|
Semua yang menyaksikan (sama ada sukarela atau terpaksa sebab semua saluran terpaksa menyiarkannya!) siaran langsung ulang tahun 25 tahun Barisan National pasti menyaksikan berdirinya Prof. Madya Dr. Firdaus Abdullah membacakan puisi memuji dan mengenang Barisan National (BN). Kita hairan bagaimana seorang kakitangan akademik universiti Awam boleh berdiri dalam pentas politik parti BN. Bukan pensyarah biasa pulak tu. Dr. Firdaus adalah Timbalan Naib Censelor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya yang selalu mengingat-ingatkan pelajar tentang AUKU dan melarang pelajar dan pensyarah daripada terlibat secara langsung dalam politik. Kini dia pulak lupa diri mungkin dalam keghairahan menyahut jemputan BN serta Pak Lah (political Masternya), berdiri di atas pentas politik dengan bersemangat menggadaikan sosok tubuh dan maruah jawatannya menyokong BN tanpa segan silu. Saya sebenarnya tidaklah terlalu anti ahli akademik nak berpolitik. Bagi Saya semua ahli akademik harus diberi kebebasan berpolitik. Jawatan mereka tidak berkaitan dengan keselamatan seperti polis, tentera atau SPR. Tetapi kalau double standard; cenderung kepada Alternatif tak boleh! sokong BN boleh! Mati hidup balik pun saya tentang. Saya cukup pantang kalau orang menghina kemampuan berfikir kita (insult our intelligence) sebegitu. Kita minta Dr. Firdaus baca balik peruntukan yang dia selalu guna untuk tuju kat student-student dan insaflah. Jangan sampai menggadai maruah jawatan untuk memuaskan hati political master. Nanti kalau naik pangkat pasal itu kita takut tak berkat gaji. Anak bini makan duit syubhah sebab hasil dari membodek. Di sini Saya juga ingin menyeru rakan-rakan seMazhab Dr. Firdaus yang lain (yang lebih teruk sebenarnya), ahli-ahli akademik yang jadi juru cakap Mahathir dan cuba memberi legitemasi akademik pada Mahathir agar tahu dan malu diri. Jangan sampai dendam peribadi pada Anwar dan personal attachment dengan Pak Lah atau Mahathir menyebabkan kamu gadai maruah ilmu dan air muka dengan rakyat terbanyak. Jangan ingat rakyat akan lupa kata-kata yang tidak bertanggungjawab yang terpacul dari mulut kalian. Ini pesan khusus kepada Prof. Dr. Zainal Kling, Dato Malik Hanafiah, dll. Saya juga menyeru kepada semua pembaca yang kenal mereka ini termasuk para kepala konspirator yang belum betul-betul dikenali seperti Dato Aziz Shamsuddin agar terus-menerus mendedahkan latarbelakang dan siapa sebenarnya mereka ini. Ini akan mendedahkan apa motif sebenarnya kesungguhan mereka menyokong BN/ Mahathir. Orang Kuala Mahafiraun mengemis imej. Sekali lagi kita menyaksikan suatu majlis yang berkemilauan yang sudah pasti menghabiskan jutaan ringgit untuk menganjurkannya serta menyiarkannya secara langsung ke seluruh negara Majlis ulang tahun 25 tahun BN. Memang BN banyak jasanya kepada negara tetapi hakikatnya mana-mana parti kalau berpeluang memerintah akan tetap menabur jasa. Segala peruntukan, kuasa dan mekanisma yang ada pada parti yang memerintah membolehkan perkara ini dilakukan tanpa banyak kesukaran. Soalnya sepanjang pemerintahan BN adakah telah menyumbang secara maksimum?. Adakah mereka telah betul-betul mengatur dan mengurus negara dan sumbernya untuk faedah rakyat secara maksimum, atau adakah sebenarnya jasa mereka tidaklah terlalu hebat, sedangkan pelbagai faedah peribadi dikaut oleh pemimpin-pemimpin BN Sepanjang pemerintahan mereka dengan kuasa yang ada pada mereka menunjukkan bahawa sebenarnya mereka lebih banyak mengambil daripada memberi. Kemewahan hidup pemimpin-pemimpin BN dari dulu hingga sekarang memang tidak tersembunyI dari mata umum. Harta yang mereka miliki sekarang ini memang tidak berpadanan dengan gaji yang mereka perolehi. Begitu juga kalau dilihat pada aset/ harta kepunyaan parti-parti komponen BN; cukup panjang senarai bangunan, syarikat korporat, saham, hartanah dll. Nak dibandingkan dengan harta parti-parti Alternatif seperti langit dengan bumi, hatta parti-parti seperti DAP, PAS dan PRM yang lama wujud . Ini sahaja sudah secara jelas (prima facie) menunjukkan adanya penyelewengan kuasa dan proses mengaut laba oleh BN. Sempena ulang tahun BN ke 25 ini dan juga mungkin menjelang pilihanraya kita juga banyak disogokkan dengan peringatan sejarah perikatan dan BN. Era kepimpinan pemimpin-pemimpin yang lampau dihimbau-himbau dan dikaitkan dengan kepimpinan era Mahathir sebagai kesinambungannya. Kita harus sedar bahawa ini sebenarnya satu strategi kotor Mahathir mahu menumpang rekod pemimpin-pemimpin lepas yang rata-rata jauh lebih demokratik dan tinggi kenegarawanan berbanding dengan 18 tahun pemerintahan Mahathir. Kita harus pandai membezakan UMNO sebelum dan selepas pengkorpratannya di zaman Mahathir kita juga harus tahu membezakan BN di era Tunku/ Tun Razak/ Tun Hussein dengan BN di bawah cengkaman Mahathir. Sememangnya pemerintahan Mahathir terutamanya penggal kedua daripada 18 tahun yang panjang itu penuh dengan insiden dan muslihat kotor yang tidak pernah berlaku dalam budaya UMNO/ BN sebelumnya. Ia jelas bukan kesinambungan budaya lepas tetapi suatu bid'ah sesat/ penyelewengan dari budaya asal perjuangan U�MNO/BN. Kita mesti tahu dan ingat bahawa kedua-dua orang bekas PM yang sempat menyaksikan pemerintahan Mahathair iaitu Tunku dan Tun Hussein akhirnya dengan jelas menolak dan menentang pemerintahan Mahathir sebelum menghembuskan nafas mereka yang terakhir. Ketika berada di akhir usia dan dalam keadaan bebas dari apa-apa kepentingan, kedua-dua bapa dan pemimpin besar ini merasa terpanggil untuk menolak kepimpinan Mahathair demi keluhuran perjuangan asal mereka. Hari ini kita lihat Mahathir dan hamba-hamba propagandanya cuba sekerap mungkin membariskan nama Mahathir dengan nama nama pemimpin besar yang lalu agar rakyat mengenang Mahathir seperti pemimpin lain. Inilah percubaan mengemis dan menumpang imej yang cukup hina dan memualkan. Jangan risau Mahathir, generasi muda pewaris perjuangan agama dan bangsa akan memastikan tempat yang selayaknya bagimu dalam lorong-lorong gelap sejarah negara. Orang Kuala 2 ===== |
