*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

FYI....WASALAM
---------------------- Forwarded by Syarulnizam MatIsa on 10/18/99 11:13 AM
---------------------------


"Nihaz Mohd Yusoff" <[EMAIL PROTECTED]> on 10/19/99 12:27:29 AM

To:   Iszuree Ibrahim


Assalamualaikum saudara Iszuree,

Maaf kerana lambat menjawab - saya agak sibuk kebelakangan ini.  Lagipun,
berdebat
dengan tiada kesudahan adalah sesuatu yang merugikan.  Bagaimanapun, saya
tidak
memberikan hujah perdebatan kali ini, saya hanya membuat kenyataan.  Samada
saudara
menerima atau tidak - itu bukan masalah saya.

Saudara seperti juga Anwar dan rakan-rakan saudara yang lain.  Apabila
dituduh bersalah,
tidak pula menyangkal, tetapi menuduh orang lain pun bersalah juga - jadi
apa salahnya.
Begitu?  Contoh:  Apabila Anwar dituduh mengkayakan kroni, dia tidak
langsung berkata dia tidak berbuat demikian, begitu juga beratus-ratus
kroninya yang sememangnya tidak pernah ada
kemahiran berniaga itu tidak pernah menyangkalnya.  Apa yang Anwar buat
untuk membela diri adalah menuduh orang lain juga mempunyai kroni.  Apakah
itu hujah bahawa dia tidak bersalah?

Saya sudah masak dengan jawapan seperti ini.  Mulanya saudara memberi saya
3 ciri-ciri orang munafik dan secara tidak langsung mengaitkan dengan
kerajaan melalui ceramah Ustaz Sobri
yang berkait dengan hukum Allah secara am dan Hudud khasnya.  Apabila saya
memberi
contoh-contoh sifat Anwar/Keadilan dan pemimpin-pemimpin PAS dari segi
kemunafikan,
saudara tidak langsung menyangkal atau membela perbuatan mereka.  Bagi
saya, ini
adalah satu pengakuan.  Apakah Mikro dan Makronya bagi pembohongan,
memungkiri janji
dan pengkhianatan mereka-mereka ini?  Dengan tidak menyangkal atau membela
perbuatan mereka ini bermaksud, mereka ini dibenarkan atau dibolehkan
berbohong dan segala pengkhianatan mereka ini tidak ada salahnya.
Walaupun, setiap kali mereka berbohong mereka akan mengakhirinya dengan
nama Allah dan Allahuakbar?  Tak perlulah menyusahkan diri dengan bahasa
yang standard di sini.  Memadailah dengan bahasa mudah untuk pemahaman
semua.

Islam bukan hanya pada laungan dan pakaian dan definitely Islam bukan hanya
pada pengakuan.  Islam adalah luas.  Bagaimana negara Islam dahulu boleh
maju dari negara lain?  Bagaimana empayar Islam dulu terbentuk?  Semuanya
melalui pembangunan.  Pembangunan hanya boleh dicapai melalui ekonomi yang
baik.  Ekonomi yang baik hanya boleh dicapai melalui pendidikan, pendidikan
hanya boleh dicapai dengan kestabilan, kestabilan hanya
boleh dicapai dengan kerajaan yang berkebolehan.  Tanpa material bagaimana
kita boleh memartabatkan Islam?  Dengan melaung "Akulah orang Islam yang
paling Islam sekali!", atau "Inilah negara Islam!!"  Begitu?  Kemudian
jadilah negara Islam yang mundur sama dengan negara-negara Islam lain.
Maka orang kafir akan menulis dalam kamus mereka seperti berikut:
Negara Islam = Negara di mana rakyatnya sentiasa bergaduh, miskin dan
mundur.  Sedar atau tidak,  mengaku atau tidak inilah yang ingin ditepis
oleh Dr. Mahathir - untuk memahami pemikirannya tentang Islam, kunjungilah
Laman Web www.ikim.gov.my dalam PM on Islam.

Saudara beria-ia inginkan Kerajaan Alternatif mengambil alih.  Sudahkah
saudara fikirkan
perkara berikut:

Bolehkah Nik Aziz mentadbir ekonomi?  Lihatlah Kelantan sebagai contoh.
Tanpa ekonomi
yang baik bagaimana hukum hudud boleh dilaksanakan?  SEdangkan itu juga
adalah tunjang
bagi melaksanakan hukum hudud.  Logiklah sikit, Nik Aziz tu bahasa Inggeris
pun .... takkan bila jadi PM nanti masuk persidangan antarabangsa nak bawa
isu kutuk Dr. Mahathir lagi?  Isu apa yang dia boleh bincang?  BAgaimana
dia hendak menepis penyangak ekonomi, bagaimana dia hendak membaca strategi
Yahudi untuk menakluk dunia, bagaimana dia hendak merangka program
pendidikan, sosial dan pembangunan.  Susah-susah dia cakap semua haram.
Habis cerita.   Anwar pun sama juga, masuk jail baru terhegeh-hegeh nak
belajar ekonomi sedangkan Malaysia hampir ranap dikerjakannya semasa
menjadi Menteri Kewangan.   Susah-susah, dia jerit Allahuakbar, saudara pun
meloponglah mengagumi dia.

UMNO telah bertahun-tahun membuktikan kewibawaannya dan Dr. Mahathir
telah membuktikan dengan pertumbuhan ekonomi yang luar biasa di zamannya
sebelum
ianya dilenyapkan oleh penyangak matawang dengan bantuan Anwar Ibrahim.

Saudara menyatakan bahawa saya mempertikaikan ayat Al-Quran yang diulas
oleh orang
yang lebih arif - saya pasti maksud di sini adalah ulama PAS.  BAiklah,
contohnya, Nik Aziz memang hafal dan pakar dengan ayat Al-Quran.  Tetapi
menterjemah ayat dengan mentafsir ayat adalah berlainan.  Ayat Al-Quran
diklasifikasikan oleh Allah kepada 2 iaitu muhkamat (sahih atau terang) dan
mutashabihat (mempunyai 2 makna atau agak tersembunyi).   Muhkamat boleh
diterjemah dan ditafsirkan secara terus tetapi mutashabihat memerlukan
pengetahuan yang lebih tinggi untuk mentafsirkannya.   Allah juga berfirman
yang bermaksud bahawa manusia akan mentafsirkan mengikut pandangan
masing-masing bagi hal-hal mutashabihat di mana makna  yang sebenar hanya
Allah yang mengetahui.  Jika seseorang tidak mempunyai ilmu pengetahuan
yang luas dalam semua bidang-bidang yang berkenaan, ayat itu mungkin
ditafsirkan secara sempit mengikut pengetahuan yang ada padanya sahaja.
SEbab itulah Islam menggalakkan orang Islam mahir dalam semua bidang
seperti astronomi, matematik, bahasa, architecture, science dll dan yang
paling terkini adalah teknologi maklumat.  Saya sendiri tidak banyak
pengetahuan dan tidak dapat dan tidak berani langsung mentafsirkan
ayat-ayat ini tetapi ini bukan soalnya kerana saya bukan ulama - Nik Aziz
sebagai ulama,
belajar agama, hafal Al-Quran dan Hadith dan mengetahui semua hukum
mengikut apa
yang diterjemah dari Al-Quran tetapi dia tidak mahir dalam ilmu duniawi
yang juga dituntut
oleh Islam.  Tanpa semua Ilmu, tidak mustahil dia juga tersalah dan
terkurang di sana sini.
Jika tidak, takkan dia sanggup membela buku SHIT, mengolah doa, Menyatakan
yang Allah
mencarut, mengkafirkan orang Islam yang tidak sependapat dengannya,
mendoakan
kemusnahan orang Islam yang tidak sependapat dengannya, berbohong dan
membiarkan
HARAKAH menyebar fitnah dan pembohongan, tidak mahu meminta maaf apabila
ternyata
salah dan langsung tidak merendah diri malah mendabik dada mengaku diri
sendiri ulama
dan lebih tinggi darjatnya dari orang lain termasuk PM.  Sejak bila dia
dapat petunjuk yang
dia amat tinggi disisi Allah?   Sepatutnya, semakin banyak kita belajar
tentang Islam, semakin sedikit kita merasa pengetahuan kita tentang Islam
maka semakin merendah dirilah kita.

Saudara pula membelanya setengah mati.

SEterusnya, saudara menyatakan bahawa kerajaan sekarang melakukan
penyelewengan.
Baiklah, kita permudahkan perkara ini.   Kenapa saudara tidak mempersoalkan
penyelewengan Anwar malah membelanya pula?  Apakah dia tak apa dan orang
lain tak boleh?   Kebanyakkan kes yang dituduh ini telahpun diterangkan
dalam akhbar malah Dr. Mahathir sendiri telah menerangkan dalam perhimpunan
UMNO baru-baru ini.  Konsortium Perkapalan - Dr. M telah menerangkan dengan
panjang lebar bagaimana KOnsortium itu bukannya milik penuh Mirzan, malah
Mirzan bukannya pemegang saham terbesar.  Konsortium itu hampir dijual oleh
Pengarah-pengarahnya kepada orang Cina yang menawarkan harga yang amat baik
tetapi Dr. Mahathir menasihatkan mereka supaya jangan jatuh pada bangsa
lain.  Ini adalah salah satu syarikat Bumiputera yang besar, maka itulah
langkah ini diambil di mana Mirzan jangankan untung, rugi lagi kerana
tawaran harga mereka rendah.  Kalau saudara tak percaya juga, saudara punya
pasallah - tapi jangan tuduh orang lain yang tertutup hatinya.

Saudara juga ada menyatakan yang BPR sedang membuat siasatan terhadap
setengah menteri dan anak Dr. Mahathir yang berkenaan.  Maka biarlah
siasatan dibuat.  Apa masalah saudara?

Ini adalah kata-kata saudara:
"Perbuatan memfitnah tidak baik, tidak beretika dan tidak bermoral. Namun
begitu, fitnah berbeza dengan percakapan benar, yang disokong fakta."
Saya telah memberi fakta dalam E.Mail saya yang terdahulu lengkap dengan
tarikh di mana saudara boleh menyemaknya semula.  Di manakah fakta saudara?
 Saudara menuduh Dr. Mahathir menghalang siasatan BPR terhadap orang itu
dan orang ini, di mana fakta saudara?  Apa buktinya Dr. Mahathir
menghalang?  Kalau ada bukti, sila pihak Alternative buat report.  Jangan
hanya melaung, bising.  Kononnya BPR tak berani menyiasat Rahim Tambi Chik
dan setengah setengah menteri, tetapi di masa yang sama berani pula
menyiasat anak Dr. Mahathir sendiri, dan setengah-setengah menteri lain.
Sekejap berani, sekejap tak berani - Apa ni? cakap biar konsisten, jangan
melalut.  Buang masa saya.  Rahim Nor dah mengaku pun, saudara kata Dr.
Mahathir jugak yang suruh?  Mana fakta, mana bukti yang dia disuruh oleh
Dr. M?   Saudara faham tak erti fakta dan bukti?

Perwaja dan Eric Chia:  Perwaja adalah satu kilang besi,  tahukah anda
betapa pentingnya besi dalam pembangunan negara?  Orang barat ada mempunyai
peribahasa mengenai kepentingan perusahaan besi dalam sesebuah negara,
tetapi saya tak ingat.  Kita adalah negara membangun, berapa banyak besi
yang kita perlu untuk membangun?  Semua peralatan rumah, pejabat, kilang,
alat mainan dan sekolah memerlukan sekurang-kurangnya skru dan paku.
Takkan satu skru pun nak import - takke bodoh tu.  Sebab tu Perwaja harus
diselamatkan.  Bukan itu saja,  yang diselamatkan adalah syarikat, bukan
Eric Chia, saudara ingat bila selamatkan Perwaja, Eric Chia sajakah yang
terselamat?  Kalau Perwaja lingkup, vendor-vendor, pekerja-pekerja dan
kontraktor-kontraktor yang 90% Melayu tu saudara atau PAS atau KeADILan nak
tolong bagi makan?  Kalau satu kapal, nakhodanya Cina, sedangkan anak
kapalnya semua Melayu, kalau ditenggelamkan, saudara ingat melayu-melayu tu
tak mati sama?  Lagipun, Kementerian Kewangan, di bawah Anwar pada waktu
itu mempunyai semua kuasa terhadap Perwaja - kenapa Perwaja/Eric Chia jadi
begitu?  Sila refer attachment untuk keterangan lanjut.  Perkara ini sedang
disiasat, jangan cakap banyak sangat nanti kena batang hidung sendiri.

