hakikat,mrklah
sebenarnya manusia yg melakukan kerosakan di atas
mukabumi.

Ayat 13 :  ALLAH SWT menyatakan pulak,
------------
" Wa i za khi la la hum"
 - Dan apabila dikatakan kpd mrk,yakni kpd org2
munafik,

"A mi nu ka ma a ma nan nas"
 - Berimanlah kamu wahai sahabat2,wahai kawan2ku,wahai
org2 Melayu,wahai yg mengaku Islam,berimanlah oleh
kamu sebagaimana org2 lain beriman.Marilah kita pakat2
ikut Islam,marilah pakat2 kita merealisasikan
peraturan ALLAH yg ada di dlm Al-Quran dan
merealisasikan Al-Quran dlm diri kita,isteri
kita,masyarakat kita,negeri kita,pelajaran
kita,ekonomi kita,pentadbiran kita,politik kita.Lalu
org2 munafik menjawab,

"Kho lu"
 - Org2 munafik kata,

"A nuk mi nu ka ma a ma nas su fa haq"
 - Wahai pendakwah2,wahai tok2 guru (org2 munafik
menghentam tok2 guru),adakah kami yg hebat2,yg ada
pangkat,yg ada kedudukan,yg berpengajian tinggi,yg
kaya raya ini,adakah kami nak beriman sebagaimana org2
beriman yg bodoh itu?
[ Puak2 munafik kata dekat org2 yg beriman,yakni org2
yg mahu kpd Islam yg sebenar,ialah org2 yg
bodoh.Tuduhan/Kutukan munafik kpd org2 beriman dijawab
oleh ALLAH SWT di akhir ayat 13 . ]

"A la"
 - Kata ALLAH,sesungguhnya,

"In na hum"
 - Mrk itu,yakni org2 munafik itu,

"Hu mus su fa haq"
 - Mrk itulah,yakni org2 munafik,ialah org2 yg
BODoooooooh,lagi dungu,

"Wa la kil la yak la mun"
 - Akan tetapi,org2 munafik itu tidak mengetahui
hakikat kebodohan dan kedunguan mrk.
[ ALLAH SWT menghentam balik org2 munafik dgn
perkataan BODOH.Menunjukkan kpd kita  dlm uslub dakwah
mengikut Al-Quran,apabila kita berdepan dgn org yg
munafik,kita boleh TIBAI dia,kita boleh BALUN dia,kita
boleh TENYEH dia,dgn kata2,sampai kpd tulang sum2
dia.Kalau dia nak sedar dgn kata2 drpd
kita,Alhamdulillah.Tetapi kalau dia tak mau sedar
jugak,memang perangai org munafik ni,memang tak akan
sedar,sampai mampuih pun dia tak sedar.Sebab itu,kita
boleh gunakan perkataan2 yg kesat terhadap org2
munafik ini. ]

Ayat 14 :  Lagi keras ALLAH SWT menghentam org2
munafik,serta ALLAH membongkarkan/menelanjangi sehelai
demi sehelai pakaian org2 munafik kpd
kita.Sehingga,sekiranya kita faham betoi2 drpd ayat 8
- 20,kita akan tahu siapakah sebenarnya org2 munafik
yg ada di kalangan kita.
------------
"Wa i za la khul la zi  na a ma nu kho lu a man na,"
 - Dan kata ALLAH,,"Dan apabila org2 munafik itu
bertemu dgn org2 yg beriman,org2 munafik itu berkata :
Kami pun beriman juga,kami pun sembahyang di Masjid
juga,kami juga dengar tafsiran drpd ustaz2,kami pun pi
Mekah jugak,kami pun mengucap dua kalimah syahadah
juga,sesungguhnya kami juga org2 yg beriman."
[ Tetapi ALLAH SWT membongkarkan sifat pembohong mrk
dlm ayat seterusnya,

"Wa i za qo lau ila sya thi ni him"
 - Dan apabila org2 munafik itu,dia berpaling sat lagi
selepas sembahyang Isyak,selepas berdoa,apabila dia
keluaq saja drpd Masjid sat lagi,mrk akan bertemu dgn
SYAITAN2 mrk.
[ Ulama2 tafsir menafsirkan perkataan SYAITAN
disini,ialah kpd pembesar2 org2 munafik,pemimpin2
mrk,YB2 mrk,`datuk-seri'2 mrk. ]
   Lalu mrk kata,...

"Kho lu : In na ma `a kum"
 - Sesungguhnya kami wahai `Datuk Seri'2,kami pun
bersama2 dgn Datuk Seri jugak.

"In na ma nah nu  mus tah zi `un"
 - Sesungguhnya,semasa kami duduk di dlm majlis org2
yg beriman tadi,kami hanya
memperolok2kan/memperbodohkan org2 yg beriman shj.
[ Inilah kata2 org2 munafik kpd syaitan2 mrk. ]

Ayat 15 :
------------
"Allahu yas tah zi u bi him"
 - Mrk (org2 munafik) kata,mrk tipu ALLAH/org2 yg
beriman,tetapi ALLAH SWT lah yg sebenarnya yg
memperolok2kan org2 munafik.Dan ALLAH SWT lah yg
menghina org2 munafik.

"Wa ya mud du hum"
 - Bahkan,ALLAH panjangkan umur org2
munafik,termasuklah pemimpin2 munafik.
[ Sebab itu,kita sbg pejuang2 Islam,jangan rasa
hairan,jangan rasa putus asa/frust/keciwa,bila
berdepan dgnorg2 munafik,walaupun umur mrk
panjang,eg,dekat 80 thn pun tak kojol2 lagi,sebab
ALLAH SWT telah pun menjelaskan di dlm Al- Quran 1400
thn yg lalu,bahwa ALLAH memanjangkan umur pemimpin2
munafik ini,bukan ALLAH TA`ALA panjangkan umur mrk dlm
Islam,bukan ALLAH panjangkan umur pemimpin2 mrk dlm
Iman,....]

"Fi tuqh ya ni him"
 - Akan tetapi,ALLAH panjangkan umur org2 munafik dlm
sifat2 TOGHUT,MELAMPAU,ZALIM,TAKABUR,SOMBONG,

"Yak ma hun"
 - Walaupun pd zahirnya nampak senang,tetapi ALLAH
menegaskan bahwa mrk ini sentiasa dlm terlalu amat
gelisah.
[ Jadi,kita yg faham Al-Quran la ni,jangan putus
asa.Utk berdepan dgn org2 munafik ni bukan senang,krn
mrk adalah musuh dlm selimut,gunting dlm lipatan,duri
dlm daging,musang berbulu ayam.Eg,kalau kita pakai
serban,depa pun pakai serban jugak.Kita pakai
jubah,depa pun pakai jubah jugak.Kita jadi tok
Imam,munafik pun jadi tok Imam jugak.Sebab itulah,utk
berdepan dgn geng munafik ni,ALLAH SWT telah
memaparkan kpd kita,sifat2 mrk,bermula dr ayat 8 - 20
dlm Suratul Baqarah.Maka utk point terakhir utk
meng`confirmed'kan/atau mengenali org2 munafik,kita
lihat ayat 16.Bila kita baca ayat ini,kita akan tau
sapa itu munafik dlm kampung kita nanti.

Ayat 16 :
-------------
"U la i kal lazi nash ta ra wud dol la la ta bil hu
da"
 - Org2 munafik itu ialah mrk yg membeli kesesatan utk
menukarkan petunjuk.
[ Mrk ambik undang2 toghut,mrk ambik undang2 Lord
Reid,mrk ambik undang2 Yahudi,selama 42 thn mrk
mengambil perlembagaan Lord Reid dan menolak Al-Quran
yg kita dok baca ni.Oleh itu,org2 munafik dlm kampung
kita ialah org2 yg menyokong perjuangan bagi
mengekalkan undang2 toghut dan undang2
jahilliyyah.Org2 munafik ni,mrk menjulang undang2
penjajah,sambil menolak Al-Quran,sedangkan
pagi,petang,siang,mlm,dia baca Al-Quran,tetapi bila
mai masalah pemerintahan negara,dan bila org ajak
melaksanakan undang2 ALLAH,dia tolak undang2 ALLAH dan
memangkah BN yg ternyata SESAT,yg ZALIM dan yg
mengekalkan undang2 jahilliyyah.Maka,org2 yg tolak
Al-Quran dan org2 Islam yg memangkah BN pd setiap kali
Pilihanraya,adalah CONFIRMED ada ciri2 sifat
MUNAFIK.NAUZUBILLAHI MIN ZALIK.
  Mrk menolak/menukar Al-Quran dgn petunjuk yg
sesat,dgn cara perniagaan mrk,...

"Fa ma ro bi hat ti ja ro tu hum"
 - Perniagaan mrk,perdagangan mrk,cara pertukaran yg
mrk buat itu,sedikit pun tidak mendatangkan keuntungan
kpd perniagaan mrk.Lalu ALLAH SWT menafikan bahwa....

"Wa ma ka nu muh ta din"
 - Org2 yg tolak Quran,org2 yg menentang Islam,org2 yg
tolak Sunnah Nabi s.a.w.,kata ALLAH,"Mrk itu bukanlah
org2 yg mendapat petunjuk."
[ Maka,disini bahwa org2 yg tak dapat petunjuk ALLAH
adalah SESAT.Jadi,di dlm Pilihanraya yg akan
datang,undi kita WAJIB diberi kpd PAS.INSYA`ALLAH,dlm
Pilihanraya yg ke 10 ini,KEMENANGAN akan PASTI milik
ISLAM.

                  Ustaz Sobri Arshad menutup kuliyyah
Maghrib dgn sepotong ayat ALLAH di dlm Al-Quran,yg
bermaksud,"Wahai org2 beriman,jadikanlah diri kamu
sebagai pembantu2 ALLAH."   Sebagaimana berkata Isa
ibnu Maryam kpd golongan Hawariyun,"Siapakah di antara
kamu,yg sanggup menjadi pembantu aku,utk menegakkan
Agama ALLAH?"...Golongan Hawariyun menjawab,"Kamilah
yg akan menjadi pembantu kamu,utk menegak ugama
ALLAH."
[ Ayat ini,ALLAH SWT tujukan kpd kita,org2 yg
beriman.Maka dgn itu,wahai sahabat2ku yg
beriman,"Siapakah di kalangan kita org2 Melayu Islam
yg sanggup utk menjadi pembantu2 ALLAH,utk memenangkan
Islam,sanggup atau tidak sanggup?"
  Seandainya kita sanggup memberi sokongan utk
menegakkan Islam,maka marilah sama2 kita mencurahkan
tenaga pemikiran kita,mencurahkan wang ringgit
kita,mencurahkan ilmu yg kita ada,dan sama2 kita
berazam bersungguh2,seandainya Islam menuntut kita
mengorbankan jiwa raga kita,nyawa kita,darah
kita,INSYA`ALLAH,kita semua akan turun ke medan
perjuangan bagi memenangkan Islam di dlm Pilihanraya
yg akan datang.INSYA`ALLAH.

WALLAHUA`LAM.





=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke