*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



>From: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Sedar* Sedarlah Cyber Network Group
>Date: Mon, 18 Oct 1999 22:09:26 -0700
>
>Kepada semua ahli-ahli Sedarlah, kami meminta jasa baik anda untuk
>menghantarkan e-mail ini kepada semua kenalan anda yang bukan ahli
>Sedarlah.
>
>Sidang Pengarang,
>Sedarlah Cyber Network Group.
>
>Assalamu'alaikum warahmatullah hiwabarakaatuh dan salam sejahtera.
>
>Sedarlah Cyber Network Group ini adalah salah satu rangkaian penyebaran
>maklumat yang terbesar di Malaysia masa kini. Kumpulan ini bermula pada
>2hb September 1998 dengan ahlinya seramai 250 orang sahaja. Satu tarikh
>yang amat bermakna bagi rakyat Malaysia. Detik bermulanya pergerakan
>'Sedarlah', adalah atas dasar kesedaran sidang pengarang sendiri. Kami
>hanyalah rakyat biasa, tanpa sebarang pangkat, kedudukan ataupun
>sebarang kepentingan peribadi. Kami hanyalah rakyat yang sedar, akan
>kemungkaran yang berlegar di depan mata. Kami berusaha sedaya upaya,
>untuk menerangkan kepada semua ahli tentang perkara sebenar yang
>berlaku di sekitar kita. Motif utama adalah untuk menyedarkan kita,
>supaya lebih peka dan perihatin terhadap isu-isu semasa, terutamanya
>yang melibatkan agama di negara kita. Perkara-perkara yang tidak
>diketahui oleh kita, dan perkara yang selalu diputarbelitkan oleh
>media-media tempatan khususnya.
>
>Alhamdullilah, atas berkat dariNya, kumpulan 'Sedarlah' kini mempunyai
>ahli seramai lebih 12,000 orang kesemuanya dan bertambah setiap hari.
>Ahli-ahli ini terdiri daripada rakyat Malaysia berbilang kaum, yang
>berada di dalam dan di luar negara. Tujuan utama kami adalah untuk
>menegakkan keadilan di negara tercinta ini. Kita menduduki sebuah
>negara yang sepatutnya merdeka dan mengamalkan sistem demokrasi. Tanpa
>disedari, rakyat Malaysia kini dijajah oleh bangsa sendiri dan amalan
>demokrasi itu sendiri sebenarnya telah lama pupus. Di manakah kuasa
>rakyat yang sebenarnya ? Manakah hak-hak rakyat dalam sebuah negara
>demokrasi ini. Setiap hari kita disajikan dengan berita-berita
>pembohongan dan penipuan dalam media tempatan. Suara rakyat telah lama
>terkubur dan yang tinggal hanyalah suara pemimpin dan pembohongan
>mereka.
>
>Tidak dinafikan, saluran yang sepatutnya adalah dengan menukar kerajaan
>melalui proses pilihanraya. Tetapi, apabila penyelewangan dan rasuah
>berleluasa di kalangan pemimpin kerajaan, maka proses pilihanraya itu
>sendiri sudah tidak lagi bermakna. Rasuah boleh membeli segala-galanya.
>Apakah jaminan untuk rakyat bahawa proses pilihanraya akan berlaku
>dengan adil ? Apakah jaminan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya tidak
>dikuasai oleh pemimpin kerajaan ? Sedangkan semua badan-badan atau
>institusi lain jelas dikuasai oleh pemimpin kerajaan. Media-media
>sepatutnya menyiarkan berita yang adil dan saksama. Biarkanlah rakyat
>sendiri yang menilai dan menentukan masa depan. Ini tidak, media
>menjadi tunggangan pemimpin-pemimpin kerajaan. Bilakah kali terakhir
>kita melihat atau mendengar ucapan atau program parti pembangkang di
>kaca TV. Kenapa kita tidak diberi peluang menilai sendiri ? Jelas kini
>media menjadi tempat penipuan dan fitnah. Apakah hak pemimpin ini untuk
>menyalahgunakan media-media ini.
>
>Dengan ini kami di 'Sedarlah' mengambil keputusan, inilah satunya cara
>yang paling berkesan untuk menyedarkan rakyat Malaysia. Saluran suara
>rakyat melalui ruangan cyber ini sahajalah yang masih belum dikuasai
>oleh kerajaan. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam
>untuk mencegah kemungkaran yang berlaku di depan mata kita. Kami
>lakukan ini adalah untuk menyedarkan rakyat Malaysia yang beriman.
>Untuk ANDA. Bangunlah wahai rakyat Malaysia yang beriman dan tentanglah
>kemungkaran, kalau tidak dengan tangan dengan mulut dan kalau tidak
>dengan mulut dengan mata dan janganlah kita sekali-kali redha atau
>tidak mengambil kisah dengan kemungkaran atau ketidakadilan yang
>berlaku dihadapan mata kita sendiri. Kerana yang bakal menjawab
>dihadapanNya kelak, bukan hanya yang melakukan kemungkaran, tetapi juga
>yang menyaksikan kemungkaran tanpa ada sebarang usaha untuk
>menghalangnya.
>
>Dengan ini kami, dengan rendah diri mengajak anda untuk menyertai
>Sedarlah Cyber Network Group ini. Sebagai ahli anda akan menerima
>berita atau maklumat yang sahih secara percuma melalui 'inbox' anda.
>Kami ingin menjadikannya sebuah rangkaian internet terbesar, yang mampu
>mengambil alih tugas dan tanggungjawab media tempatan. Satu
>tanggungjawab yang amat berat tetapi harus dipikul demi menjaga maruah
>agama, bangsa dan negara.
>
>Kepada yang berminat anda hanya perlu menghantarkan email kepada
>[EMAIL PROTECTED] Laman web kami bolehlah dilawati di
>http://listen.to/sedarlah
>
>Terima Kasih
>Sidang Pengarang Sedarlah
>
>Firman Allah yang bermaksud:
>Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman
>kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka
>berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka itulah
>orang-orang yang benar. (surah Al-Hujurat:15)
>
>Allah juga berfirman :
>"Katakanlah, 'Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan
>kekuasaan kepada orang yang Engkau kehendaki, dan engkau cabut
>kekuasaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang
>engkau kehendaki, dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di
>tangan Mulah segala kebaikan. Seseungguhnya Engkau Mahakuasa atas
>segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang, dan Engkau
>masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang
>mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri
>rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa batas" (Surah Ali 'Imran:
>56-27)
>
>
>------------------------------------------------------------------------
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Sedarlah Cyber NETwork Group. http://listen.to/sedarlah
>E-mail group kami -> [EMAIL PROTECTED]
>Untuk melanggan  -> [EMAIL PROTECTED]
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Neo de Uno" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke