*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MISTERI KEHILANGAN MURAD

Tiada siapa mengetahui ke mana menghilangnya Abdul Murad Khalid, bekas 
Penolong Gabenor Bank Negara selepas beliau membuat pengakuan berkanun 
(lebih sedap disebut ber’kunun’) pada 28 Oktober lalu bahawa Anwar Ibrahim 
mengawal RM3 bilion dalam 20 ‘master accounts’ untuk peribadi dan kroninya. 
Menurut sumber yang rapat dengan beliau, Murad dikatakan bergegas keluar 
meninggalkan kediamannya di 104, Jalan Setiabakti 9, Bukit Damansara sejak 
awal pagi iaitu sekitar jam 3.00 pagi 29 Oktober 1999. Tidak mungkin Murad 
meninggalkan negara kerana semua dokumen perjalanannya telah diserahkan 
kepada mahkamah sebagai syarat jaminan terhadap beliau yang didakwa mengikut 
seksyen 87(2)( c ) kerana gagal mengisytiharkan saham-saham Ben Harta Sdn. 
Bhd. Dan 51 hartanah bernilai lebih RM23
juta pada 16 September lalu.Apa yang jelas, menurut laporan agensi berita 
Bloomberg dan disahkan oleh seorang wartawan yang turut hadir , ketika Murad 
membacakan pengakuan bersumpah di hadapan para wartawan media di Hotel Grand 
Olympic pada 28 Oktober lepas, beliau di kelilingi oleh para SB seolah-olah 
mengawal tuturkata dan pergerakan Murad yang kini dalam tempoh jaminan 
sementara menunggu perbicaraan. Murad kelihatan gementar ketakutan seperti 
orang yang sedang diancam. Sejak hari itu, Murad sentiasa dikawal rapi oleh 
anggota polis sehingga menyukarkan rakan dan kaum keluarga untuk bertemu 
atau menghubunginya.
       Ini bererti tiada siapa boleh menghubungi Murad sekarang. Mungkin 
Murad akan hanya muncul kembali untuk berjumpa pegawai-pegawai BPR yang 
menyiasat dakwaan beliau terhadap Anwar dan mereka yang disebutkan dalam 
akuan berkanun beliau. Menurut rakan-rakan lama Murad di BNM, Murad 
sememangnya diketahui rapat dengan ramai taukeh-taukeh korporat Cina ketika 
di BNM. Mereka tidak hairan Murad boleh memiliki banyak harta melalui 
taukeh-taukeh ini untuk kepentingannya sendiri. Ada juga yang memberikan 
gambaran sebaliknya, iaitu Murad adalah seorang yang baik hati dan 
berdedikasi. Namun yang pastinya Murad memang mempunyai masalahnya sendiri 
kalau tidak masakan beliau boleh diugut untuk memenuhi agenda jahat dalang 
konspirasi untuk menikam Anwar. WalAllahu A’lam! Hanya Allah dan Murad 
sahaja yang tahu cerita sebenar di sebalik pendedahan yang ‘mengejutkan’ 
Mahathir dan diikuti dengan seluruh barisan taiknya semuanya segera mengurut 
dada ‘terperanjat’ apabila melihat kepala taiknya terkejut sehingga ada yang 
masih berada dalam keadaan terkejut apabila ditanya oleh wartawan di lobi 
parlimen keesokannya. Kata Mahathir "Saya terkejut sampai RM3 bilion. Saya 
tidak tahu macam mana dia boleh buat kerja macam ini".
        Orang-orang bermasaalah seperti Murad inilah (kecuali Dato’ Nalla) 
yang mudah dipergunakan oleh dalang konspirasi untuk memusnahkan Anwar. Kita 
tidak hairan jika selepas ini, Low Thiam Hock, Pengerusi Eksekutif Repco 
Holdings Bhd. (yang didakwa di bawah Seksyen 84(1) Akta Perindustrian 
Sekuriti, Datuk Soh Chee Wen (yang dituduh menipu Omega Securities), Datuk 
Ishak Ismail, Pengarah Urusan KFC Holdings (M) Bhd. (yang didakwa memberikan 
maklumat palsu) dan Dr. Wan Muhammad Hasni Wan Sulaiman, Pengerusi Eksekutif 
Abrar Corp. Bhd. (yang didakwa menipu pelabur) akan keluar memberikan 
pengakuan berkanun tentang berbagai salahlaku Anwar selama menjadi TPM. 
Mereka akan melahirkan rasa kesal dan ‘baru tersedar’ bahawa mereka selama 
ini telah ‘diperalatkan’ oleh Anwar untuk kepentingan politiknya dalam UMNO 
dan Kerajaan.Inilah yang dilalui dan dilakukan oleh Zahid Hamidi yang 
tiba-tiba ‘sedar’ beliau selama ini diperalatkan oleh Anwar. Mengenai Zahid 
Hamidi kita memang ada asas mengatakan beliau diugut untuk membuat 
kenyataannya yang berdasarkan skrip konspirator. Ini disahkan sendiri oleh 
isterinya bukan orang lain. Kata isterinya, Zahid terpaksa tunduk kepada 
Mahathir kerana diugut dengan berbagai tindakan undang-undang melaibatkan 
aset dan sahamnya. Namun kata isterinya beliau dan anak-anak masih ada 
menghubungi Kak Wan dan menceritakan keadaan Zahid yang terpaksa itu. Walau 
apa pun alasan Zahid dan sesiapa saja yang terlibat dalam pesta fitnah 
terhadap Anwar, mereka tetap dilaknat oleh Allah di atas perbuatan keji ini. 
Kita pohon agar Allah menunjukkan kemurkaan dan balasanNya di dunia ini lagi 
sepertimana yang berlaku terhadap Azizan dan Ummi Hafilda.
          Sama-samalah kita nanti ‘pendedahan’ selanjutnya seperti yang 
dijanjikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Khalil Yaakob bahawa ‘ramai 
lagi mahu dedah tindak-tanduk Anwar semasa jadi TPM dan Menteri Kewangan. 
Bahkan rejim durjana Mahathir yang amat terdesak sekarang telah mempelawa 
pula 2.7 juta ahli UMNO dan orang ramai yang mempunyai pengalaman buruk 
bersama Anwar ketika dalam Kerajaan supaya tampil ke depan mencerita dan 
mendedahkan keburukan Anwar semahu- mahunya. Bagi yang sudi, skrip sudah 
lama tersedia cuma menunggu masa untuk dibacakan oleh orang yang senasib 
dengan Murad.~DM


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke