Title: 300 SERTAI PAS SERAH MEMORANDUM KE KEDUTAAN AMERIKA
300 SERTAI PAS SERAH MEMORANDUM KE KEDUTAAN AMERIKA
Pemuda PAS nak tunjuk dia hebat dengan melahirkan penentangan terhadap Amerika Syarikat kerana kononnya atur pertemuan antara Malaysia dengan Isreal di PBB. Depa saja nak buat hal. Macam mana sekalipun, Kerajaan Malaysia akan hanya bertindak setelah mengambil kira kepentingan orang Palestin sebelum mengambil apa-apa tindakan. Malahan Presiden Arafat sendiri yang melawat Malaysia baru-baru ini mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana membantu menyuarakan hak rakyat Palestin kepada regim Isreal. Nampaknya Kerajaan Malaysia dipersalahkan oleh PAS kerana membantu rakyat Palestin. Cek betul-betul lain kali Pemuda PAS sebelum dok merapu tak tentu pasal.Lagi pun PAS tok sah lah berlakun kononnya ia anti Amerika. Kita semua tahu betapa rapat PAS dengan Amerika, seperti bagaimana rapatnya Anwar dengan pemimpin Yahudi di Amerika termasuk Cohen, Albright dan lain-lain.