*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MALAYSIA TIDAK MENDAPAT KEYAKINAN MORGAN STANLEY
Belanjawan 2000 sudah dibentang, nyanyian lagu Frank Sinatra "My Way" sudah 
didodoikan, kemajuan ekonomi negara dilaung-laungkan di setiap ceruk 
negara,tetapi MAHAFIRAUN masih tidak dapat dipercayai oleh MAHAFIRAUN.Ramai 
sudah maklum bahawa Morgan Stanley telah membuat keputusan untuk melambatkan 
penyenaraian Malaysia dalam Indeks Capital mereka selama tiga bulan. Tidak 
pasti apa alasan yang sebenar diberikan tetapi MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 
mendapat maklumat bahawa penilaian yang dikeluarkan oleh Mark Mobius dan 
John Templeton, pelabur di rantau Asia yang terkenal di dunia, menyifatkan 
Malaysia sebagai tidak stabil. MAHAFIRAUN mungkin tIdak akan mengendahkan 
lagi kata-kata para penganalisis luar, kerana mengikut kata-kata MAHAFIRAUN, 
mereka tidak tahu apa-apa.Sedangkan kalau ada sahaja yang menyokong kawalan 
modal MAHAFIRAUN, pasti disebut namanya dengan segera. Jadi adakah para 
penganalisis tidak
mengetahui apa-apa? Pasti mereka tahu, kerana sebelum mereka mahu melabur 
duit berjuta-juta mereka dalam Malaysia, mereka harus memastikan Malaysia 
ini selamat untuk disimpan duitnya.
       Hakikatnya ialah Malaysia di bawah pimpinan polisi-polisi ekonomi 
MAHAFIRAUN langsung tidak dipercayai oleh sesiapa sahaja.  Belanjawan 2000 
begitu murah hati untuk memberikan insentif dan galakan kepada rakyat, 
tetapi kita semua tahu galakan tersebut tidak akan ada hasil atau kesan 
kalau tidak diiriingi dengan keikhlasan para pemimpin untuk insaf dan 
memperbaiki keadaan.Begitu juga dengan para penganalisis - mereka hanya 
melihat MAHAFIRAUN sebagai cuba bermain silap mata dengan mereka dalam 
pemulihan ekonomi, tetapi mereka tidak tertipu. Mana tidak? Kalau ikut 
turutan peristiwa-peristiwa ekonomi selama ini, MAHAFIRAUN tidak pernah 
betul atau ikhlas dalam pemulihannya. Krisis perbankan masih mendapat 
perhatian negatif masyarakat antarabangsa, terutamanya apabila MAHAFIRAUN 
terpaksa menelan balik kata-katanya dan membiarkan bank-bank tempatan 
memilih bank-bank yang akan menjadi bank labuh bagi penggabungan tersebut. 
Perkembangan politik tanahair juga tidak dipadankan dengan perkembangan 
kewangan dan ekonomi negara. Setiap pelabut sedar bahawa suasana ekonomi 
yang stabil memerlukan suasana politik yang betul-betul demokratik dan tidak 
dibuat-buat sahaja. Ini sudah terbukti di negara-negara maju yang lain. 
Sepatutnya MAHAFIRAUN tidaklah terasa kalau Morgan Stanley tidak mahu 
menarafkan Malaysia sebagai negara yang cukup prihatin dalam pemulihan 
ekonomi mereka. Sepandai-pandai MAHAFIRAUN bersilap mata, akhirnya 
terbongkar juga
MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 2 NOVEMBER 1999

SAMBUNGAN SIRI FITNAH TERHADAP ANWAR
Tidak cukup dengan enam tuduhan rasuah menyalahgunakan kuasa ke atas polis 
sehingga dijatuhi hukuman enam tahun, Anwar dituduh dengan empat pertuduhan 
salahlaku seks yang melibatkan kes meliwat. Itu juga tidak memadai bagi 
MAHAFIRAUN dan konco-konconya. Tak dapat tanduk, telinga dipulas. S Ius 
Ibrahim, abang Anwar, juga dituduh berkhalwat dengan isterinya sendiri yang 
sah. Berita liwat dan khalwat sama-sama keluar pada muka depan Utusan 
Malaysia pada 19 Oktober lalu. Anwar dan keluarganya sengaja dimalukan. 
Pendedahan yang terbaru ialah dari Datuk Abdul Murad Khalid, Bekas Naib 
Gabenor Bank Negara (BNM). Beliau mendedahkan kononnya Anwar mengawal 
sebanyak 20 Akaun Induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya yang membabitkan 
aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.
Siapa Datuk Abdul Murad Khalid?
Pada 16 September lalu, Datuk Murad telah didakwa di mahkamah atas tuduhan 
gagal mendedahkan maklumat sebenar mengenai saham-saham syarikat Ben Harta 
Sdn. Bhd. Dan 51 harta dalam pegangannya bernilai RM23 juta. Abdul Murad 
Khalid ini akan dibicarakan pada 13 Mac tahun depan. Hanya selepas 
ditangkap, dan didakwa di mahkamah, barulah Abdul Murad membuat pendedahan 
tentang Anwar. Dalam persidangan akhbarnya pada 28 Oktober, Abdul Murad 
berkata, "Saya mengaku bahawa kenyataan yang saya buat hari ini tidak 
dipaksa oleh sesiapa atau bagi membantu memperoleh layanan istimewa dalam 
hubungan dengan tuduhan yang saya hadapi,". Tetapi itulah hal yang 
sebenarnya. Pendedahan yang dibuatnya dalam keadaan tertekan.
Penafian Tan Sri Abdullah Ahmad
Ramai orang yang dituduh oleh Abdul Murad masing-masing menerima 
sekian-sekian juta dari Anwar. Antaranya ialah Duta Khas Malaysia ke 
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tan Sri Abdullah Ahmad. Menurut 
Murad, Anwar Ibrahim telah mengarahkan bayaran sebanyak RM5 juta kepada Tan 
Sri Abdullah. Tetapi pada hari yang sama, pendedahan Murad itu dibuat, Tan 
Sri Abdullah telah menafikannya. "Saya menafikan sekeras-kerasnya apa-apa 
kenyataan bahawa saya telah menerima wang berjumlah RM5 juta,".
Penafian Chana Muzaffar
Datuk Murad juga berkata Anwar telah mengarahkan bayaran sebanyak RM5 juta 
kepada Aliran dan Chana Muzaffar. Pada hari yang sama juga, Timbalan 
Presiden Parti Keadilan Nasional, Chana Muzaffar menyifatkan Kenyataan 
Berkanun Murad sebagai pembohongan yang tidak munasabah sama sekali.  Chana 
turut menafikan pernah menerima RM5 juta daripada Anwar. "Tidak pernah 
Aliran dan saya sebagai individu menerima apa-apa wang daripada Anwar," kata 
Chana Muzaffar dalam satu kenyataan akhbar pada 28 Oktober. Presiden Aliran 
juga telah membuat kenyataan serupa. Aliran dan Chana akan membawa saman 
memfitnah terhadap Datuk Murad atas kenyataannya.
MAHAFIRAUN Guna Cara Gestapo Hitler
Tiga orang telah menafikan. Lebih ramai lagi akan tampil ke depan 
menerangkan keadaan dan kedudukan yang sebenar. Anwar Ibrahim juga mempunyai 
hak untuk membuat penjelasan. Pendedahan Datuk Murad ini macamlah juga 
pendedahan orang tahanan Nazi yang ditangkap oleh polis Gestapo di 
bawahHitler. Tidak terperanjat jika orang kepercayaan Anwar Ibrahim yang 
bernama Abdul Murad Khalid selepas ditahan dan dihadapkan ke mahkamah 
tiba-tiba mengkhianati dan memfitnah sahabat sendiri. Zaman Hitler lebih 
dahsyat lagi.
Kawan-Kawan Yang Membelot dan Memfitnah
Pada tahun 1944, seorang wanita Jerman telah mengkhianati suaminya sendiri 
dengan mengadu kepada Gestapo bahawa suaminya itu telah mengeluarkan 
kata-kata yang menghina diktator Hitler. Akibat aduan itu, suami wanita itu 
telah ditangkap dan dijatuhi hukuman bunuh menurut undang-undang Nazi. Kes 
ini dikenali sebagai "The Grudge Informer Case". Fenomena seperti ini sedang 
muncul di Malaysia hari ini. Pada bulan Jun lalu, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, 
seorang lagi sahabat Anwar telah belot dan mengkhianati Anwar dengan tunduk 
meminta maaf kepada MAHAFIRAUN dan mengaku salah kerana kononnya mengikut 
kehendak Anwar supaya membangkitkan isu nepotisme dan kronisme dalam 
Perhimpunan Pemuda UMNO pada tahun 1998. Senarai pembelot-pembelot ini akan 
bertambah dari semasa ke semasa. Kerana jawatan, pangkat dan wang, ramai 
orang yang tidak tahan akan tekanan dan ugutan Gestapo MAHAFIRAUN. Seorang 
demi seorang akan mengutuk, menghina, mendedahkan itu dan ini tentang Anwar.
Tuduhan Murad Serius Dan Amat Berat
Ini bukan perkara main-main. Wang RM3 bilion dikatakan terlibat. Orang-orang 
asing (Amerika) dikaitkan sama. Wang rizab negara dalam Bank Negara dan Wang 
Simpanan Pekerja (KWSP) juga terancam. Pelbagai peraturan kewangan dan 
undang-undang dikatakan dilanggar.
Jadi satu hal perlu ditanya kepada Datuk bernama Abdul Murad Khalid. Anda 
seorang Datuk, bukan budak belum akil baligh. Anda juga bukan budak pejabat, 
tetapi Penolong Gabenor Bank Negara. Jika benar seperti yang anda dedahkan, 
kenapa selama bertahun-tahun ini anda biarkan saja hal ini berlaku begitu 
sahaja? Kenapa setelah anda ditangkap dan mahu dibicarakan, baru hal-hal ini 
didedahkan?
Jika Benar Anwar Bersalah Dan Rasuah
Jika benar Anwar bersalah dan rasuah sedemikian serius dan berat, seperti 
yang didedahkan oleh Abdul Murad Khalid, sepatutnya kes ini lebih dahulu 
dibicarakan. Tidak perlulah kes yang melibatkan tilam-tilam diusung dan 
ujian-ujian DNA dibentangkan di mahkamah dalam enam pertuduhan rasuah yang 
tidak melibatkan satu sen pun duit rasuah melainkan dakwaan kononnya 
menyalahgunakan kuasa polis. Dengan ada tuduhan baru ini, nampaknya 
perbicaraan terhadap Anwar akan berlarutan. Mungkin mereka mahu Anwar 
menghabiskan sisa umurnya dalam penjara.
Apa Abdul Murad Khalid Kata Dalam Sidang Akhbarnya?
Murad berkata, perbuatan Anwar mendesak tabung-tabung negara diuruskan oleh 
APPC sebagai "ancaman dan pengkhianatan kepada kepercayaan awam." Murad juga 
berkata, "Apa yang saya nyatakan itu tanpa ragu-ragu membuktikan bahawa 
Anwar merupakan seorang pemimpin tidak berprinsip yang bersedia mengorbankan 
tabung-tabung negara untuk kepentingan politiknya dengan pertolongan 
elemen-elemen asing,"Murad juga berkata, "Perkembagan-perkembangan semasa 
yang berlaku di negara ini yang mengancam ketenteraman awam dan kehidupan 
rakyat bagi memajukan cita-cita politik Anwar adalah bukti yang cukup untuk 
menyokong pernyataan ini," Seterusnya, Murad berkata, "Sekarang baru saya 
sedar bahawa pendekatan tersebut (polisi-polisi kewangan cadangan Anwar) 
merupakan rancangan politik Anwar untuk menghancurkan ekonomi negara dan 
menjatuhkan Malaysia dalam usaha menjemput Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) 
bagi membolehkan Anwar memaksa MAHAFIRAUN meletakkan jawatan dan beliau 
(Anwar) mengambil alih jawatan Perdana Menteri," kata Murad.
Pengakuan Atau Confession Abdul Murad
Murad sebenarnya bukan membuat pendedahan semata-mata. Beliau juga seperti 
petikan di atas telah membuat pengakuan atau confession. Cara pengakuan itu 
diucapkan, macam ada unsur-unsur asing atau politik dimasukkan untuk 
disesuaikan dengan selera MAHAFIRAUN dan konco-konconya. Pelik juga Murad 
yang satu ini. Setelah tersedar agaknya bukan main dia begitu prihatin 
tentang ketenteraman awam, pengaruh asing, IMF dan lain-lain ancaman dan 
bahaya. Bagi sesiapa yang sudah faham tentang modus operandi Special Branch 
(Cawangan Khas), terasa semacam ada perisa atau flavour Special Branch dalam 
teks pendedahan dan pengakuan Abdul Murad Khalid ini.
Ada Lagi Kutukan Dan Umpat Keji Terhadap Anwar?
Ada. Akhirnya, Datuk yang baru akil baligh ini yang bernama Abdul Murad, 
baru tersedar perbuatan berdosanya, agaknya. Lalu, dengan muka sedih, sama 
macam Ahmad Zahid Hamidi juga, seorang lagi Datuk yang baru sampai akil 
baligh, kedua-duanya meminta maaf. Zahid lebih teruk. Dia hanya meminta maaf 
pada MAHAFIRAUN sahaja. Tetapi Murad lebih luas pinta kemaafannya. Dia 
meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana membiarkan dirinya diperalatkan 
oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semua pembelot dan pemfitnah ini meletakkan 
kesemua kesalahan ke atas diri Anwar Ibrahim. Apakah dengan fitnah dan 
pendedahan - yang dipertikaikan kesahihannya -bermakna pembelot-pembelot ini 
boleh cuci tangan selepas menyerah tunduk pada kehendak MAHAFIRAUN dan para 
konspirator tertinggi itu?
Apa Tindakan Kerajaan Sekarang?
Jadi sekarang sampai kepada hal yang terpenting. Pendedahan serius dan berat 
Abdul Murad Khalid telah diketahui umum. Jadi apa tindakan kerajaan? Tak 
cukup dengan tahu mendedahkan sahaja dengan tujuan mendapat faedah politik 
pilihanraya semata-mata. Siasat mesti siasat setiap tuduhan Murad itu. Suruh 
BPR siasat? Tak cukup. Tak kena. Tak padan. Tak telus. BPR kerja tak 
efisyen. BPR takut dan tunduk pada MAHAFIRAUN. Siasatan Perwaja masih tak 
selesai. Jadi bagaimana? Segera tubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk 
siasat segala tuduhan Murad ini. Tapi ingat. Siasat mesti adil. Dacing BN 
ada dua piring. Satu kanan dan satu kiri.
Jangan Anwar Sahaja Yang Disiasat.
Mesti siasat sama tentang penglibatan MAHAFIRAUN dalam kes Perwaja. Siasat 
MAHAFIRAUN dalam kes mengarahkan Petronas selamatkan syarikat perkapalan 
Mirzan, anaknya. Siasat bisnes anak-anak MAHAFIRAUN, yang menguasai lebih 
200 buah syarikat.  Kemudian siasat penyalahgunaan kuasa dan perlanggaran 
undang-undang oleh MAHAFIRAUN dalam projek mega Putrajaya, yang melibatkan 
kos keseluruhannya RM20 bilion. Bukan Anwar dan MAHAFIRAUN Saja Disiasat 
Tetapi siasat juga Daim Zainuddin yang terima duit dari tokoh-tokoh korporat 
dan dakwaan Anwar tentang Daim kebas duitnegara. Siasat Rafidah Aziz, Megat 
Junid, Rahim Thamby Chik sekali. Pendek kata jangan pilih-pilih. Tak kira 
siapa yang rasuah, siasat semuanya. Jangan pilih bulu. Mari kita bersihkan 
ke akar umbi gejala rasuah, kronisme dan nepotisme dari bumi Malaysia ini. 
MAHAFIRAUN berani? Daim berani? Konco-konco MAHAFIRAUN yang lain berani? 
Anwar tak perlu takut apa-apa lagi. Kalau tuduhan liwat yang sedang beliau 
hadapi sekarang dan kes sebelumnya dengan segala tilam dan saksi-saksi yang 
sensasi itu dapat beliau hadapi dengan tenang, maka fitnah yang terbaru dari 
Murad ini boleh ditangani dengan berani. InsyaAllah.
Raja Petra Kamaruddin 2 NOVEMBER 1999

SATU ANWAR DIANIAYAI, SERIBU ANWAR BERKELIARAN MENERUSKAN PERJUANGAN
Usaha Pemimpin BN(ajis) terutama PKMB (Parti Kebangsa(t)an Melayu Bersatu) 
untuk memusnahkan Saudara Anwar Ibrahim kini sudah sampai ke tahap panik dan 
desprate, tiba-tiba muncul manusia bernama Murad mengatakan Saudara Anwar 
Ibrahim menyalahgunakan kuasa memndapatkan RM3 bilion diikuti pula oleh 
Ghani Osman dan beberapa menteri besar dan ketua menteri, mungkin 
bekas-bekas ketua menteri menyatakan kesanggupan mereka mendedahkan apa juga 
yang boleh untuk memuaskan nafsu MAHAFIRAUN mereka. Maka menyalak dan 
berkokoklah kakaktua-kakaktua BN(ajis) dan PKMB (Parti Kebangsa(t)an Melayu 
Bersatu) termasuk Unta Badwi dan Kahlil Lebar meminta
supaya penyelidikan teliti dibuat, seperti mana mereka melompat kepanasan 
mengenai enam kotak keramat akhirnya mereka diam, namun dari keberanian Puan 
Marina Yussuf mengadakan sidang akhbar menampakan bahawa ada sesuatu yang 
tak kena mengenai pertuduhan baru ini. Kenyataan Puan Marina telah diputar 
belitkan oleh TV3 (seperti biasa mereka ini tiga suku dan keliru dan 
mengelirukan).
       Paling menarik sahlah bahawa ianya memang didalangi oleh PKMB (Parti 
Kebangsa(t)an Melayu Bersatu) apabila MAHAFIRAUN dengan senyum paksa 
menyembunyikan keresahan menafikan adanya unsur paksaan dan campur tangan 
Kepimpinan PKMB (Parti Kebangsa(t)an Melayu Bersatu) dalam pendedahan ini. 
Apa yang menarik dapat dilihat bahawa mereka, pemimpin PKMB (Parti 
Keabangsa(t)an Melayu Bersatu), amat takut dengan orang yang dikurung dan 
dipisahkan dari keluarga. Mereka tersilap jika mereka berpendapat membuat 
fitnah dan pertuduhan baru kepada Saudara Anwar Ibrahim akan melemahkan 
semangat juang reformis seperti sibacul Zahid Hamidi, Muhidin dan lain-lain 
yang jijik nak disebutkan. Namun terdapat beribu Saudara Anwar Ibrahim 
dijalanan yang akan terus berjuang sehingga kezaliman dan kebathilan 
dimusnahkan.  Mereka lupa bahawa Saudara Anwar Ibrahim hanya merupakan 
pencetus kesedaran kearah reformasi ini, kini ia didukung oleh pemimpin yang 
benar bersedia untuk membuktikan bahawa PKMB (Parti Kebangsa(t)an Melayu 
Bersatu) dan BN(ajis) bukanlah kuasa mutlak dalam kemakmuran dan 
kesejahteraan negara yang tercinta ini. Wahai barisan bacul tidak akan 
luntur semangat kami, tidak akan lemah perjuangan kami walaupun Saudara 
Anwar Ibrahim akan terus difitnah dan ditahan semangat yang telah Saudara 
Anwar Ibrahim tiupkan kejiwa reformis akan terus membara hingga mereka yang 
zalim dimusnahkan. IsyaAllah. Orang beri kita terima – orang undi kita undi 
tapi undi BN tidak sekali.KICAP MELAYU 2 NOVEMBER 1999

APA NAMA...JEPUN BOLEH, MALAYSIA PUN BOLEH!
"Malaysia mencatat sejarah dan membuktikan kebolehan dan keupayaan dalam 
mengadakan acara-acara bertaraf dunia dengan menganjurkan Perlumbaan Formula 
One dengan begitu berjayanya. Sirkit Formula One di Sepang merupakan salah 
satu daripada 16 sirkit di dunia dan yang kedua dibina di Asia selepas 
Jepun". Begitu mendabik dada Si Qarun terhadap "projek gajah putih"nya 
ketika membentangkan Belanjawan Barisan Najis baru-baru ini.  Perlumbaan 
tersebut sebenarnya memberikan pulangan dan faedah yang TIDAK BERNILAI 
LANGSUNG (bukan pulangan dan faedah yang TIDAK TERNILAI seperti yang 
diwar-warkan oleh Si Qarun) untuk Malaysia. Kini litar di Sepang itu tinggal 
sepi bersemadi tak berpenghuni setelah disirami buihan arak. Kalau Jepun ada 
Tokyo Tower, hah! tengok Malaysia apa kurangnya, bukan setakat KL Tower, 
Twin Tower pun ada. Tokyo Tower saban hari diserbu para pelancong sedangkan 
KL Tower pengunjungnya boleh dibilang dengan jari. Untuk Sirkit Formula One, 
Jepun ada Litar Suzuka maka Malaysia tidak mahu kalah, dibinanya Litar 
Sepang dengan merompak wang rakyat.
Kini siri pembaziran diteruskan lagi oleh Rejim MAHAFIRAUN, apabila 
dilihatnya ada pelumba Jepun dalam Formula One, timbul irihati dan tercalar 
keegoaan diri, maka diberikan bantuan pendahuluan (bantuan selanjutnya 
mungkin akan menyusul) sebanyak RM1.8 juta kepada Persatuan Penganjur dan 
Pelumba Sukan Bermotor Malaysia bagi membolehkan Alexander Yoong mencatat 
sejarah dengan menjadi peserta pertama Malaysia untuk beraksi di Perlumbaan 
Formula One pada masa yang singkat. Persoalannya, jika Jepun yang boleh maju 
dengan begitu cepat dan pesat di bidang sukan contohnya bolasepak berbanding 
Malaysia, namun masih gagal memburu kejayaan dalam Perlumbaan Formula One, 
maka akan termampukah Si Alexander Yoong ini menandingi kehebatan Michael 
Schumacher dari Jerman, Mika Hakkinen dari Finland dan Eddie Irvine dari 
Britain? Nampak gayanya Si Alexander Yoong akan hanya cium asap kereta 
pelumba-pelumba lain aje laa, silap-silap haribulan dapat nombor satu 
daripada belakang. Mungkin Si MAHAFIRAUN boleh bagi alasan, "Takpa, 
apanama.... Menang kalah adat pertandingan, yang penting ada pelumba 
Malaysia dalam Formula One".
           Tetapi persoalannya, adakah Malaysia ini terlalu kaya sehingga 
wang sebanyak RM1.8 juta dibazirkan begitu saja? Kalau MAHAFIRAUN tetap 
berdegil mahukan Si Alexander Yoong "makan angin" atau sekadar menghirup 
asap di Litar Formula One, dipersilakan tetapi jangan dengan cara MEROMPAK 
wang rakyat! Adalah lebih bermanfaat wang RM1.8 juta itu digunakan untuk 
faedah rakyat marhain. Dalam keghairahan MAHAFIRAUN dan Qarun menandingi 
kehebatan negara Jepun namun adalah amat pelik kerana mengapakah dalam 
situasi tertentu MAHAFIRAUN dan Qarun masih membiarkan Malaysia terus 
ketinggalan? Contohnya, jika gaji permulaan Lepasan Ijazah Pertama dalam 
Perkhidmatan Kerajaan Jepun di sekitar 300,000 Yen (RM10,500 pada kadar 100 
Yen = RM3.50), mengapakah rakan mereka di Malaysia cuma layak RM1,300 
sahaja? Jika Kerajaan Jepun boleh memberikan bonus kepada kakitangannya 
sehingga 6 bulan gaji setiap tahun, kenapa MAHAFIRAUN dan Qarun hanya 
memberikan bonus sebulan gaji kepada kakitangan Kerajaan Malaysia, itupun 
setelah didesak dan terdesak? Jika Kerajaan Jepun boleh menyediakan pelbagai 
bantuan kewangan kepada semua rakyatnya, malah bukan itu saja, melalui 
agensi-agensinya seperti Kementerian Pendidikan Jepun (MONBUSHO), Japan 
International Cooperation Agency (JICA) dan sebagainya, Kerajaan Jepun 
memperuntukkan berbillion Yen setiap tahun dengan menawarkan biasiswa dan 
bantuan kewangan kepada penduduk di merata negara di dunia yang ingin 
melanjutkan pelajaran ke Jepun, mengapakah pula para pelajar 
universiti-universiti di Malaysia dibebankan dengan keperitan kos pengajian 
yang tinggi tanpa biasiswa disediakan oleh Kerajaan malah sebaliknya 
terpaksa pula berhutang kepada Rejim MAHAFIRAUN?Kesimpulannya, MAHAFIRAUN 
dan Qarun hanya akan berusaha menandingi Jepun sekiranya sesuatu tindakan 
itu menguntungkan diri dan kroni-kroninya. Apabila berbicara soal seperti 
Formula One, LRT, Monorel dan tol, Malaysia dibandingkan dengan Jepun tetapi 
apabila berbicara soal gaji Kakitangan Kerajaan, anda di Malaysia harus 
bersyukur kerana lebih bernasib baik berbanding rakan-rakan anda di Laos, di 
Indonesia dan di negara-negara Afrika sana!!! ITULAH WAJAH SEBENARNYA 
PETUALANG-PETUALANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. Oleh itu, bangkitlah semua 
rakyat Malaysia, tanam hidup-hidup Si MAHAFIRAUN, Si Qarun dan yang sewaktu 
dengannya di BARISAN NAJIS dalam pilihanraya kelak!!!Oleh pembaca MAHAFIRAUN 
2020 2 NOVEMBER 1999

PERANGAI BUSUK PEMIMPIN UMNO
Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah jatuh, pemimpin-pemimpin UMNO yang 
lain bukannya simpati, tetapi tolong pukul lagi bekas Timbalan Presiden UMNO 
itu. Contohnya Ghani Othman, Menteri Besar Johor, pun berlumba-lumba 
melompat bandwagon untuk sama-sama kutuk, ketuk, hina, ungkit, caci nista 
dan tabur fitnah yang bukan-bukan terhadap Anwar. Kasihan Anwar, sudah jatuh 
ditimpa tangga.
Apabila Anwar Dipukul Ketua Polis Negara
Rahim Noor pukul Anwar sehingga lebam mata. Tak terdengar pun suara simpati 
Ghani Othman, Menteri Besar Johor itu. Masa Anwar jadi orang nombor dua 
dalam kerajaan dan UMNO, Ghani memperagakan dirinya sebagai orang Anwar. 
Ghani Othman ini betul macam kacang lupakan kulit.. Elok juga Ghani ukur 
dirinya sendiri. Apalah sangat dia ketika menjadi pensyarah di Universiti 
Malaya dan Ketua Pemuda UMNO di Ledang dulu? Ramai orang UMNO di Johor lebih 
bijak dan berpengalaman daripada Ghani untuk jadi Menteri Besar. Tiba-tiba 
apabila Mahyuddin Yassin dipindahkan ke Kuala Lumpur, alih-alih Ghani Othman 
jadi Menteri Besar. MAHAFIRAUNtolong Ghani atau Anwar yang tolong Ghani jadi 
MB Johor?
Kalau Ghani Othman Hendak Ceritakan
Ghani kata dia mahu dedahkan keburukan Anwar Ibrahim di Johor. Eloklah tu! 
Sekarang, musim orang dedah sana dedah sini. Hanya kita nasihatkan pada 
Ghani Othman satu perkara. Perkara pertama yang Ghani Othman kena dedahkan 
ialah tentang sepak terajang politik Anwar sehingga orang sepertinya yang 
tak berani berdepan dengan media atau takut berhujah dan berbahas dengan 
pembangkang boleh jadi Menteri Besar Johor Darul Takzim itu.  Kenapalah 
Anwar tolong naikkan orang macam ini? Ghani Othman patut nyatakan 
kekesalannya. Sekarang, bukan main lagi Ghani Othman cincang Anwar di Johor. 
Ingatkan pensyarah ekonomi dari kaki Gunung Ledang ini tinggi pekerti dan 
sahsiahnya, tetapi dua kali lima juga dengan budak-budak tepi Sungai Segget 
di Johor Bahru itu.
Ghani Othman Seronok
Ghani Othman seronok tengok Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor 
Bank Negara, buat pendedahan memburuk-burukkan Anwar Ibrahim. Dia minta 
pemuda-pemuda UMNO Johor mendoakan keselamatan Abdul Murad itu. Siapa yang 
hendak pukul Murad itu? Yang pasti Ketua Polis Negara dulu pukul Anwar 
separuh mati. Suka sangat Ghani Othman kalau rakyat percaya bulat-bulat apa 
yang Murad itu katakan. Dalam kegairahan Ghani Othman itu, dia pun berkata 
akan mendedahkan apa yang Anwar lakukan di Johor. Untuk tujuan itu, kita 
nasihatkan Ghani Othman supaya buka semula diari peribadinya.
Ghani Othman dan Konvensyen UMNO Johor 1998
Tengok diari - pada berapa hari bulan dulu - pada tahun 1998, sebelum Anwar 
dipecat. Periksa betul-betul ada atau tidak Ghani Othman selaku Ketua 
Perhubungan UMNO Johor menjemput Anwar Ibrahim ke Pulau Sibu, Mersing? Kalau 
ada, apa tujuan Ghani panggil Anwar itu? Tidakkah kerana UMNO Johor 
mengadakan satu persidangan atau Konvensyen UMNO tahun 1998? Tentu Ghani 
Othman Tidak Lupa Hal Ini Apa yang Ghani Othman ucapkan dalam Konvensyen 
UMNO Johor itu? Ghani kalau sudah lupa, sila beli semula surat khabar buruk. 
Pergi baca akhbar Berita Harian sehari selepas Konvensyen UMNO Johor di 
Pulau Sibu itu. Pada muka depannya, terpampang ucapan Ghani Othman di 
Konvensyen UMNO itu. Apa yang Ghani ucapkan? Ghani Othman berkata Malaysia 
memerlukan reformasi.. Malaysia memerlukan perubahan. Bersemangat betul 
Ghani Othman apabila Anwar berada di sisinya. Tidakkah yang Ghani Othman 
ucapkan di Konvensyen UMNO itu adalah ucapan yang mempunyai teks? Tidakkah 
memang Ghani menyokong reformasi? Kenapa malu sekarang untuk mengaku? 
Reformasi itu baik jika perubahan untuk kebaikan.
Apabila Indonesia Bergolak
Ghani Othman seronok tengok rakyat Indonesia bangun menuntut reformasi 
total. Akhirnya, regim Suharto, yang didokong tentera, tumbang. Ghani Othman 
diJohor pun naik semangat. Dia pun memikirkan perubahan juga akan berlaku di 
Malaysia. Rakyat sudah bosan dan marah dengan MAHAFIRAUNMohamad. Dia nampak 
MAHAFIRAUNtidak lagi popular di kalangan rakyat. Malah, orang-orang UMNO 
mula menolak Mahathir. Ghani nampak masa depan Anwar Ibrahim cerah. Anwar 
naik, Ghani pun dapat naik sama. Sistem rakit, kata orang UMNO. 
Untung-untung boleh jadi menteri kanan kalau Anwar jadi PM. Siapa tahu?
Antara MB dan Ketua Menteri
Menteri Besar Johor, Ghani Othman adalah orang yang paling awal menyahut 
seruan Anwar Ibrahim supaya rakyat negara ini bangkit membuat perubahan atau 
reformasi. Isu korupsi, kronisme dan nepotisme - atau KKN - di Indonesia 
juga kemudiannya timbul bergema di Malaysia. Menteri Besar mana yang 
dipanggil oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi untuk merasmikan 
persidangan Pemantapan Ekonomi Pemuda UMNO beberapa hari menjelang 
Perhimpunan Agung UMNO tahun 1998? Tidak orang lain, melainkan Ghani Othman, 
Menteri Besar Johor. Apakah tema ucapan Zahid Hamidi pada persidangan itu. 
Temanya reformasi. Bantah nepotisme dan kronisme. Apa pula yang Ghani 
ucapkan? Ghani Othman puji Pemuda UMNO dibawah pimpinan Zahid kerana 
memperjuangkan reformasi, menentang rasuah, nepotisme dan kronisme.
Kenapa Zahid Hamidi Jemput Ghani Othman
Ada puluhan Menteri Besar dan menteri lain boleh Zahid jemput, tetapi kenapa 
Ghani yang dipanggil? Jawapannya kerana antara yang ramai-ramai itu, Ghani 
Othman dilihat paling rapat pendirian politiknya dengan gerakan yang mahukan 
reformasi di Malaysia ketika itu.Tetapi Ghani Othman Macam Kacang Perangai 
kacang memang selalu lupakan kulit. Ghani anggap Anwar macam jambatan. 
Selepas dia berjaya menyeberang, jambatan itu dibakarnya, macam yang Rais 
Yatim selalu buat. Bagi Ghani Othman, Anwar itu macam tongkat. Apabila Ghani 
dah naik jawatan, tongkat itu dibuang. Kerana nak kekalkan jawatan, Ghani 
Othman sanggup lakukan apa sahaja untuk memburuk-burukkan Anwar Ibrahim. 
Kalau Anwar Ibrahim masih bebas dirinya, tak apa juga kalau Ghani nak 
serang. Anwar boleh mempertahankan diri. Tetapi Anwar Ibrahim sekarang 
berada dalam penjara. Macam-macam musibah, fitnah, pertuduhan dan dakwaan 
dihempapkan ke atas kepala Anwar yang sedang terpenjara itu. Setiap hari 
Anwar berhempas pulas membuat pembelaan di mahkamah untuk membersihkan 
dirinya. Tak Kasihankah Ghani Pada Anwar? Apa dosa Anwar kepada Ghani Othman 
sehingga dalam keadaan Anwar tidak boleh mempertahankan apa juga fitnah dan 
tuduhan liar itu, Ghani Othman sanggup lanyak dan tenyeh Anwar sampai begitu 
sekali. Kalau iapun Ghani hendak sokong MAHAFIRAUN Mohamad, janganlah sampai 
menzalimi Anwar Ibrahim sedemikian rupa.
Ghani Othman Sedar
Rakyat Johor ramai yang tidak puas hati dengan Ghani Othman sebagai Menteri 
Besar. Salah satu punca kemarahan rakyat ialah tindakan Ghani Othman 
menswastakan sepenuhnya bekalan air Johor. Bil air di Johor sekarang naik. 
Proses penswastaan itu tidak telus.  Perkhidmatan air sangat buruk di 
sesetengah daerah, misalnya Batu Pahat.
Kenapa MAHAFIRAUN Tak Mahu Undur?
Patutlah MAHAFIRAUN tidak mahu letak jawatan Perdana Menteri. Kalau boleh 
hendak pegang sampai mati. Ada rasionalnya juga. MAHAFIRAUNfaham. Dia lama 
dalam UMNO sejak zaman Tunku Abdul Rahman. Perangai orang UMNO memang buruk 
macam Ghani Othman dan yang lain-lain juga. Kalau pemimpin UMNO itu masih 
pegang jawatan kerajaan dan berpengaruh, semua orang mengaku kawan dan setia 
menyokong. Tetapi sebaik sahaja hilang jawatan macam Musa Hitam dulu, semua 
kawan lari tak mahu dekat.
MAHAFIRAUN Dapat Lihat
Apa yang berlaku ke atas Anwar lebih dahsyat lagi. MAHAFIRAUN sendiri dapat 
lihat kawan-kawan Anwar cepat-cepat putar habis jadi pembelot dan kutuk 
Anwar depan belakang. Jadi MAHAFIRAUN pun fikir, kalau Anwar boleh 
diperlakukan sedemikian rupa oleh kawan-kawan baiknya sendiri seperti Ghani 
Othman, bagaimana pula kalau dia sendiri letak jawatan Perdana Menteri atau 
kalah dalam pilihanraya umum nanti? Mungkin pada ketika itu, orang-orang 
UMNO yang sekarang menyanjungnya akan belot dan menjadi orang yang paling 
lantang menuntut MAHAFIRAUN diheret ke mahkamah untuk dibicarakan. Bukan di 
Indonesia sahaja yang ada Harmoko!2 NOVEMBER 1999

OPS TUJUH M KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA
Maka berkokoklah Dr. Yusof Noor Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang sudah 
tak terang lagi nasibnya di Terengganu itu, kononnya pada 5 November ini 
memanda PM Malaysia akan melancarkan "Ops Tujuh M" kempen menyerang Tujuh 
Dosa Besar Parti Pembangkang. Baru-baru ini terdapat desas-desus mengatakan 
Dr. Yusof ini akan dilucutkan jawatan dari Ketua Penerangan UMNO Malaysia 
kerana lemah dan lesu tidak bermaya menjalankan tugas penting Ketua 
Penerangan UMNO Malaysia, kononnya jawatan tersebut akan digantikan oleh 
Badaruddin MP Yan yang sungguh celupar mulutnya itu. Tapi entah macam mana 
barangkali diberi peluang untuk bernafas sikit lagi maka keluarlah Dr. Yusof 
dalam keadaan tertekan dengan idea dan rancangan yang meloya dan memualkan 
ini."Tujuh M" itu menurut Dr. Yusof yang dah tak sabar nak jadi MB 
Terengganu itu adalah Memfitnah, Membohong, Membenci, Memaki hamun, 
Menyangka buruk, Menghasut dan Mencarut. Tak tahulah macam mana kempen ini 
akan dijalankan kelak. Yang jelasnya yang bergelumang dengan tujuh dosa 
besar itu adalah mereka dan bukannya parti pembangkang. Merekalah’ yakni 
UMNO yang Membenci Ulamak, Menaja Kilang Arak, Memeriahkan Judi, Makan 
Rasuah, Menzalimi rakyat, Mengkayakan kroni dan Menyalah-gunakan kuasa! 
Barangkali eloklah kalau "Ops 7 M" Dr. Yusof itu ditukarkan saja kepada 
Menjatuhkan Mahathir Mohamed Mahafiraun Manusia Mungkar Malaysia. Ataupun 
Marilah Menyelamatkan Malaysia Melalui Menjatuhkan Mahafiraun Mahathir! Ayuh 
Dr. Yusof keluar Barisan masuk Bulatan! ROSLAN SMS 2 NOVEMBER 1999

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke