Apabila segala-galanya sensitif

Rakyat Malaysia hari ini semakin sukar dalam mengharungi kehidupan. Setiap tutur kata dituduh menghasut. Setiap cadangan dikira menentang. Kini guru  yang membuat soalan peperiksaan pula menghadapi masalah untuk memeilih nama sebagai watak dalam menyediakan soalan.

Mungkin selepas ini Kementerian Pendidikan perlu mengeluarkan satu senarai  nama-nama yang ditegah penggunaannya. Jika digunakan Dolah pasti Abdullah Badawi terasa. Jika disebut gembala sekalipun pasti Abdullah Badwi akan marah. Nama apa yang boleh digunakan? Ini perlunya dikeluarkan segera senarai nama ini. Dengan adanya panduan sebegini tentu para guru dan mana-mana pihak lain tidak akan menghadapi masalah memilih nama untuk digunakan dalam soalan atau lain-lain.

Penggunaan nama tokoh-tokoh negara sebenarnya tidak dapat dielakkan. Apakah  kita mahu menggunakan nama-nama seperti Shah Rukh Khan atau Dr. Bombay? Jika  ini dilakukan pasti akan dituduh sebagai dipengaruhi unsur-unsur asing atau lebih parah sebagai agen asing.

Apa sebenarnya pilihan yang ada untuk rakyat Malaysia?

Kirim email ke