*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PERJANJIAN MINYAK DAN GAS DIKORUP OLEH MAHAFIRAUN
Saya sebagai rakyat Kelantan dan bekerja dengan Petronas mengharapkan 
kerajaan Kelantan berbuat sesuatu berkenaan perjanjian antara Malaysia 
dengan Thailand tempohari.Dipercayai MAHAFIRAUN akan membina Oil & Gas 
Complex di Kedah dan bukannya di Kelantan seperti sepatutnya. Adalah tidak 
masuk akal bagaimana minyak yang disedut di luar pantai Kelantan dan 
diprosesnya pula di Kedah.
Nampak sangat MAHAFIRAUN cuba meminggirkan Kelantan dan menyekat Kelantan 
daripada menikmati hasil minyaknya. Saya mengharapkan Barisan Alternatif 
terutama PAS bertindak sesuatu supaya hasil minyak tidak dinikmati 
semahu-mahunya oleh MAHAFIRAUN dan kroni-kroninya. Jangan jadikan seperti 
negeri Terengganu iaitu minyak di sedut dari luar pantai Terengganu tetapi 
Universiti Petronas didirikan di Perak. Tidak masuk akal bukan??? Kepada 
profesional-profesional dan menteri-menteri dari Kelantan yang berada di 
pihak kerajaan, gunalah pengaruh anda untuk merealisasikan hasil minyak di 
bumi kelahiran anda agar hasilnya dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan. 
Tidak guna anda bercakap pembangunan kepada rakyat Kelantan, sedangkan anda 
merela orang lain menyedut hasil minyak dari bumi kelahiran anda! Jurutera 
Muda Petronas Kertih 2 NOVEMBER 1999

PEMBELIAN KAPAL TERBANG PERIBADI OLEH MAHAFIRAUN
Selepas Belanjawan Mesra Rakyat dibentangkan oleh MAHAFIRAUN, rupa-rupanya 
MAS terpaksa menghadapi Belanjawan Menyenakkan Rakyat dimana MAS tidak dapat 
memberikan Bonus kepada pekerja-pekerjanya disebabkan oleh pembelian sebuah 
Kapal Terbang peribadi oleh MAHAFIRAUN. Kapal terbang ini adalah model 
Boeing 737-700 yang diubahsuai menggunakan enjin Jet. Cermin pandang 
depannya mempunyai radar yang istimewa lengkap dengan peta dan arah haluan 
perjalanan. Kerusinya sahaja diimport khas dari Swiss. Di dalam Kapal 
terbang tersebut dilengkapi dengan bilik tidur khas, meja mesyuarat dan 
bilik air yang ekslusif. Belanjanya dianggarkan menelan 1 bilion lebih.
Selepas kapalterbang ini siap diubahsuai, MAHAFIRAUN akan menyatakan bahawa 
ianya adalah hadiah / sumbangan kerajaan Amerika.
Sedangkan pembelian tersebut adalah hasil dari duit rakyat. Sahlah bahawa 
Belanjawan Mesra Rakyat ini adalah untuk mengaburi mata rakyat bahawa 
ekonomi telah pulih dan dia boleh berbelanja besar untuk kepentingan 
peribadinya.2 NOVEMBER 1999


TEMBELANG WARTA KL SEBENARNYA
Kepada saudara/i yang memperjuangkan keadilan, Sebenarnya artikel A.R 
Kamaluddin selalu tersiar dalam akhbar Metro KL. Kalau itu rupabentuknya 
gaya penulisan, saya syorkan Warta KL dijadikan sahaja lidah UMNO. Apa guna 
Warta KL mengatakan akhbarnya bebas sedangkan artikel yang begitu rendah 
penulisannya dan terang-terang menampakkan ketotokan UMNO tulen penulisnya 
selalu disiarkan dalam Warta KL? Bahkan tidak salah mengatakan itulah kempen 
cara halus UMNO untuk menghilang kayakinan orang ramai kepada BA. Jikalau 
itu rupa sebenar Metro KL, maka betullah apa yang diperkatakan dahulu dalam 
halaman Mahazalimtwo oleh seorang pembaca supaya kita berhati-hati dengan 
beberapa akhbar yang muncul pada masa kehangatan isu Anwar tempohari. Ianya 
secara perlahan-lahan menanam jarum dalam diri pembaca supaya menyokong 
UMNO. Ekoran artikel yang rendah mutunya dari A.R Kamaludiin, ramai antara 
member-member saya sekarang telah tawar hati dan menganggap Warta KL sama 
sahaja tarafnya dengan Berita Harian, Utusan, NST dan STAR. Harap mendapat 
perhatian pihak akhbar Warta KL. Oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020 2 NOVEMBER 
1999

KETUA PENGARAH JAKIM DAN ULAMAK UMNO BACUL
Jelas dan sah bahawa saya dengan ini mengatakan bahawa UMNO, Ketua Pengarah 
JAKIM dan Ulama dalam UMNO adalah ISLAM YANG BACUL.Samy Walo turut menghina 
Islam (Al_Quran) dalam seramahnya di Sungai Siput [Detik 15/10./99 kenyataan 
oleh Ustaz Ahmad Awang] sebagai pelengkap kepada empat komponen Utama 
BN(ajis) iaitu UMNO (Semua Sekali) , MCA (Lee LeongSik), MIC (Samy Velu) dan 
Gerakan (Lim Kheng Yaik),. Nampaknya kebelakangan ini makin menjadi-jadi 
lantang dan celuparnya kafir laknat dalam membuat kenyataan yang sensitif 
mengenai Islam, menghina ulamak,menghina Islam dan terakhir ini menghina 
Al-Quran (Sebahagian dari mukjizat RasulAllah s.a.w).Tidak ada seorang pun 
orang Islam dalam BN yang sanggup tampil menegur keceluparan kafir laknat 
ini. Hishamudin di mana jantan kamu atau kamu bukan jantan? Sebagai pemuda 
kamu patut menasihati saudara mu kafir laknat ini supaya jangan bermain 
dengan api. Zahid Hamidi mike oghang Peghak baghu balik umrah ape mike tak 
boleh bercaKetua Pengarah ke sikit… bacoi kamu ni… bacoi sah….
        Diamanakah keilmuan mu dan keimanan kamu wahai Ketua Pengarah Jakim 
atau kamu memang ada ilmu tapi tak pandai amal – pasal Shit kamu buat fatwa, 
pasal belia Islam minum arak terang-terang di perayaan MAHAFIRAUN kamu kamu 
diam, Kheng Yaik kata Ulama Gila kamu diam, Leong Sik kata Islam mundur kamu 
diam kali ini Si Samy Walo hina Al-Quran kamu diam – sudah bisu kah kamu, 
sudah pekak kah kamu atau kamu dah tak tahu membaca mungkin hati kamu dah 
jadi batu alas tandas hingga tidak lagi terasa kebusukan dan sensitif dengan 
cacian dan penghinaan terhadap Islam, berhnti sahaja jadi ulama jadi ulam 
pun mungkin tak ada orang nak makan kamu.  Samalah juga dengan Pak Mid, Pak 
Lah dan lain-lain lagi nak harap MAHAFIRAUN dia memang galakkan perkara ini. 
Kerana dalam buku Malay Delimanya dia mengatakan orang Melayu dan Islam 
memang lemah dan mundur.
         Untuk Ibrahim Al-kataki maka telah tibalah masanya kamu menggunakan 
jawatan kamu sebagai pembenteras fitnah dan hasutan meneliti bertindak 
terhadap keceluparan saudara kafir laknat mu. Teringat pula sidang akhbar 
Mat Bulat SU Agong BN dalam sidang medianya mengenai rancnangan kempen 
pilhanraya menyatakan bahawa BN tidak akan menyentuh Isu Kaum dan Agama 
dalam kempennya, beberapa hari lepas tu MAHAFIRAUNnya pula membuat kenyataan 
bahawa UMNO akan menggunakan pendekatan dan penerangan mengenai isu agama. 
Wah nampaknya head on collision lah kamu berdua, kalau ikut saisnya Tok Mat 
boleh menang kalau ikut kuasa MAHAFIRAUN boleh menang.
Apa yang dibimbangkan dalam senario kempen kini, Pemimpin UMNO terutama 
MAHAFIRAUN dan Pak Lah sering menyatakan bahawa PAS memainkan isu agama, DAP 
isu perkauman namun yang jelas ialah MAHAFIRAUN dan pemimpin BN terutama 
dari UMNOlah yang sering menakut orang bukan Melayu dan bukan Islam mengenai 
kemungkinan berulangnya rusuhan seperti 13 Mei 1969 jika parti lain dari BN 
memerintah. Apa yang jelas ialah segala-gala ini adalah dengan galakan UMNO 
sendiri, mereka menggunakan reverse psychology untuk menimbulkan kekacauan 
kerana mereka sedar mereka menghadapi jalan buntu ketika ini. Jika berlaku 
rusuhan kerana keceluparan kafir laknat ini senanglah mereka mengistiharkan 
darurat dan terus memerintah. Inilah kedurjanaan orang-orang yang gila 
kuasa. Inilah yang dikatakan oleh MAHAFIRAUN pilihanraya kali ini adalah 
yang terkotor – bagaimana ia tahu yang terkotor? Sedangkan pilihanraya belum 
berlaku? Jawapannya mudah sahaja kerana BN dan terutama UMNOlah yang akan 
mengotorkan pilihanraya kali ini. Kepada orang UMNO yang masih ada sedikit 
Iman marilah beramai menyokong parti yang tidak bersekongkol dengan orang 
yang menghina Islam justeru mana-mana agama sekali pun. Tidak pernah 
terdengar PAS mencaci Bible, tidak pernah terdengar PRM mengeji Kristian, 
Hindu, Budha, tidak pernah mendengar DAP mencaci Islam selain menolak 
pemerintahan secara hudud secara terang-terang dalam ceramah. Kam dalam BA 
menghormati mereka yang beragama.Oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020 2 NOVEMBER 
1999

SANUSI JUNID CALON BN PARLIMEN SUNGAI PETANI
Maklumat dari Bilik Gerakan BN Negeri Kedah.
1. MB Kedah Sanusi Junid akan betanding sebagi calon BN di Parlimen 
Sg.Petani. Ini bermakna memang SAH YB Ibrahim Mustafa(Ahli Parlimen 
Sg.Petani sekarang) tersingkir dan tidak akan diletakkan sebagai calon di 
mana-mana DUN atau Parlimen Sg.Petani. Tamat karier politik YB Ibrahim 
Mustafa......
2. Badruddin Amiruddin, ahli Parlimen YAN akan bertanding sebagi calon BN di 
DUN Guar Chempedak. Beliau dikhabarkan menjadi calon MB Kedah yang baru 
sekiranya BN menang dalam pilihanraya akan datang.
3. Hamid Othman (Haman Malaysia) akan bertanding di DUN Jeneri. Sekiranya BN 
menang juga akan dilantik sebagai calon MB Kedah. Dengan andaian Badruddin 
Amiduddin kalah di DUN Guar Chempedak.
Sekiranya kedua-dua calon BN itu menang bermakna Hamid Othman yang akan 
menjadi MB Kedah yang baru menggantikan Sanusi Junid. Tok Man Arop tak dak 
apa, kekal sebagai wakil PM di Kubang Pasu. La ni pun dia hanya dipergunakan 
oleh PM sahaja. Habuk pun tarak. Besar kemungkinan nama Tok Man Arop juga 
tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang...2 NOVEMBER 
1999

CERAMAH ANAK TAMBY TIDAK DAPAT SAMBUTAN
Pada malam ini telah diadakan satu ceramah anjuran UMNO di Air Kuning yang 
mana telah menjemput Rahim Thamby Chik. Saya tidak tahu pada pukul berapakah 
ceramah dimulakan (saya rasa dlm kul 9 kot). Antara yang hadir ialah 
kuli-kuli UMNO dan beberapa puak tua kutuk tak sadar diri dan ADUN kawasan 
Bukit Gantang, Mat Isa. Majlis fitnah ini diadakan di dalam sebuah dewan 
balairaya yang agak comel dan kehadiran dianggarkan TAK SAMPAI 100 orang 
termasuk beberapa orang yang lepak isap rokok diluar dewan. Jumlah ini kalau 
hendak dibandingkan dengan ceramah Doktor Hatta Ramli memang macam langit 
dan bumi. Doktor Hatta Ramli 2 bulan lepas berjaya menarik kira-kira 2000 
orang. Ini menunjukkan penduduk sekitar Taiping dan juga penduduk Air Kuning 
sudahpun menolak Barisan Shit.
        Saya tiba kira-kira pada kul 10.15 malam dan pada masa itu si Rahim 
ni macam biasaklah bercakap macam boss dia, asyik-asyik bercakap pasal kuasa 
asing, Anwar boneka kuasa asing kerana mendapat layanan karpet merah di 
Amerika, pembangkang dibiayai oleh kuasa asing, gerakan reformasi disokong 
kuasa asing, Yahudi, Barat yang nak menjajah negara kita dan sebagainya.Peh 
tu plak dia cakap lagi yg UMNO nih berjuang habis-habisan menjadi pembela 
bangsa, agama dan negara. Dan macam Mid bin Man dia kata UMNO lah yang 
selama ini meninggikan syiar Islam. Dia dok kutuk la orang Melayu ni sebab 
salu terpengaruh dengan cerdik pandai/ulamak Islam yang boleh membaca 
khutbah,
mengeluarkan beberapa potong hadis ketika berceramah. (dia kenen kat PAS dan 
Anwar la tuh…). Dia kata lagi orang Melayu mesti sedar yang inilah 
taktik-taktik kuasa asing untuk menjajah Malaysia. (duhhhhh…) Dia kutuk 
Anwar tu hypocrite Dia juga cakap yang dia sebenarnya tidak merogol gadis 
yang sampai sekarang kita dah tau cerita betul kes tersebut. Dia kata kes 
ini sebenarnya (dia yang kata…) melibatkan Anwar yang bertindak sebagai 
konspirator yang memaksa gadis tersebut mengaku dirogol oleh dia.Dia juga 
kata yang Anwar sejak dulu lagi amat cemburu dengan pencapaian politik dia. 
Lagi satu dia skang nih baru nak heboh pasal seorang orang atas Jabatan 
Audit Negara (lelaki) yang didakwa oleh anak Tamby ni yang Anwar telah bela 
dia selama 6 tahun. Dia cakap si lelaki tu yang cerita kat dia. Nampak 
sangat gimik pilihanraya, kalo betul tentu dah lama heboh. Lagi satu, dia ni 
tunjuk dia terer dalam agama jugak, dia dok cakap la pasal Nabi-Nabi kita, 
kisah dan tauladan dari dia, tapi segala apa yang Parti Alternatif cakap 
macam isu kezaliman tidak disentuh langsung. Dia ni lagu satu masa ucapan 
fitnah dia itu, dia ni salu sangat kutuk dan maki orang. Dulu UMNO salu 
cakap PAS suka maki pemimpin, ni dia skang pe dah jadik? Saya dengar banyak 
kali jugak la dia cakap "Anwar bodo." Rumusan yang leh dibuat ialah banyak 
jugak fitnah baru yg saya dengar malam nih. Walaupun dia macam ye-ye je 
cakap yang dia je betul, tapi banyak cerita-cerita yang dibawa ‘pointless’. 
Tidak ada bukti kukuh dan tak relevan. Persoalannya, kenapa baru skang nak 
timbul cerita-cerita di atas? Anda jawab sendiri. Sampai ke hujung ceramah 
macam biasak le dalam "Majlis Penerangan UMNO" (ada tulih kat banner dalam 
dewan), mesti ada soru (makan) punya. Saya camnapun tak makan sebab nak gi 
umah kawan, tapi di pertengahan jalan tayar motor saya pancit. Agaknya 
inilah balasan Allah S.W.T kerana mendengar fitnah anjuran kerajaan 
zalim.Oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020 2 NOVEMBER 1999


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke