*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minggu lepas, minggu kedua bulan October 1999, kita mula dapat menyaksikan dengan 
jelas adegan-adegan hangat yang dilakunkan oleh beberapa watak terpilih dari kerajaan 
Barisan Nasional, yang walau pun nampak betul dari sudut permainan politik, tetapi 
amatlah merbahaya dari sudut keselamatan negara.

Cerita 13 Mei yang berlaku di ketika Hishamuddin Bin Hussein Onn masih berhingus lagi, 
cuba dihidupkan semula seolah-olah ianya baru saja semalam bermula. Tidak cukup dengan 
itu, Ling Liong Sik yang anaknya baru saja berusia 27 tahun, tapi sudah bermasalah 
hutang RM1.2 billion; seperti sudah di arah, tanpa angin tanpa taufan, tiba-tiba saja 
dengan lantang berkata:

"Any move to create an "Islamic State" would hinder the country' progress. Such a 
notion of an islamic state us turning the clock backward" - Singapore NST 6/10/99

[Terjemahan kasar:  "PENUBUHAN NEGARA ISLAM AKAN MENYEBABKAN JARUM JAM NEGARA BERPUTAR 
BERIBU-RIBU TAHUN KE BELAKANG - AKAN MENYEBABKAN NEGARA KITA MUNDUR, MISKIN, DAIF, 
MEREMPAT DAN JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG!!"]

Yang hairannya, tak dak sapa pun dalam UMNO hatta Dr Hamid Othman Phd sekali pun yang 
berani bangun menentang penghinaan secara terang-terang terhadap agama Islam yang 
tercinta ini. Kalau pun tak berani nak bagi penampar kat Ling Leong Sik, 
sekurang-kurangnya cakaplah baik2; habag kat dia kata:

"Hello Leong Sik, kalau lu mau kondem PAS, lu kondem PAS sudahlah, janganlah dok pi 
gatal mulut kutuk agama Islam pula. Nanti, kalau itu ngaji punya orang sudah naik 
syeikh, bukan saja lu punya lumah boleh jadi padang jarak padang tekukur, tapi habis 
satu Malaysia boleh jadi macam 'OKLAHOMA'!!".

SO, KEPADA WATAK-WATAK YANG DILATIH KHAS OLEH PM MACAM LING LEONG SIK INI, KITA INGIN 
NASIHATKAN, BERHATI-HATILAH BERMAIN DENGAN MERCUN DAN BUNGA API;  YA LAH DAH DEKAT NAK 
RAYA INI, NANTI KANG ADA PULA YANG MASUK TV3, PUTUS JARI ATAU KUDUNG KAKI TANGAN TAK 
TENTU PASAL!!

Sebenarnya, walau pun isu 13 Mei dan rusuhan kaum ini sudah basi pada pandangan 
orang-orang yang berfikiran jauh macam kita, tapi kalau dimainkan betul-betul memang 
boleh mempengaruhi pengundi. Ini berdasarkan pengalaman saya secara peribadi semasa 
musim pilihraya 1995 yang lalu.

Pada asalnya, bila radio, paper dan TV tak habis-habis dok mainkan 13 Mei akan meletus 
kalau DAP dapat tawan Pulau Pinang, saya tak berapa nak ambik peduli sangat. Tapi, 
saya mula ambil kisah apabila sorang kawan rapat kat tempat kerja mai bisik kat saya 
(Cina ramai tempat kerja tu); kata dia:

"Wei, hang dah beli stok (barang2 keperluan) simpan dah ka?"

Saya tanya: "Awatnya?"

Dia kata: "Pak menakan (pakcik) aku askar, dia dengan geng2 dia dah kena hantar mai 
dekat satu batalion mai kawal Penang, depa kata kalau DAP menang, sahih jadi rusuhan".

TU DIA AIH, SAYA MASA TU ADA ANAK KECIK, GELABAH LA JUGAK, SAKGI MANA NAK CARI SUSU 
DUMEX KAT DIA PULAK.  MASA KITA KECIK-KECIK DULU, BAGI SUSU CAP JUNJUNG PUN TAK APA. 
BUDAK2 LA NI, KALAU DUMEX, DUMEX AJELAH, YANG LAIN TAK MAU TELAN!!

Nak jadi lagi gempak, cerita askar2 pakat mai turun kawal Penang ini tersebar sampai 
ke pengetahuan kawan saya berbangsa Cina; depa tanya saya betul ka? Saya kata, saya 
dengar pun macam tu jugak!

So, dipendekkan cerita, pilihanraya tahun 1995 itu, walaupun jumlah orang yang mai 
dengar ceramah Lim Kit Siang kadang2 boleh kalah jumlah orang yang dok pi Stadium 
Bandaraya tengok Penang lawan bola, tapi kerana isu 13 Mei punya pasal, Lim Kit Siang 
dan DAP kalah juga di Pulau Pinang!!

Gitulah adanya. 

Untuk tahun ini, walau pun saya dah melalui pengalaman berhadapan dengan  pilihanraya 
kotor BN tahun 1995 di Pulau Pinang, tetapi kerana saya seorang bapa yang walaupun 
kental tara mana sekali pun semangat juang saya, namun kerana selalu terngiang-ngiang 
kat telinga saya ini ucapan Dr Mahathir bahawa pilihanraya 1999 ini adalah yang 
'paling kotor' dalam sejarah Malaysia, maka nak tak nak, duit gaji bulan lepas, saya 
dah belanja separuh untuk membeli barang-barang keperluan anak bini untuk disimpan di 
kala kecemasan, cukuplah kot untuk bertahan dua tiga bulan...

CELAKA PUNYA MAHATHIR, TAHUN 1995 AKU DAH KENA, TAHUN INI PULA, KOT MANA BUAT PUN, AKU 
TERKENA JUGA!!!

Sekian, sekadar luahan rasa.

Wassalam,
Pakdin

 


---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke