Jihad di dalam perniagaan akan timbul sekiranya perniagaan yang dijalankan itu terdiri daripada sumber yang halal. Sesuatu yang halal adalah ibadat, tetapi sekiranya aktiviti perniagaan yang dilakukan bukan daripada sumber yang haram maka tidak akan timbul istilah jihad tetapi istilah yang timbul adalah istilah jahat pada diri manusia.
Jihad di dalam istilah syarak telah diterima pakai di dalam dua pengertian iaitu jihad dalam istilah bahasa Arab disebut sebagai “jahada” iaitu memerah, mengeluarkan sepenuh tenaga yang ada pada diri kamu sama ada dengan perkataan atau perbuatan untuk menunaikan suatu kerja yang berat dan sukar. Kerja yang berat yang dilakukan dengan mengunakan sepenuh potensi tenaga itulah yang dipanggil jihad. Firman Allah swt di dalam surah al Haj ayat 78:
Maksudnya:
“Berjihadlah kamu pada jalan Allah swt dengan sebenar-benar jihad”
Allah swt juga berfirman di dalam surah al Ankabut ayat 69:
Maksudnya:
“Mereka yang telah berjihad, nescaya kami akan tunjukkan kepada mereka
jalan yang lebih baik”.
Jihad pada pandangan syarak bermaksud menggunakan segala potensi yang ada pada diri sama ada dari segi akal, perkataan, bahasa, percakapan, di mana segala potensi tersebut digunakan pada insan muslim di dalam usaha menangani peperangan dengan orang kafir dengan tujuan untuk meninggikan agama Allah swt. Kalau berperang dengan orang kafir tanpa bertujuan untuk meninggikan agama Allah swt maka perjuangan tersebut tidak dinamakan jihad yang hakiki. Jihad yang hakiki adalah dengan kita memerah keringat sedaya upaya yang ada untuk menentang orang kafir bertujuan meninggikan syiar Islam dan membina agama Allah swt. Sekiranya tidak mempunyai kaitan dengan agama Allah swt maka jadilah seperti selepas belakunya Peparangan Uhud di mana ramai tentera Islam yang telah terkorban tetapi tidak disebut sebagai jihad yang hakiki di sisi allah swt.
Terdapat suatu kisah di mana ada beberapa orang tentera Islam di zaman
Rasulullah saw yang berperang kerana inginkan supaya namanya dicatatkan
nama sebagai seorang perjuang dan pahlawan bangsa. Seorang sahabat telah
bertanya Rasulullah saw:
Maksudnya:
“Seorang yang berperang agar dia mendapat harta rampasan, seseorang
yang berperang bersungguh-sungguh untuk mempertahankan bangsanya dan seorang
yang berperang bermati-matian untuk dicatatkan sebagai seorang pahlawan,
yang mana satukah yang dipanggil pejuang pada jalan Allah?. Nabi SAW menjawab:
Tidak seorang pun daripada mereka yang termasuk di dalam ertikata jihad
yang sebenarnya. Sahabat bertanya: Bagaimanakah seseorang itu boleh dinamakan
jihad fi sabilillah? Nabi SAW menjawab: Lelaki yang berjuang dan berperang
untuk meninggi dan menegakkan agama Allah swt maka ini dinamakan fi sabilillah.
Berdasarkan hadis ini jihad bukannya suatu perkara yang mudah.
Ia mempunyai kriteria yang tersendiri. Begitu juga kaedahnya apabila ingin
menjadikan perniagaan sebagai satu jihad, perniagaan itu hendaklah mempunyai
syarat yang tertentu misalnya ia hendaklah daripada sumber yang halal.
Dengan mengambil pengertian bahawa apabila berjihad hendaklah dilakukan
dengan bersungguh-sungguh bukannya bersikap sambil lewa. Maka jihad tersebut
sekiranya di dalam perniagaan perlu dilakukan seolah-olah bertempur
di medan peperangan. Pasukan tentera yang pergi berperang tidak
dengan sambil lewa dan cuai , bahkan mereka bersedia sama ada dibunuh atau
membunuh, hakikat sebenarnya adalah dengan kesungguhan. Baginda Rasulullah
saw pernah bersabda:
Maksudnya:
“Sekiranya kamu menyembelih maka perelokkanlah sembelihan kamu, sekiranya
kamu berperang hendaklah kamu berperang dengan bersungguh-sungguh”.
Setiap kerja yang dilakukan sebenarnya merupakan amanah tidak kira sama
ada ia merupakan amanah daripada Allah ataupun amanah daripada manusia.
Justeru ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh sebagai memenuhi natijah
jihadnya. Kerja yang berkualiti merupakan kerja yang dirancang dengan mengambil
kira pelbagai aspek lain seperti ketelitian, ketekunan, kesopanan dan lain-lain
lagi. Bagi melahirkan kerja sebagai ibadat ataupun jihad, niat merupakan
kunci segalanya. Tanpa niat kerja yang dilakukan tidak lagi menjadi
ibadat ataupun jihad sebaliknya ia akan menjadi suatu adat ataupun kebiasaan.
Justeru seandai diperhalusi akan ditemui di dalam kebanyakan kitab sama
ada kitab hadis ataupun kitab fekah, para pengarang atau para penyusun
kitab akan meletakkan niat sebagai salah satu bab yang utama. Misalnya
di dalam Sahih al Bukhari, terdapat Bab Iman dan antara hadis sahih yang
begitu popular dijadikan hujah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh
Umar al Khatab:
Maksudnya:
“Sesungguhnya setiap amalan (sama ada diterima atau tidak) bergantung
dengan niat”.
Di dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya setiap amalan mengikut apa yang diniatkan dan bagi setiap
orang itu mengikut apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kerana
Allah swt dan Rasul-Nya maka hijrahnya kerana Allah swt dan Rasul-Nya.
Dan barang siapa yang berhijrah kerana (kepentingan) dunia atau wanita
yang akan dikahwininya maka hijrahnya mengikut apa yang telah diniatkannya.”
rosli wrote:
Saya bersetuju dengan cadangan saudari di mana just marriege dulu and than pergi jihad
dengan syarat kalau si suami telah bulat bertekad untuk berjihad.
ini hanya pandangan peribadi saya.
DdSalwa wrote:
Saya forward again. PLEASE, WE NEED GOOD ADVISE UTK YANG PAKAR/ ADA RUANG UTK BERI PENDAPAT for this matter. HELP US OUT.
Sis Noraini, Abu Hanif, Ibnu Muhajir, Ali Zulfakar, pak Dinn, osman dan sesiapa yang ada GOOD ADvise, please.Sis Bibah from @ylcorp.po.my
Salaam utk semua warga hizbi,
Saya nak minta pendapat :
1. Adakah lebih baik seorang pemuda itu berjihad/holy fighting for Allah atau lebih baik dia
berkahwin?2. Mana yang lebih baik, berjihad dalam status bujang atau bergelar suami?
3. Seorang hamba Allah, nak berjihad (perang). Dia telah berkenalan dengan seorang
muslimah. Dan merancang utk walimah. Minggu lepas, tetiba dia berubah fikiran iaitu Dia
berhajat untuk meneruskan jihad samada di Kashmir/Afghan dan want to forget about the
marriege. He had feels that he cannot quit the Jeehad and for him, fighting for Allah is more
important and his responsible compared to this marriege.
Yang muslimah ni, sure lah sedih habis-habisan sebab, dah hampir last minute..tak jadi plak
nak kahwin. Apa yang patut saya nak nasihat. Tolong lah saya.This is not a small thing. Si lelaki dah kata, kalau dia kahwin...dia tak leh tinggalkan keluarga
dan isteri. Bukannya perkara mudah bagi dia.Dan, kalau dia quit Jeehad, dia tak mau responsible if Allah swt tanya/angry kat dia, apasal dia
tak gi Jeehad. He said, u ask this muslimah coz, she decided this marriege with me. Sebab,
sekarang ni....dia minta, muslimah tu yang tentukan apa yang dia patut buat. Samada married,
means he quit Jeehad. atau
dia Jeehad, means forget the marriege.My suggestion to this muslimah, Take both. Married to him and let him go for Jeehad
after marriege. At least, kalau syaheed pun....yang syaheed tu adalah suami dia.Bukan
sekadar 'somebody /special one ' in her life. Dia pun, dah ada status as a 'wife'. Dan, kalau
ada zuriat alhamdulillah...bolehlah proceed perjuangan si suami tu.... Tapi, realitinya....
sanggup ke.....saya tak taulah. Cakap boleh lah. Kalau kena diri sendiri, ntahlah. Saya dah rasa
sedih plak nih.Okay, Give me good advise, please.
Wassalaam.