Saudara menyatakan projek-projek mega sebagai membazir.  Apakah saudara
menidakkan langsung peranan Menteri Kewangan yang meluluskan projek-projek
ini semua pada masa itu?
Jika saudara menyatakan Litar Sepang membazir - bentangkan profit&lossnya
untuk at least 5 tahun yang akan datang.  Sengaja juga saya menunggu untuk
membalas E.Mail saudara sehingga Formula 1 berlangsung.  Tiket RM1400 pun
habis dijual, hotel-hotel penuh, pelancong-pelancong membeli belah dan
makan di sini.  Sila beritahu saya ada sesiapa rugi apa-apa?  Projek MSC,
PUtrajaya dan lain-lain adalah asas penubuhan sebuah negara yang maju
selaras dengan vision 2020.  Semasa projek-projek ini dirancang, ekonomi
kita adalah ditahap memberangsangkan malah dianggap luar biasa bagi
negara-negara membangun.  Siapa yang boleh menyangka bahawa Anwar boleh
mengikuti langkah IMF dan menambah kegawatan yang disebabkan oleh penyangak
matawang?  Apabila projek sudah 50% lebih siap, takkan nak dibiarkan
terbengkalai, semua pihak akan rugi - berbillion-billion dan ini akan
memberi kesan yang lebih buruk pada negara.  Kontraktor-kontraktor
bumiputera tu nak makan apa?  Saudara kalau benar-benar prihatin pada orang
Melayu dan Islam, saudara tak terfikirkah akan mereka?  Pengusaha Melayu
yang ingin dididik dan dimajukan oleh kerajaan.  Dahlah KLIA punya projek
semua dapat pada kroni Anwar.  Projek apa lagi yang besar yang boleh dibuat
oleh mereka kalau kerajaan tak tolong?  Lain kali, cakap pakai otak sendiri
jangan pakai otak Nik Aziz atau Anwar, sorang tu belajar agama saja, sorang
tu belajar sastera.

Kata saudara, UMNO tidak menyamakan dunia dan akhirat sedangkan hujah
saudara tersorong kepada PAS yang hanya menegakkan akhirat bukan untuk
menyamakan dunia dan akhirat.

Dengan izin Allah, kerajaan telah memberi kita kemudahan untuk belajar,
kerajaan telah memberi kita kelebihan pada orang Melayu agar tidak
ketinggalan dari bangsa lain sebab itulah wujudnya ITM atau UTM sekarang
ini.  Kerajaan telah memastikan keamanan kita, kerajaan telah memastikan
kita mampu membeli rumah, kereta dan harga barangan runcit yang sentiasa
dikawal.  Saudara ingat kerajaan orang lain buat semua ni?  Kerajaan telah
merangka program basmi kemiskinan - saudara ingat India, Indonesia mahupun
kerajaan Arab ada buat semua ni?  Saudara bebas untuk menghantar anak ke
sekolah-sekolah agama dan memberi pendidikan mengikut citarasa saudara.
Kerajaan tidak pernah menghalang kita beribadat, bersedekah dan berbuat
baik.  Kerajaan menggalakkan penubuhan masjid-masjid, pusat-pusat Islam dan
lain-lain.  Itu adalah tanggungjawab kerajaan - menyediakan kemudahan
beribadat dan memastikan keamanan.  Beribadatlah dan didiklah anak saudara
semahu-mahunya.  Kerajaan telah merangka hukuman yang paling tinggi untuk
pengedar dadah.  Bukan salah kerajaan kalau anak saudara tak sembahyang.
Bukan salah kerajaan kalau anak saudara menagih dadah.  Bukan salah
kerajaan kalau anak anda menjadi bohsia atau bohjan.  Kerana ramai lagi
anak orang lain yang menjadi manusia yang bertanggungjawab.  BAgi saudara
apakah beza seorang Islam di Iran dan seorang Islam di Los Angeles?  Apakah
jaminan yang orang Islam di Iran itu lebih disayangi Allah?  Kita tidak
tahu, pokok pangkalnya diri sendiri, bukan kerajaan.   Malah yang di Los
Angeles mungkin lebih disayangi kerana dapat menjaga dirinya walaupun
dikelilingi dengan godaan-godaan.  DAn Mungkin juga tidak.   Negara
Malaysia majmuk - walau apapun, kerajaan telah melakukan yang terbaik dan
tidak ada kerajaan di dunia ini yang sempurna.  Bersyukurlah jika kita
mempunyai kerajaan yang hampir sempurna.  Negara membangun yang lain
tersungkur apabila ekonomi di serang.  Indonesia telah dijajah ekonominya
dan tiada lagi jalan keluar bagi mereka buat berpuluh tahun terdekat ini.
Negara yang setaraf dengan kita seperti Fillipina, Thailand semuanya tidak
dapat mencapai kemajuan seperti kita.  TAhap kronisme mereka buruk
disamping tidak ada program untuk rakyat.  Sedangkan rakyat kita masih
boleh bertekak sesama sendiri kerana ada puak yang menidakkan rahmat Allah
pada Malaysia.  Bersyukurlah, kerana ketidaksyukuran juga boleh mengundang
bala dari Allah.

 Apabila UMNO menyuruh anak-anak muda belajar dan jangan masuk campur demi
masa depan, PAS mengajak anak-anak muda berpolitik dan ADIL mengajak mereka
merusuh dan meninggalkan pelajaran dan merosakkan masa depan.

Apabila UMNO bertungkus lumus menyelamatkan ekonomi negara, PAS berdoa agar
ekonomi tidak pulih supaya boleh menyalahkan kerajaan.

Apabila UMNO ingin melihat  Malaysia memulakan langkah ke arah Empayar
Islam yang Agung dan maju, PAS ingin memastikan bahawa Malaysia sentiasa
mundur dan terkebelakang.  Tetapi PAS masih mengaku mereka Parti Islam.

Patutlah perjuangan PAS/ADIL disokong oleh kafir barat yang amat membenci
Dr. Mahathir dan idea Islamnya sepertimana juga PAS/ADIL membenci beliau
juga.

Ingatlah, UMNO tidak membenci sesiapa dan UMNO tidak melabel sesiapa.  Bagi
UMNO kalau negara tak stabil, nak beribadat pun payah apatah lagi nak buat
hukum hudud.

Saudara memberi peringatan kepada saya tentang duniawi.  Saya ingin memberi
peringatan pada saudara janganlah hanya mengejar akhirat kerana tanpa
duniawi akhirat juga akan terlepas.  Ibadat saya dengan Allah dan amalan
saya kepada Allah adalah antara saya dengan Allah bukan di antara saya
dengan Nik Aziz atau pengikut-pengikutnya jauh sekali Anwar Ibrahim.  Dr.
Mahathir tidak pernah menghalang saya beribadat, bekerja, berniaga,
berrekreasi, membeli-belah malah secara tidak langsung Dr. Mahathir
memastikan bahawa saya dapat membuat semua itu .  Dr. Mahathir tidak
menghalang ke mana arah saya ingin membentuk anak saya.  Itu adalah
tanggungjawab saya sepenuhnya.  Saya pikul dengan rela.  Jika saya boleh
menjadi orang berguna dengan kerajaan yang sama, kenapa anak saya tidak
boleh malah lebih banyak kemudahan pembelajaran boleh didapati  sekarang.
Asalkan politik kita stabil, pelabur sentiasa suka melabur di sini dan
tidak ditakutkan dengan rusuhan, projek besar kerajaan membuahkan kejayaan
maka negara menjadi semakin makmur dan Islam menjadi semakin kuat maka
itulah Negara Islam yang sebenar-benarnya.  Maka lebih mudahlah kita untuk
beribadat dan lebih senanglah kita bersedekah pada negara Islam lain
apabila kita sudah kaya.  Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang kaya.

Kalau nak jawab, biar konsisten dan berfakta, I mean real facts.  Kalau nak
jawab, berhujahlah atas apa yang dibentangkan pada saya dari mula.  Jangan
buka perkara baru tanpa memutuskan perkara yang sedang diperbincangkan.
Kalau tidak, tak payah cuba jawab.  Menyemak E.Mail saya saja.

Saya nak tanya sikit - TV3 interview orang ADIL yang keluar ADIL 2 hari
lepas dekat Jelutong - apa cerita?  Saya dengar berita tak habislah.
Dengar kata mereka takut dengan ADIL yang seolah-olah sanggup berbuat apa
saja walaupun mencetuskan semula 13 Mei - betul?
NIHAZ










 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke